Bahan2: 2 keping ikan merah 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 2 biji cili api 3 sudu sos tiram 1 cube pati ikan bilis sayur2an ( Brokoli,tomato) 2 peket Suh hoon Sedikit serbuk lada hitam Sedikit garam dan serbuk perisa Air dan sedikit minyak utk menumis Cara menyediakan: Panaskan minyak dan tumis bawang merah,bawang putih dan cili api sehingga layu. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih seketika. Apabila air sudah mendidih,masukkan sos tiram ,pati ikan bilis serta serbuk lada hitam dan diikuti dengan ketulan ikan merah. Apabila ikan setengah masak,bolehlan dimasukkan sayur dan juga suh hoon yang telah direndam lembut. Akhir sekali..perasakan dengan garam dan sedikit serbuk perisa.
Kaki lembu dipotong Bawang merah Bawang putih Halia Perencah Sup serbuk Rempah menumis Garam Bawang goreng Daun sup
Kaki lembu direbus hingga empuk. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris bersama kayu manis, bunga lawang. Bila garing, masukkan rencah sup serbuk. Goreng dengan api perlahan hingga garing dan berbau wangi. Selepas itu, tuangkan semuanya ke dalam periuk tulang kaki tadi. Masukkan garam dan serbuk perasa.
Bahan bahan: 1 kg tulang lembu ~ rebus dahulu hingga empuk 2 sudu besar minyak masak 1 sudu besar minyak sapi 1 batang kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawang 5 kuntum bunga cengkih 3 biji buah pelaga 1 labu bawang besar - di hiris 1 peket kecil rempah sup - anggaran 2 sudu besar Air rebusan tulang secukupnya 1 batang lobak merah ~ dadu 2 biji kentang ~ dadu 1 sudu kecil lada sulah Garam secukup rasa 1 biji tomato - potong dadu 1 batang celery - hiris Daun sup dan daun bawang ~ hiris 3-4 biji cili padi - hiris Bawang goreng - tabur
Bahan Kisar: 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci halia 1/2 batang lobak merah 1 batang celery 1 batang leek
Cara cara: Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan. Kisar pula karot, batang celery dan leek. Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu ditumis nanti.
Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk. Tumiskan rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang besar yang telah di hiris hingga harum dan garing.
Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak. Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus. Tumis lagi hingga garing.
Kemudian masukkan rempah sup. Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih.
Jika gunakan tulang yang tak di rebus awal, masak hingga tulang empuk. Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk. Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih-buih dan minyak di permukaan sup, ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang. Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil. Bila kentang hampir empuk, masukkan juga daun sup, batang celery, cili padi dan bawang goreng. Tutup api dan sedia di hidangkan dengan sambal kicap. Tapi saya tak buat pun sambal kicap kerana anak anak tak suka pedas. Saya cuma letak cili padi yang dihiris.
Sambal Kicap
Bahan bahan: 15 biji cili padi 3 ulas bawang putih 1/2 cawan kicap ABC/kicap manis 1 sudu besar sos tomato 1 sudu kecil cuka makan
Satukan semua bahan dan kisar. Sedia di makan bersama sup tulang.
BAHAN-BAHANNYA :-) 15 - 20 biji telur puyuh, rebus dan kupas kulitnya, cuci dan toskan 150 gram cendawan pilihan anda 1 kiub ayam Maggi 1 batang leek, kerat pendek dan rendam 1/2 cekak soohoon, kerat pendek dan rendam Air secukupnya Serbuk lada hitam secukupnya Hirisan daun bawang untuk hiasa Bawang goreng untuk hiasa
BAHAN HIRIS HALUS :-)
4 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 1/2 inci halia muda (atau halia biasa)
CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan hiris hingga harum, tuang air secukupnya (anggaran 4 cawan). Kacau dan bila mendidih, masukkan telur puyuh, kiub pati ayam dan leek (toskan). Masak sekejap. Masukkan soo hoon, tambah serbuk lada hitam dan juga garam secukup rasa. Kacau dan bila mendidih, masukkan cendawan. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama nasi, ikan goreng dan sambal belacan..
