Ahad, 22 Mei 2016

IKan Bilis

Posted: 21 May 2016 08:00 PM PDT
sakit-perut-mulas1
Gambar sekadar hiasan.

Orang yang mengalami masalah angin dalam badan pasti akan merasa tidak selesa terutama sekali pada bahagian perut.

Berikut merupakan cara-cara untuk mengatasi dari masalah angin dalam badan ini.


1. Jaga dan kawal makan. Elak makan banyak makanan ringan serta air berkarbonat.

2. Makan lebih sayur-sayuran, makanan berzat serta buah-buahan.

3. Kunyah makanan dengan betul agar makanan tersebut mudah dicerna dan dihadam nanti. Jangan makan dengan laju juga kerana ia akan menelan udara dengan lebih banyak.

4. Kurangkan mengambil makanan bergoreng dan berlemak kerana ia mengambil masa yang lama untuk dihadam. Ini akan menyebabkan gas terkumpul dalam perut.

5. Makan dengan jumlah yang sikit namun kerap bagi mengelakkan dari perut kosong dan lapar.

6. Elak mengunyah gula-gula getak dan kurangkan merokok.

7. Selalu exercise!
Sumber: EH!/ saja kongsi
Posted: 21 May 2016 01:00 AM PDT


RAMAI orang jari kadang-kala kelihatan seperti ada bintik-bintik kecil, bintik-bintik ini tidaklah besar, jarang kita dapat memerhatikan bintik-bintik seperti ini, akan tetapi sebenarnya bintik-bintik seperti inilah yang perlu diberi perhatian wajar.
Bintik-bintik kecil pada jari boleh menunjukkan penyakit yang ada dalam tubuh badan kita, dan turut boleh menunjukkan apabila tubuh kita terdapat banyak racun.

#1 Hujung jari melengkung

Seandainya kita lihat daging pada garis jari tangan yang dibawah kuku menonjol keluar, itu menandakan salah satu organ tubuh kita mengalami keradangan, juga terlampau banyak toksin dalam badan kita.
Disebabkan perihal ini, kita biasanya jadi emosi, kerana ini menunjukkan hati kita ada masalah, terlalu banyak racun dalam hati serta jantung kita, boleh melemahkan fungsi organ tubuh yang lain.

#2 Kuku bulat dan rata

Apabila kuku berubah jadi bulat dan rata, itu petanda ada racun dalam hati, mungkin ada masalah pencernaan atau penyakit perut yang lain. Rata-rata pesakit ini juga ada problem pemakanan dan metabolisma, memberi kesan besar pada paru-paru.
Bagaimanakah cara cepat menyembuhkan penyakit ini?

#1 Makan banyak sayuran hijau serta buah-buahan

Buah-buahan dan sayur-sayuran hijau mempunyai kesan yang baik untuk detoks. Buah dan sayuran biasanya waktu penghadaman di dalam perut adalah 30 minit, sedangkan daging masa penghadaman sekitar lebih tiga jam, jadi makan lebih banyak sayur-sayuran hijau dan buah-buahan boleh mempercepatkan pergerakan gastrointestinal, mempercepatkan metabolisma badan, dan boleh membersihkan toksin dalam tubuh.

#2 Detoks

Kenapa wanita moden kebanyakan hidup lebih lama daripada lelaki? Kerana wanita umumnya bersukan lebih banyak dari lelaki. Wanita yang suka berbelanja, suka berjalan-jalan serta suka bergerak biasanya mempunyai hidup yang lebih panjang umurnya dari pada lelaki. Berpeluh serta air kencing juga merupakan detoks, dapat mengeluarkan racun dalam tubuh kita. Mari kita banyak bersenam, banyakkan berpeluh serta membuang racun dalam tubuh kita
pen patah 
Posted: 20 May 2016 11:30 PM PDT
 Nisfu Sya'ban
Nisfu Sya’ban

Kelebihan malam Nisfu Sya’ban

1. Dari sayyidina Ali: Baginda Rasulullah SAW maksudnya:
Apabila datang malam nisfu sya’ban maka beribadahlah di malamnya dan puasalah di siang harinya sesungguhnya Allah menurunkan rahmatNya dan para Malaikatnya pada malam itu dan berkata siapa yang minta rezeki ku beri, siapa meminta keselamatan aku pelihara, siapa yang hendak sesuatu maka akan ku kabulkan sampai terbit fajar.



