Jumaat, 8 Januari 2016

Bawal Goreng Sambal

Posted: 07 Jan 2016 08:00 PM PST
Pastikan cili merah digoreng sempurna bagi memastikan ia betul-betul masak 

hiasan
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan bawal
8 biji cili merah | dikisar
5 ulas bawang merah | dikisar
4 ulas bawang putih | dikisar
3cm halia muda
1 tangkai daun bawang | dipotong seinci
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit




CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan bawal kemudian kelar tengahnya dan lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng sehingga garing dan ketepikan.
2. Kisar cili merah bersama bawang merah, bawang putih dan halia sehingga halus.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahanbahan kisar sehingga cili masak.
4. Tambahkan garam dan secukup rasa.
5. Tambah daun bawang tutup api. Tuang ke atas bawal yang telah digoreng terlebih dahulu
rasa 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan