Sabtu, 10 September 2016

Nasi Dagang Terengganu

Resepi Bonda telah menambah 3 foto baru
12 jam
Nasi Dagang Terengganu
Bahan-bahan Untuk Nasi
4 cawan beras ( saya pakai beras basmathi moghul....hehehe, nak nampak nasi dagang panjang2..)
1 cawan beras pulut
3 cawan santan cair ( @ 1 1/2 cawan santan pekat + 1 1/2 cawan air) + halba + garam secukupnya + 1 sudu kecil gula
1 - 1 1/2 cawan santan pekat + 1 sudu kecil garam
1 sudu halba
2 ulas bawang merah
1/2 in halia
Cara memasak Nasi
1. Beras dan beras pulut di rendam 4 jam ( sy rendam 2 jam lebih je..., sebab plan tergesa2...)
2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit.
3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dgn separuh dulu santan cair. Kaup balikkan dgn rata, biar seketika hingga semua air meresap. Tambahkan lagi dan lihat jika semua air telah meresap. Tunggu sebentar dan kalau perlu habiskan santan cair tersebut.
4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan di atas nasi dlm kukusan.
6. Angkat nasi utk kali kedua dan arunkan dgn santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
7. Boleh dihidangkan....
Bahan-bahan Untuk Gulai
1 ekor ikan tongkol ( saya gantikan dgn 1/2 ekor ayam dipotong kecil)
Bahan untuk dimesin halus
1 sudu ketumbar biji
1/2 sudu jintan manis
1/2 sudu jintan putih
2 hiris lengkuas
1 hiris halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sudu cili mesin
1 paket rempah cap bunga Ros ( kalau tak ade, gandakan aje bahan-bahan rempah utk mesin di atas)
1 - 1/2 liter santan drp 1 biji kelapa.
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kerisik
4 keping asam keping
1/2 buku kecil gula melaka.
10 biji cili padi
Cara-cara Memasak
1. Santan di masak hingga naik minyak.
2. Dalam periuk lain, ayam di rebus dgn sedikit air dan ditambah asam keping lebih kurang 10 minit.
3. Bila santan dah tinggal separuh, tambahkan bahan mesin dan bahan2 lain.
4. Biarkan mendidih, sesuaikan rasanya dan masukkan air rebusan ayam sekali.
5. Masukkan ayam dan cili padi.
6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Kuah mesti agak pekat....
Acar Timun
Timun, Carrot, Cili Merah dan Bawang - dihiris memanjang
+ 1 sudu gula, 1 sudu garam dan 1 sudu cuka. Gaul sebati dan dihidang.

Khamis, 1 September 2016

Pelembut Daging

5 Cara Mudah Ini Boleh Lembutkan Daging Atau Ayam Beku Dalam Masa 5 Minit Jer!





Buat kaum perempuan atau mak-mak yang nak masak mesti leceh nak tunggu daging atau ayam yang kita bekukan kat dalam peti sejuk jadi lembut sebelum boleh potong dan masak. Kadang-kadang tu belum balik lagi mak dah call suruh keluarkan rendam daging nak masak.

Sebenarnya ada cara mudah nak lembutkan daging dalam masa 5 minit je tau! Tapi sebelum tu anda perlu dua periuk jenis steel. Caranya:

1. Terbalikkan periuk yang pertama.

2. Letakkan daging yang ingin dilembutkan atas permukaan belakang (bahagian punggung) periuk tadi.

3. Letakkan periuk yang satu lagi di atas daging tadi. (Kedudukan daging diapit oleh dua periuk)

4. Isikan air ke dalam periuk tersebut.

5. Tunggu sehingga daging beku tersebut  menjadi lembut. Masa yang diambil bergantung kepada ketebalan daging. (Biasanya 5- 10 minit)

Kenapa periuk logam boleh lembutkan daging? Sebabnya logam khususnya aluminium adalah konduktor haba yang sangat baik. Dan haba yang dihasilkan melalui proses ni cukup kuat nak lembutkan daging tu.



