Selasa, 12 Januari 2016

Sotong Sumbat Kuah Percik

Posted: 11 Jan 2016 09:23 PM PST

 Sotong Sumbat Kuah Percik agak sukar untuk dijumpai , selalunya hanya ada pada bulan ramadhan dan dipasar malam . Jika ada pun pasti tidak menarik selera makan anda kerana tidak semua penjual memasak menu itu sesedap masakan anda sendiri . Menu ini lebih menyelerakan jika anda memasaknya dengan menggunakan air tangan anda sendiri , mari cuba untuk merasainya.

resepi sotong sumbat kuah percik






Bahan – bahan :

1 kg sotong
1 biji lobak merah
2 biji kentang (saiz besar)
2 batang serai
2 keping asam
1 keping gula melaka
3 sudu besar gula putih
1 cawan santan pekat
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam
Bahan-bahan kisar :
30 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
Cara membuat: 1.Rebus kentang sampai lembut (lenyek jika sudah lembut)
2.Lobak merah dipotong dadu dan digaul bersama kentang yang telah dilenyek.
3.Sumbat dalam sotong dan ketepikan
4.Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi
5.Masukkan santan , serai , asam keping , gula merah , gula putih , garam , dan kacau sehingga sebati
6.masak sampai kuah pekat
7.Masukkan sotong dan kacau sehingga sebati
8.Masak lebih kurang dalam 10 minit atau sampai sotong masak
9.Siap untuk dihidangkan

P/S : Resepi Sotong Sumbat Kuah Percik ini lebih enak jika dimakan bersama nasi impit ataupun nasi putih . Lebih sedap jika diperbanyakkan kuahnya.

Ahad, 10 Januari 2016

Lempeng Biji Sagu

2. Lempeng Biji Sagu
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/0401/kuning.jpg
Bahan-bahan:
100 gm biji sagu - direndam
200 gm tepung
1 biji telur
2 sudu makan gula
1/2 sudu teh pewarna kuning
Garam secukup rasa
Air untuk membancuh secukupnya
Minyak masak untuk melenser secukupnya

Cara memasak:
1. Masukkan biji sagu, tepung, telur, gula dan pewarna di dalam mangkuk dan bancuh bahan dengan air sehingga sebati. Perasakan dengan garam secukupnya.
2. Panaskan kuali leper dan tuangkan bancuhan di atasnya. Masak dengan api kecil dan paling-palingkan sehingga lempeng masak sempurna.
3. Ulang langkah sehingga bancuhan habis.
4. Hidangkan lempeng dengan kuah kari dan jika perlu potong-potongkan lempeng kepada saiz yang sesuai.

3. Lempeng Kelapa
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/0401/biasa.jpg

Bahan-bahan:
200 gm tepung gandum
100 gm kelapa parut
100 ml santan
200 ml air
Garam secukup rasa
Minyak untuk melenser secukupnya

Cara memasak:
1. Satukan tepung, kelapa parut dan santan. Bancuh semua bahan dengan air sehingga sebati. Perasakan dengan garam secukup rasa.
2. Panaskan kuali leper dengan api perlahan, tuang bancuhan di atas kuali dan ratakan dengan belakang senduk.
3. Biarkan seketika sehingga masak dan palingkan lempeng. Masak lagi sehingga kedua-dua bahagian masak sepenuhnya.
4. Ulang langkah memasak sehingga adunan habis.
5. Hidangkan sementara panas bersama sambal tumis.

Selamat mencuba.

Jumaat, 8 Januari 2016

Bawal Goreng Sambal

Posted: 07 Jan 2016 08:00 PM PST
Pastikan cili merah digoreng sempurna bagi memastikan ia betul-betul masak 

hiasan
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan bawal
8 biji cili merah | dikisar
5 ulas bawang merah | dikisar
4 ulas bawang putih | dikisar
3cm halia muda
1 tangkai daun bawang | dipotong seinci
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit




CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan bawal kemudian kelar tengahnya dan lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng sehingga garing dan ketepikan.
2. Kisar cili merah bersama bawang merah, bawang putih dan halia sehingga halus.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahanbahan kisar sehingga cili masak.
4. Tambahkan garam dan secukup rasa.
5. Tambah daun bawang tutup api. Tuang ke atas bawal yang telah digoreng terlebih dahulu
rasa 

Ayam Panggang ala Kenny Rogers

(RESEPI LENGKAP) = Ayam Panggang ala Kenny Rogers
Bahan bahan
1 ekor Ayam
1 biji Bawang Bombay
10 biji Bawang Putih
2cm halia
2 sudu Lada Hitam
3 sudu Kicap Manis
2 sudu Sos Tiram
2 sudu Madu
2 sudu Gula Pasir
1 sudu serbuk pasti sedap
1 sudu serbuk Oregano
2 sudu Minyak Zaitun (Olive Oil)
1 biji limau nipis
sedikit garam
Cara cara
1) Bersihkan ayam. Lumur ayam dengan garam dan limau nipis selama 20minit.
2) Potong halus bawang bombay, bawang putih, dan halia. Kemudian blend semua bahan-bahan tersebut. Tambahkan madu, kicap manis, sos tiram, serbuk pasti sedap, garam, gula, lada hitam, dan minyak zaitun & gaul rata.
3) Lumurkan bahan-bahan tadi pada ayam. Perap selama 1 jam. Jika hendak rasa yang lebih terangkat, Sila perap semalam di peti dalam sejuk.
4) Panggang ayam didalam oven dengan suhu 170-180'c selama 1 jam 30 minit. Sila tambah masa pemanggangan jika ayam masih belum masak lagi. (Bergantung pada saiz ayam & besar oven). Setiap 15min, sila sapu lebihan rempah keatas ayam.
5) Siap