Resepi Mee Kung Fu Bahan-Bahan: Bahan Mee – 200gm mee kuning 2 biji telur gred 1/3 sudu teh Knorr cukup rasa Minyak untuk menggoreng Bahan Kuah – 3 ulas bawang putih diketuk 100gm isi ayam dipotong kecil 5 ekor udang dibuang kulit 2 ekor sotong dipotong bulat 1 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air suam 2 cawan air 2 sudu makan sos tiram 3 batang baby corn dipotong memanjang 3 tangkai cili padi diketuk
carrot dipotong panjang & halus hirisan brokoli hirisan kobis bunga garam & gula secukup rasa serbuk lada sulah sedikit bahan perasa minyak untuk menumis Cara Memasak: 1. Goreng mee, anggaran untuk seorang makan. Panaskan minyak dalam fry pan. Masukkan mee, kemudian masukkan telur dan bahan perasa.
2. Goreng hingga kekuningan, kemudian masukkan ke dalam pinggan dan ketepikan. 3. Buat kuah mee. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau & keperangan. Masukkan ayam, udang & sotong, kacau hingga masak. 4. Masukkan air, garam, gula, sos tiram & perasa, biarkan hingga mendidih. 5. Masukkan semua sayur, cili padi, lada sulah & bancuhan tepung jagung. Kacau selama 2 minit & angkat. 6. Tuangkan kuah ke atas mee kungfu tadi. Hiaskan dengan hirisan daun sup, daun bawang, bawang goreng & hirisan limau nipis. Sedia untuk dihidang.
Orang yang mengalami masalah angin dalam badan pasti akan merasa tidak selesa terutama sekali pada bahagian perut.
Berikut merupakan cara-cara untuk mengatasi dari masalah angin dalam badan ini.
1. Jaga dan kawal makan. Elak makan banyak makanan ringan serta air berkarbonat.
2. Makan lebih sayur-sayuran, makanan berzat serta buah-buahan.
3. Kunyah makanan dengan betul agar makanan tersebut mudah dicerna dan dihadam nanti. Jangan makan dengan laju juga kerana ia akan menelan udara dengan lebih banyak.
4. Kurangkan mengambil makanan bergoreng dan berlemak kerana ia mengambil masa yang lama untuk dihadam. Ini akan menyebabkan gas terkumpul dalam perut.
5. Makan dengan jumlah yang sikit namun kerap bagi mengelakkan dari perut kosong dan lapar.
6. Elak mengunyah gula-gula getak dan kurangkan merokok.
RAMAI orang jari kadang-kala kelihatan seperti ada bintik-bintik kecil, bintik-bintik ini tidaklah besar, jarang kita dapat memerhatikan bintik-bintik seperti ini, akan tetapi sebenarnya bintik-bintik seperti inilah yang perlu diberi perhatian wajar.
Bintik-bintik kecil pada jari boleh menunjukkan penyakit yang ada dalam tubuh badan kita, dan turut boleh menunjukkan apabila tubuh kita terdapat banyak racun.
#1 Hujung jari melengkung
Seandainya kita lihat daging pada garis jari tangan yang dibawah kuku menonjol keluar, itu menandakan salah satu organ tubuh kita mengalami keradangan, juga terlampau banyak toksin dalam badan kita.
Disebabkan perihal ini, kita biasanya jadi emosi, kerana ini menunjukkan hati kita ada masalah, terlalu banyak racun dalam hati serta jantung kita, boleh melemahkan fungsi organ tubuh yang lain.
#2 Kuku bulat dan rata
Apabila kuku berubah jadi bulat dan rata, itu petanda ada racun dalam hati, mungkin ada masalah pencernaan atau penyakit perut yang lain. Rata-rata pesakit ini juga ada problem pemakanan dan metabolisma, memberi kesan besar pada paru-paru.
Bagaimanakah cara cepat menyembuhkan penyakit ini?
#1 Makan banyak sayuran hijau serta buah-buahan
Buah-buahan dan sayur-sayuran hijau mempunyai kesan yang baik untuk detoks. Buah dan sayuran biasanya waktu penghadaman di dalam perut adalah 30 minit, sedangkan daging masa penghadaman sekitar lebih tiga jam, jadi makan lebih banyak sayur-sayuran hijau dan buah-buahan boleh mempercepatkan pergerakan gastrointestinal, mempercepatkan metabolisma badan, dan boleh membersihkan toksin dalam tubuh.