Isnin, 29 Ogos 2016

Nasi Tomato

NASI TOMATO
Bahan A
4 cawan beras
3 helai daun pandan
2 sudu garam - guna sudu plastik KFC hihi.. senang 
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
3cm halia
3/4 tin kecil tomato puri
1/4 susu cair
Tumis
1 sudu Minyak Ghee - jgn lebih nanti tak lalu bau 
3 kuntum Bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 biji ketumbar
3 biji bunga cengkih
1 biji bawang merah
Cara Memasak:
1. Memula beras tu kena basuh.. lepas tu sukat air.. kurangkan sikit dari sukatan sepatutnya.. paling senang sukat ikut jari.. takat beras = takat air .. tapi untuk masak nasi tomato ni kurangkan sikit ek.. kurang sikit jer tau..
2. Bawang besar, halia, bawang putih hiris.. masukkan dalam periuk..
3. Ikat daun pandan dan masukkan sekali..
4. Masukkan tomato puri ngan susu cair.. dan jangan lupa garam ek.. ada org bubuh time last tapi takut x mesra atau terlupa hihi..
5. Masak nasi tersebut.. sementara tu tumis bahan tumis tadi sampai naik bau.. kejap jer.. masukkan dalam periuk nasi tadi.. gaul dan biarkan sampai masak.. bawang tu goreng dan masukkan bila dah nak masak nasi tu.. untuk tambah bau..
6. Bila dah masak, suis off electric tu biar dia masak wap sendiri.. dan 10 minit kemudian boleh dihidangkan..

Nasi Daging

NASI DAGING
Bahan-Bahan
3 cawan berasmathi (saya guna pusagold)
1 paket perencah Nasi Daging Iman (boleh dibeli di Tesco RM2 sepeket)
250 gram daging batang pinang.
Air rebusan daging secukupnya mengikut jumlah sukatan beras.
Cara Membuatnya:
1. Rebus daging sehingga empuk dan asingkan air rebusan dan daging. Air rebusan jangan dibuang kerana akan digunakan untuk memasak nasi daging nanti.
2. Basuh beras sehingga bersih dan rendamkan 10 minit kemudian toskan.
3. Bancuh perencah nasi daging iman dengan sedikit air sehingga menjadi pes.
4. Dalam periuk, panaskan 8 sudu makan minyak masak. Kemudian tumiskan perencah yang telah dibancuh tadi sehingga naik bau.
5. Selepas itu masukkan 3.3 cawan air rebusan daging, kacau sebati dan tunggu sehingga mendidih. (Untuk berasmati jenis pusagold yang saya guna, sukatan air yang disyorkan untuk 1 cawan beras ialah 1.1 cawan air. Saya menggunakan cawan teh corelle. Untuk lebih mudah, saya sukat dalam ml. Jadi untuk 1.1 cawan air bersamaan dengan 215 ml. Jadi jumlah air yang saya masukkan ke dalam periuk ialah 645 ml).
6. Selepas mendidih, pindahkan kesemua bahan-bahan tadi masuk ke dalam rice cooker. Kemudian masukkan beras dan juga daging, kacau sekejap kemudian masak nasi seperti biasa.
7. Apabila nasi sudah masak, biarkan selama 15 minit. Kemudian dengan menggunakan garfu gemburkan nasi. Tujuan menggunakan garfu ialah supaya nasi peroi dengan elok.
8. Untuk hidangan, taburkan bawang goreng dan juga daun sup dan daun bawang.

Nasi daging sememangnya enak dimakan bersama-sama dengan kurma daging. Jom lihat resepinya pula.