NASI DAGING & AIR ASAM UTARA

Resepi Enak & Lazat Berkhasiat
NASI DAGING & AIR ASAM UTARA
Bahan-bahan :-
4 cawan beras basmathi
(rendam selama 30 minit dan tos)
500 gram daging - potong kiub besar
5 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
1 helai daun pandan - carik dan simpul
3 sudu besar rempah kurma
1 batang serai - dititik
3 sudu besar minyak sapi
1 -2 sudu besar minyak sayuran
1/4 cawan tomato puri
Sedikit kismis hitam
Sedikit garam
Bahan untuk menumis :-
1 biji bawang besar - hiris nipis
5 ulas bawang putih - hiris nipis
3 kuntum bunga lawang
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga
Bahan dan cara untuk merebus daging :-
1 sudu besar rempah kurma
2 inci halia - hiris nipis
Air dalam anggaran 7 cawan lebih
Rebus daging bersama air, halia dan rempah
kurma sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.
Lebih mudah jika menggunakan Pressure Cooker. Daging yang direbus menjadi lebih lembut dalam masa yang singkat.
Penyediaan Nasi Daging :-
Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran
di dalam periuk.
Tumis bahan menumis bersama 3 sudu besar serbuk kurma, serai dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan
beras yang telah ditos.
Kacau lagi beras selama 1-2 minit.
Masukkan air rebusan daging beserta daging, susu cair, tomato puri, kismis, dan garam secukup rasa.
Kacau sedikit supaya sebati dan tutup.
Masak di atas api sederhana.
Kaedah yang sama jika guna periuk nasi elektrik.
Pindah ke tapak periuk elektrik pada tahap ini dan biarkan nasi masak.
Setelah masak, gembur nasi supaya tidak berketul.
Bahan dan penyediaan air asam :-
1 biji bawang besar - hiris nipis
2 biji tomato - potong kecil
6 biji cili merah - potong kecil
1 inci belacan - dibakar di atas api sehingga wangi
1 mangkuk kecil air perahan asam jawa yang pekat
2 sudu besar sos ikan Thai
3 sudu besar gula
1-2 sudu kecil garam
1 sudu besar kerisik
Sedikit perahan jus limau nipis
Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati.
Tips :-
Untuk mendapatkan nasi yang cantik, gunalah beras basmathi yang panjang.

Jumaat, 1 Januari 2016

AGAR-AGAR KERING

AGAR-AGAR KERING
Bahan-Bahannya :
* 50grm agar-agar Tali
* 400 g gula pasir
* 1 cwn gula batu
* 8 gelas air
* Perasa/pewarna mengikut selera masing2.
Cara-caranya :
Rebus agar-agar kering dengan air sehingga mendidih.Masukkan gula batu sebab gula batu lambat cair. Biar gula batu hancur
Masukkan gula pasir.Biar mendidih lagi.
Masukkan adunan kedalam loyang. Masukkan pewarna dan perasa mengikut selera masing-masing.
Setelah sejuk bolehlah dipotong. Jangan potong terlalu kecil sebab agar-agar mengecut selepas kering.Jemur agar-agar.
Disini perlukan kesabaran ye.
Sesekali balik2kan agar2 supaya kering sekata. Jemur sehingga agar-agar betul2 kering dan tidak melekat.
Kalau cuaca panas elok 3-4 hari pun dah okey.

Begedil Penuh Rasa Daging

Posted: 31 Dec 2015 08:00 PM PST
Suka makan begedil yang penuh dengan inti daging ? Mungkin resepi ini sangat sesuai untuk anda. Jom tengok resepi penuh bila anda klik di gambar 

Siapa suka makan begedil daging ? Kalau saya, saya suka makan bersama meehon / mee sup atau ratah je panas-panas sambil cicah cos. Memang sedap kan rasa bedegil yang penuh dengan daging ?

Okey rupanya senang je cara untuk buat Begedil Penuh Rasa Daging ni . Jom kita lihat .




Bahan-Bahan Begedil Penuh Rasa Daging

1 kg Ubi Kentang
250 gram Daging Cincang Ramly ( kalau nak gunakan daging burger pun boleh dan lagi sedap )
2 labu bawang besar saiz sederhana
Sedikit Daun bawang/ daun sup
3 biji telur untuk mencelup semasa menggoreng
Minyak untuk menggoreng
Garam dan perasa yang anda mahu

Cara Penyediaan Begedil Penuh Rasa Daging

Pertama , potong bawang besar secara dadu , kentang dikupas kulis dan potong memanjang. Ubi kentang yang disiap dipotong digoreng dengan empuk dan dilenyekkan sehingga lumat.

Kedua , dalam sebuah bekas , masukkan daging kisar , bawang yang didadu , hirisan daun bawang / sup dan garan bersama perasa yang anda mahu .Gaul sebati.

Ketiga , kepalkan adunan ikut saiz yang anda mahu dan tekan adunan menjadi bentuk leper. Dalam bekas yang lain, pukul telur bersama sedikit garam/lada hitam.

Keempat , panaskan minyak. Celupkan adunan ke dalam telor sebelum menggoreng begedil. Guna api sederhana sahaja. Angkat dan toskan .

Tips :
Inti begedil boleh ditukar dengan isi ayam atau isi ikan mengikut citarasa anda .
1200tmplate copy
Memang mudah untuk hasilkan begedil daging yang sedap ni . Selamat mencuba .Terima kasih Delihayat Kitchen di atas keizinan menyiarkan resepi .
 http://daridapur.com