#2 Detoks
Kenapa wanita moden kebanyakan hidup lebih lama daripada lelaki? Kerana wanita umumnya bersukan lebih banyak dari lelaki. Wanita yang suka berbelanja, suka berjalan-jalan serta suka bergerak biasanya mempunyai hidup yang lebih panjang umurnya dari pada lelaki. Berpeluh serta air kencing juga merupakan detoks, dapat mengeluarkan racun dalam tubuh kita. Mari kita banyak bersenam, banyakkan berpeluh serta membuang racun dalam tubuh kita pen patah
1. Dari sayyidina Ali: Baginda Rasulullah SAW maksudnya:
Apabila datang malam nisfu sya’ban maka beribadahlah di malamnya dan puasalah di siang harinya sesungguhnya Allah menurunkan rahmatNya dan para Malaikatnya pada malam itu dan berkata siapa yang minta rezeki ku beri, siapa meminta keselamatan aku pelihara, siapa yang hendak sesuatu maka akan ku kabulkan sampai terbit fajar.
2. Dari Muaz bin jabal, Bersabda baginda RasulullahuSAW maksudnya:
pada malam nisfu sya’ban menurunkan Allah akan RahmatNYA dan para malaikatnya maka mengampuni Allah akan Dosa-dosa hambanya.
Di riwayatkan bahawa pemindahan semua perkara dari lauhil mahfuz pada malam nisfu sya’ban dan selesai pada malam lailatul Qadar Di serahkan urusan rezeki pada Malaikat Mikail urusan perang/gempa/bencana pada Malaikat Jibril , urusan amal pada Malaikat penghulu langit dunia dan urusan Musibah pada Malaikat maut.
3. Daripada sayyidah Aisyah berkata: Malam nisfu sya’ban aku terbagun dan rasulullah tidak ada di sampingku maka aku cari dan ternyata baginda ada di pekuburan sambil memandang ke langit kemudian berkata sungguh Allah menurunkan rahmatNya dan MalaikatNya ke langit dunia pada malam nisfu sya’ban dan mengampuni dosa hambanya
4. Daripada Sayidah Aisyah berkata: Rasulullah berdiri sembahyang dan kemudian sujud sangat lama sehingga aku menyangka beginda telah wafat. Was – was aku melihat sedemikian maka aku gerak-gerakan hujung kaki beliau maka bergeraklah. Kemudian aku kembali ke rumah dan ketika beginda selesai dari sembahyang, Baginda datang dan berkata: ” tahukah kamu malam apakah ini?
Berkata Aisyah: Allah dan Rasulnya yang lebih tahu
Berkata Baginda : Malam ini adalah malam Nisfu sya’ban sesungguhnya Allah Memandang dan mengampuni Hamba-hambanya pada malam ini.
5. Dari Naufal al bakali bahwasanya:
sayidina Ali keluar rumah pada malam nisfu sya’ban dan memandang kelangit sambil berkata keluar pada malam nisfu sya’ban nabiullah Daud alaihissalam dan memandang kelangit dan berkata Ya Allah sesungguhnya malam ini adalah malam mustajab do’a tidak berdo’a seseorang melainkan engkau kabulkan.
. 6. Diriwayatkan dari Ka’ab al ahbar berkata: Sesungguhnya Allah Mengutus malaikat Jibril pada malam nisfu sya’ban ke syurga dan memerintahkan dihiaskan syurga. Allah melepaskan dari api neraka pada malam ini hambanya sebanyak bilangan bintang di langit, sebilangan hari dan malam di dunia, sebilangan daun-daun pepohonan, seberat gunung-gunung dan sebilangan pasir-pasir.
7. Pada malam Nisfu Sya’ban Allah menambahkan air Zam Zam.
Faedah amalan pada Nisfu Sya’ban
Disunatkan menghidupkan dan menghidupkan malam Nisfu sya’ban dengan beribadah seperti sembahyang sunat tasbih, Baca Alquran, Berzikir, Selawat, dan Berdoa dengan niat:
1. Panjang umur sihat wal’afiat dalam taat dan ibadah kepada Allah.
2. Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit.
3. Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan.
4. Dan sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Sya’ban beribadah dengan mengerjakan Solat Isyak berjamaah dan Solat Subuh berjamaah.
Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim.. Jika Engkau takdirkan panjang usiaku Tetapkanlah aku di jalanMu Agar aku istiqamah menjejaki keredhaanMu Teguh menjalankan perintahMu,tunduk pada ketentuanMu. Jadikanlah diri ini orang yang selalu menjauhi laranganMu. Agar tidak sia-sia sisa umurku berlalu…
Bersaiz kecil namun penuh khasiat seperti zat besi, kalsium dan asid omega 3. Kitaran hidup yang singkat menyebabkan ikan bilis tidak terdedah kepada kandungan metal yang bahaya seperti merkuri.
Ikan bilis sering dijadikan sebagai perisa tambahan dalam hidangan goreng, sup, bubur dan sayur-sayuran. Lagi sedap jika digoreng garing dan rangup dimakan begitu sahaja seperti makan keropok.
Biasanya, selepas ikan bilis digoreng, cepat saja dah lemau dan liat. Bukannya lama pun kita hidangkan di luar. Kenapa boleh jadi begini ya? Ini kerana ikan bilis tersebut tidak digoreng sempurna dan masih mengandungi air di dalamnya. Antara kesilapan yang selalu dilakukan ialah membasuh atau merendam ikan bilis dan tidak memastikannya benar-benar kering sebelum digoreng. Lihat lagi tips di bawah untuk mengelakkan ikan bilis daripada menjadi liat. Ikan bilis paling selalu jumpa dalam nasi lemak. Kalau tak ada, memang tak sah! / Foto Kredit: businesstimes.cc
6 Petua Goreng Ikan Bilis Yang Betul. ‘Confirm’ Garing & Rangup!
1. Pilih Ikan Bilis Berkualiti
Lebih terang warna ikan bilis, lebih sedap dan kualitinya
2. Keringkan Sepenuhnya
Jika rendam ikan bilis, pastikan ia benar-benar sudah kering sebelum dimasak
3. Tunggu Minyak Betul-betul Panas
Jika menggoreng ikan bilis, pastikan minyak sudah panas sepenuhnya
4. Kawal Api
Apabila menggoreng, perlahankan api untuk elak ikan bilis cepat hangus
5. Simpan Dalam Bekas Kedap Udara
Masukkan ikan bilis yang sudah digoreng dalam bekas kedap udara. Tutup bekas dengan segera untuk elak ikan bilis dimasuki angin dan kurang rangup.
6. Jauhkan Kelembapan
Elak guna sudu yang basah sewaktu mengambil ikan bilis kerana ia boleh mengurangkan kerangupan ikan bilis
Cara Dapatkan Ikan Bilis Garing Dan Rangup Menggunakan ‘Oven’
Selain mengamalkan petua goreng ikan bilis yang betul, anda juga boleh menggunakan ketuhar untuk mendapatkan hasil yang sama rangupnya. Untuk mengetahui lebih lanjut, rujuk langkah di bawah!
Tuang sedikit minyak masak pada ikan bilis dan bakar dalam microwave oven. Tetapkan masa selama 1 minit. Jika masih belum garing, naikkan masa kepada 20 hingga 30 saat sehingga ikan bilis garing.
Jika anda tidak suka pada rasa masin ikan bilis, rendam dulu ikan bilis dan cuci hingga bersih. Keringkan selama sejam sebelum dimasukkan dalam oven. Panaskanoven pada suhu 180 darjah selama 10 hingga 15 minit dan masukkan ikan bilis. Bakar hingga ikan bilis bertukar warna perang.
Biarkan adunan di atas kuali beberapa minit sebelum dialihkan. Jika adunan belum masak sepenuhnya, ia akan ‘pecah’ ketika diangkat.
BAHAN-BAHAN: 4-5 biji pisang berangan 150 gm nestum 150 gm tepung gandum Sedikit garam Daun pisang
CARA MEMASAK: 1. Hiris pisang nipis-nipis dan lenyekkannya sehingga hancur. 2. Masukkan nestum dan secubit garam bagi melengkapi rasa. Gaul rata. 3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati. 4. Panaskan kuali non stick. Letakkan daun pisang di atas kuali kemudian letakkan adunan lempeng pisang di atas daun pisang. 5. Pastikan api kecil, dan sentiasa balik-balikkannya.
1 sudu besar asam jawa (boleh kurangkan jika tidak suka masam)
Cara-cara:
Kupas mempelam dan basuh sehingga bersih. Potong dan direndam seketika di dalam air yang dicampur sesudu kecil garam bertujuan untuk menghilangkan getah pada mempelam tersebut. Bersihkan kemudian toskan dan ketepikan. Cara untuk buat kuah : Satukan kesemua bahan kecuali mempelam tadi dalam periuk. Masak seketika sehingga semua sebati. Matikan api dan biarkan sejuk. Masukkan mempelam ke dalam bekas dan tuang kuah yang dimasak tadi...Biarkan semalaman. sedia di makan. Selamat mencuba