Rabu, 24 Ogos 2016

Apam Balik

Resepi APAM BALIK
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
1 1/2 cawan air
2 sudu besar susu tepung
Sedikit pewarna kuning jika suka
Blenderkan sebati
Perap 1 jam.
Inti
Kacang tanah kisar
Jagung tin
Mentega
Gula
Coklat rice
Caranya
Buat atas kuali non stick jgn sapu minyak..buat mcm pankek .tabur atas apam gula kacang tanah.jagung coklat dan sedikit mentega..sukati la inti nk taruk apa.
Apam balik yang dh siap sapu mentega.

Isnin, 22 Ogos 2016

Roti canai lembut

RESEPI ROTI CANAI LEMBUT
Bahan
*1 kg Tepung gandum 
750ml Air
*1biji Telur
*1sudu Garam
*1suduBesar Mentega / marjerin ( suka guna marjerin seri pelangi -felda )
5suduBesar Tepung gandum( jika doh roti canai anda terlalu lembik-tambahkan sedikit tepung gandum ni )
Cara Membuat
1.Masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
2.Masukkan air tadi kedalam tepung.
3.Menguli hingga jadi doh, rehatkan doh selama 10min
4.Uli lagi selama 6min- 8 minit ( ulangi langkah ini sebanyak 3 kali - uli dan rehatkan doh )
5.Sehingga doh menjadi kenyal dann tak melekat.( jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan.
kalau ianya masih lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 suduBesar @ 2)
6.Bentukkam menjadi bebola. kepada 20 biji. salut dgn margerin. perap selama 3 jam atau lebih.
7.Ambil 4 biji, nipiskan sebesar piring, ketepikan selama 5 min utk mengelakkan mengecut bila di tebar.
8.ambil satu keping yg telah di nipiskan & diperap, bolehlah di tibar atau di tarik, utk mengelakkan koyak,
tangan mesti sentiasa berminyak. bila dah cukup nipis, renjiskan byk skit minyak, dah lipat. kalau kurang minyak ,
boleh kering dan mudah terkoyak ditengah.
9.Panaskan pan dgn api sederhana.. letaklah sedikit minyak. masak hingga perang. sambil terbalikkan roti,
hendaklah sentiasa merenjis minyak diatas roti.
10.Doh Roti canai ni boleh disimpan dlm fridge atau peti ais sehingga 2 hari
(Perlu diingat: jangan uli terlalu kenyal doh nya, akan menyebabkan roti susah nak ditibar dan keras )
Boleh lah dimakan bersama kari ikan,ayam,daging, sayur dalca dan sambal tumis...peeerrrrghh layan

Khamis, 18 Ogos 2016

TAUHU SUMBAT

TAUHU SUMBAT
Bahan-bahan :
4 keping tahu (dipotong tiga segi dan goreng)
8 tangkai lada kering yang dah direbus
4 tangkai cili padi (potong 2)
1 biji bawang putih
2 biji bawang merah
sedikit belacan
kacang tanah goreng secukupnya
sos cili secukupnya
garam dan gula secukupnya
air masak secukupnya
timun secukupnya (dihiris memanjang)
taugeh secukupnya
sedikit lobak merah (dihiris memanjang)
Cara:
1. Tauhu yang dah digoreng, belah tengahnya.
2. Timun, lobak dan taugeh direndam dalam air panas sekejap. Toskan, kemudian sumbat dalam tauhu tadi, ketepikan.
3. Lada kering, cili padi, bawang putih, bawang merah dan belacan di goreng dlm minyak panas sebentar.
4. Angkat dan toskan, kemudian masuk dalam blender bersama air masak secukupnya. Mesin hingga halus.
5. Masukkan kacang tanah goreng, mesin sekejap (jangan terlalu halus), keluarkan dan masuk dalam bekas.
6. Campurkan dengan sos cili, gula dan garam, gaul hingga sebati. Rasakan masam, masin dan manis. Lebih sedap jika terasa manisnya.
7. Bila nak makan, jiruskan sambal kacang atas tauhu sumbat tadi.