2. Dari Muaz bin jabal, Bersabda baginda RasulullahuSAW maksudnya:
pada malam nisfu sya’ban menurunkan Allah akan RahmatNYA dan para malaikatnya maka mengampuni Allah akan Dosa-dosa hambanya.
Di riwayatkan bahawa pemindahan semua perkara dari lauhil mahfuz pada malam nisfu sya’ban dan selesai pada malam lailatul Qadar Di serahkan urusan rezeki pada Malaikat Mikail urusan perang/gempa/bencana pada Malaikat Jibril , urusan amal pada Malaikat penghulu langit dunia dan urusan Musibah pada Malaikat maut.

3. Daripada sayyidah Aisyah  berkata:
Malam nisfu sya’ban aku terbagun dan rasulullah tidak ada di sampingku maka aku cari dan ternyata baginda ada di pekuburan sambil memandang ke langit kemudian berkata sungguh Allah menurunkan rahmatNya dan MalaikatNya ke langit dunia pada malam nisfu sya’ban dan mengampuni dosa hambanya 


4. Daripada Sayidah Aisyah berkata:
Rasulullah berdiri sembahyang dan kemudian sujud sangat lama sehingga aku menyangka beginda telah wafat. Was – was aku melihat sedemikian maka aku gerak-gerakan hujung kaki beliau maka bergeraklah.  Kemudian aku kembali ke rumah dan ketika beginda selesai dari sembahyang,  Baginda datang dan berkata: ” tahukah kamu malam apakah ini?

Berkata Aisyah: Allah dan Rasulnya yang lebih tahu 
Berkata Baginda : Malam ini adalah malam Nisfu sya’ban sesungguhnya Allah Memandang dan mengampuni Hamba-hambanya pada malam ini.

5. Dari Naufal al bakali bahwasanya:
sayidina Ali keluar rumah pada malam nisfu sya’ban dan memandang kelangit sambil berkata keluar pada malam nisfu sya’ban nabiullah Daud alaihissalam dan memandang kelangit dan berkata Ya Allah sesungguhnya malam ini adalah malam mustajab do’a tidak berdo’a seseorang melainkan engkau kabulkan.
.
6. Diriwayatkan dari Ka’ab al ahbar berkata:
Sesungguhnya Allah Mengutus malaikat Jibril pada malam nisfu sya’ban ke syurga dan memerintahkan  dihiaskan syurga.  Allah melepaskan dari api neraka pada malam ini hambanya sebanyak bilangan bintang di langit, sebilangan hari dan malam di dunia, sebilangan daun-daun pepohonan, seberat gunung-gunung dan sebilangan pasir-pasir.
7. Pada malam Nisfu Sya’ban Allah menambahkan air Zam Zam.

Faedah amalan pada Nisfu Sya’ban

Disunatkan menghidupkan dan menghidupkan malam Nisfu sya’ban dengan beribadah seperti sembahyang sunat tasbih, Baca Alquran, Berzikir, Selawat, dan Berdoa dengan niat:

1. Panjang umur sihat wal’afiat dalam taat dan ibadah kepada Allah.

2. Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit.

3. Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan.

4. Dan sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Sya’ban beribadah dengan mengerjakan Solat Isyak berjamaah dan Solat Subuh berjamaah.
 Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim..
Jika Engkau takdirkan panjang usiaku
Tetapkanlah aku di jalanMu
Agar aku istiqamah menjejaki keredhaanMu
Teguh menjalankan perintahMu,tunduk pada ketentuanMu.
Jadikanlah diri ini orang yang selalu menjauhi laranganMu.
Agar tidak sia-sia sisa umurku berlalu…
Amin
akuislam 
Posted: 20 May 2016 10:30 PM PDT
Bersaiz kecil namun penuh khasiat seperti zat besi, kalsium dan asid omega 3. Kitaran hidup yang singkat menyebabkan ikan bilis tidak terdedah kepada kandungan metal yang bahaya seperti merkuri.

Ikan bilis sering dijadikan sebagai perisa tambahan dalam hidangan goreng, sup, bubur dan sayur-sayuran. Lagi sedap jika digoreng garing dan rangup dimakan begitu sahaja seperti makan keropok.
petua goreng ikan bilis
Foto Kredit: blog.daum.net

Kenapa Ikan Bilis Cepat Liat Dan Kenyal?

Biasanya, selepas ikan bilis digoreng, cepat saja dah lemau dan liat. Bukannya lama pun kita hidangkan di luar.
Kenapa boleh jadi begini ya?
Ini kerana ikan bilis tersebut tidak digoreng sempurna dan masih mengandungi air di dalamnya.
Antara kesilapan yang selalu dilakukan ialah membasuh atau merendam ikan bilis dan tidak memastikannya benar-benar kering sebelum digoreng. Lihat lagi tips di bawah untuk mengelakkan ikan bilis daripada menjadi liat.
petua goreng ikan bilis nasi lemak
Ikan bilis paling selalu jumpa dalam nasi lemak. Kalau tak ada, memang tak sah! /
 Foto Kredit: businesstimes.cc

6 Petua Goreng Ikan Bilis Yang Betul. ‘Confirm’ Garing & Rangup!

1. Pilih Ikan Bilis Berkualiti

Lebih terang warna ikan bilis, lebih sedap dan kualitinya

2. Keringkan Sepenuhnya

Jika rendam ikan bilis, pastikan ia benar-benar sudah kering sebelum dimasak

3. Tunggu Minyak Betul-betul Panas

Jika menggoreng ikan bilis, pastikan minyak sudah panas sepenuhnya

4. Kawal Api

Apabila menggoreng, perlahankan api untuk elak ikan bilis cepat hangus

5. Simpan Dalam Bekas Kedap Udara

Masukkan ikan bilis yang sudah digoreng dalam bekas kedap udara. Tutup bekas dengan segera untuk elak ikan bilis dimasuki angin dan kurang rangup.

6. Jauhkan Kelembapan

Elak guna sudu yang basah sewaktu mengambil ikan bilis kerana ia boleh mengurangkan kerangupan ikan bilis

Cara Dapatkan Ikan Bilis Garing Dan Rangup Menggunakan ‘Oven’

Selain mengamalkan petua goreng ikan bilis yang betul, anda juga boleh menggunakan ketuhar untuk mendapatkan hasil yang sama rangupnya.
Untuk mengetahui lebih lanjut, rujuk langkah di bawah!
  1. Tuang sedikit minyak masak pada ikan bilis dan bakar dalam microwave oven. Tetapkan masa selama 1 minit. Jika masih belum garing, naikkan masa kepada 20 hingga 30 saat sehingga ikan bilis garing.
  2. Jika anda tidak suka pada rasa masin ikan bilis, rendam dulu ikan bilis dan cuci hingga bersih. Keringkan selama sejam sebelum dimasukkan dalam oven. Panaskanoven pada suhu 180 darjah selama 10 hingga 15 minit dan masukkan ikan bilis. Bakar hingga ikan bilis bertukar warna perang.
ikan bilis rangup
Foto Kredit: noobcook.com

Amalkan Selalu!

Ikan bilis yang digunakan harus berkualiti tinggi. Untuk sedapkan lagi, goreng ikan bilis bersama bawang putih. Boleh juga dicampurkan bersama sambal.

Kalau ianya digoreng sempurna dan dibakar hingga cukup garing, biasanya boleh bertahan lama hingga enam bulan!

Makan dengan nasi putih & sambal tumis pun dah cukup ‘layan’!
siraplimau 
Posted: 20 May 2016 09:30 PM PDT
Biarkan adunan di atas kuali beberapa minit sebelum dialihkan. Jika adunan belum masak sepenuhnya, ia akan ‘pecah’ ketika diangkat.
lempeng pisang
 
BAHAN-BAHAN:
4-5 biji pisang berangan
150 gm nestum
150 gm tepung gandum
Sedikit garam
Daun pisang






CARA MEMASAK:
1. Hiris pisang nipis-nipis dan lenyekkannya sehingga hancur.
2. Masukkan nestum dan secubit garam bagi melengkapi rasa. Gaul rata.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati.
4. Panaskan kuali non stick. Letakkan daun pisang di atas kuali kemudian letakkan adunan  lempeng pisang  di atas daun pisang.
5. Pastikan api kecil, dan sentiasa balik-balikkannya.

rasa 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan