Isnin, 18 Julai 2016

Laksam

Buku Resepi telah menambah 6 foto baru pada album: Homemade Laksam - Mufidah Abdul Hadi Alyunusi.
16hb Jun
Homemade Laksam
Resipi dan foto: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi
Bahan untuk laksam:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
Lebih kurang 4 1/2 cawan air suam
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak masak
Bahan-bahan untuk kuah:
1/2 kg ikan kembung/sardin
5-6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
Serbuk lada sulah/hitam
Santan dari sebiji kelapa (atau secukup rasa lemak)
Garam dan gula secukup rasa
Asam keping
Bahan sampingan:
Kacang panjang
Taugeh
Timun
Bawang besar
Limau kasturi
Bunga kantan
Belacan bakar
Sambal (Cili kering direbus hingga kembang dan toskan - tumbuk halus dan perasakan dengan garam dan asam..boleh juga tumbuk bersama belacan bakar atau hidang belacan secara berasingan sebagai bahan tabur)
Cara membuat laksam:
Satukan tepung beras, tepung gandum dan garam. Masukkan 4 cawan air suam dan kacau hingga sebati. Jika perlu tambahkan air secukupnya dan kacau sebati. Masukkan minyak dan kacau rata. Panaskan kukusan dan sapukan loyang atau tudung periuk dengan minyak. Bila air kukusan telah mendidih, tuang sedikit adunan ke atas tudung periuk atau ke dalam loyang dan kukus api sederhana hingga masak. Angkat dan biar suam atau sejuk sedikit baru digulung rapat. Ulang proses ini hingga habis.
Cara membuat kuah laksam:
Rebus ikan bersama sedikit asam keping dan garam. Asingkan isi ikan dari tulangnya. Kisar isi ikan hingga halus. Masukkan ke dalam periuk. Kisar pula bawang merah, bawang putih dan halia hingga halus. Masukkan ke dalam periuk bersama isi ikan tadi. Masukkan air rebusan ikan tadi, gula, garam, asam keping, serbuk lada hitam/sulah dan santan. Tambah air secukupnya jika perlu. Masak atas api sederhana sambil dikacau selalu supaya kuah tak berketul.
Hidangkan laksam yang dipotong bersama kuah, sambal, bahan tabur dan belacan bakar jika suka.

Selasa, 5 Julai 2016

IKAN MERAH GORENG RANGUP DENGAN SUP

My Resipi telah menambah 7 foto baru
8 jam
IKAN MERAH GORENG RANGUP DENGAN SUP
Bahan-bahan
1 ekor ikan merah
4-5 sudu besar Maggi® CukupRasa
tepung jagung secukupnya
serbuk roti dengan herba Italian secukupnya
1 biji telur
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga lawang
5 ulas bawang putih-dihiris
1 inci halia-dihiris kasar
sedikit serbuk lada putih
4-5 batang cili padi
1 biji limau nipis- ambik jusnya
bawang goreng secukupnya
daun bawang dan daun sup secukupnya
4 keping roti sandwich
sedikit mentega
sedikit daun pasley kering
minyak untuk menggoreng penuh dan menumis
lettuce dan tomato sebagai hiasan.
Cara-cara
Bersihkan ikan. Potong bahagian kepala dan hiris untuk keluarkan isinya seperti di dalam gambar. Simpan bahagian kepala dan tulang untuk dijadikan sup.
Potong isi ikan nipis-nipis. Tabur kepingan ikan dengan2-3 sudu besar Maggi® CukupRasa
Kemudian salutkan dengan tepung jagung. Perapkan selama 10 minit.
Celup kepingan ikan dengan telur. Kemudian salut dengan serbuk roti.
Goreng dalam minyak banyak sehingga garing. Toskan
Untuk supnya: Panaskan sedikit minyak. Tumis hirisan bawang putih, halia, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis sehingga garing. Masukkan 4 cawan air. Biarkan mendidih. Masukkan kepala ikan dan tulangnya. Biarkan mendidih sekali lagi
Masukkan daun bawang, daun sup, hirisan cili padi, jus limau nipis dan Maggi® CukupRasa. Padamkan api.
Untuk roti bakar: Sapukan mentega pada kepingan roti. Taburkan sedikit parsley kering dan Maggi® CukupRasa. Bakar roti sehingga perang.
Hidangkan: Tapis sup ke dalam mangkuk. Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Letakkan ikan goreng di atas pinggan bersama salad dan tomato. Sedap dimakan ketika masih panas.

Lai Chi Kang

FILLED UNDER:

Resepi Sedap




BAHAN-BAHANNYA IALAH:

[=]1 sudu makan cincau
[=]1/2 sudu makan buah pala kering
[=]1 sudu makan kacang merah
[=]3 biji laici
[=]1 sudu makan cendol
[=]2 sudu makan jeli
[=]1 sudu makan kembang semangkuk
[=]1/2 sudu makan selasih
[=]1/2 sudu makan barli
[=]10 ml air gula merah
[=]10 gm isi buah tembikai
[=]20 ml air gula putih
[=]100 ml air
[=]Ais kiub secukupnya


CARA MEMBUATNYA IALAH:

1. [=]Kesemua bahan-bahan tersebut dimasukkan ke dalam mangkuk.
2. [=]Masukkan air, air gula dan air gula merah. Kacau rata.
3. [=]Masukkan kiub ais. Sedia untuk dihidang.


Sabtu, 2 Julai 2016

Apam balik

Nak kongsi resepi apam balik yg senang dan lembut.
Selama ni asyik beli je...,apa kata kita pakat buat sendiri,
Jimat dan sedap,lg pun boleh taruk jagung bnyak2 x kena cas lebih pun...,hihi.
2 Cwn tpg gandum.
1 1/2 Cwn air.
1/3 Cwn gula.
2 bj telur.
1 sudu teh baking powder.
1 sudu teh yis mauripan.
2 sudu besar minyak masak.
Secubit garam.
Sedikit pewarna kuning telur.
Bahan tabur.
Kacang tanah yg telah di kisar ( ikut suka).
Gula ( ikut suka)
1 tin Jagung ala cream.
Mentega (ikut suka)
Caranya.
Saya guna blend je, senang dn cepat.
Blend telur dan gula hingga kembang
Masukan baking powder,yis ,minyak dan garam, blend lg,Masukan air,blend lg,
Masukan tpg,blend lg.
Masukan pewarna blend lg.
Dah siap....,perap 1 hingga 2 jam.
Guna kuali non stikc, x perlu taruk minyak.
Saya buat yg kecik2, taruk inti bnyk2 pun dia x kuar,
senang sket nak makan.
Kalau buat besar,bila potong isinya meleleh2, keluar.
wa boleh berbuka puasa dengan apam balik air tangan sendiri 
kredit - Muslimah ShopCentre

RENDANG AYAM PEDAS CILI PADI

RESEPI RENDANG AYAM PEDAS CILI PADI
Bahan-bahan:
8 ketul ayam
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 biji bawang besar*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1/2 inci kunyit*
3 batang serai*
20 biji cili padi* (sy letak lebih rasanya) kisar bahan bertanda *
1/2 sudu ketumbar (disangai dan tumbuk)
1/2 sudu jintan manis (disangai dan tumbuk)
santan dari sebiji kelapa
daun kunyit (hiris halus)
1 sudu kecil kerisik
gula melaka
garam
air asam jawa
Cara:
1. Tumis bahan kisar hingga naik baunya. Masukkan ketumbar dan jintan. Kacau sebati.
2. masukkan santan, daun kunyit dan ayam.
3. Setelah separuh kering, masukkan kerisik. Perasakan dgn garam, gula dan asam jawa.
4. Tunggu hingga kuah kering dan bolehlah dihidangkan.
(Kalau ayam belum masak leh tambah air dan biarkan kering semula.
Selamat mencuba.
Silalah share yer dan jika ingin share,
komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti.

Isnin, 27 Jun 2016

Karipap


Cara Mudah Buat Karipap Inti Kentang 
Ok,mukaddimah yang panjang sebelum saya kongsikan dengan anda semua cara buat karipap inti kentang yang sedap dan rangup ini.Memamg saya "paksa" anda baca intro yang panjang ini supaya anda tahu, takkan ada karipap yang sedap, kalau tak diusahakan dengan bersungguh dan seikhlas hati.Yup, tepatnya : Parctise makes perfect kan.lalala.

Cara bergambar buat inti kentang ini ada saya kongsikan dalam pautan ini : Cara bergambar buat karipap rangup dengan inti kentang yang sedap-

  • 5-7 biji kentang sederhana besar ( dipotong dadu )
  • 1 biji bawang besar ( potong dadu )
  • 3 ulas bawang merah ( dikisar )
  • 2 ulas bawang putih  ( dikisar )
  • segengam ikan bilis atau udang kering ( dikisar ) Boleh ganti daging kisar atau ayam
  • 3 sudu besar cili kering kisar ( kurangkan kalau tak suka pedas)
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • 2 tangkai daun sup ( kalau suka boleh letak )
  • Minyak masak untuk menumis
Cara Masak Inti Karipap Kentang
1. Panaskan minyak dalam kuali.Kemudian masukkan separuh bawang besar yang sudah 
    dipotong dadu tadi.Yang separuh lagi, masukkan bila kentang sudah empuk nanti.
2. Bila sudah naik bau, masukkan bahan kisar tadi.Kacau perlahan sehingga naik bau,     
    masukkan pula serbuk kari.Diikuti masukkan gula, garam dan perasakan.
3. Masukkan pula kentang yang sudah dipotong dadu tadi. Toskan airnya terlebih 
   dahulu.Masukkan dua cawan air supaya kentang cepat empuk.
4. Tutup kuali dengan tudung periuk atau penutup pengukus supaya wap air dapat 
    lembutkan kentang dengan cepat.
5. Biarkan sehingga kentang empuk, airnya juga sudah kering dan masukkan separuh lagi 
    bawang besar yang dipotong dadu tadi bersama daun sup yang dihiris.
6. Angkat inti kentang dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai supaya cepat sejuk dan   
    boleh di buat inti karipap.

Bahan-bahan untuk buat kulit karipap
Boleh juga rujuk sini untuk lihat cara bergambar buat kulit karipap rangup-
  • 500 gram tepung gandum ( untuk 30-40 biji karipap )
  • dua senduk minyak masak dipanaskan terlebih dahulu ( boleh cairkan planta atau marjerin )
  • satu mug sederhana besar berisi air yang sudah dilarutkan dengan garam 
Ada juga resepi yang saya baca di Blog Jintan Manis, menambah tepung ubi dan tepung beras sebagai rahsia kenapa karipap akan jadi lebih rangup.Saya belum mencubanya, tetapi jika anda berminat, saya kongsikan sukatan tepung beras dan tepung ubi mengikut resepi mereka.
  • 50g Tepung Beras (anggaran setengah senduk nasi )
  • 50g Tepung Ubi(anggaran setengah senduk nasi )
Cara buat kulit karipap
  • Masukkan tepung ke dalam bekas untuk menguli.Masukkan dua senduk minyak masak yang sudah dipanaskan ke dalam tepung gandum.Kacau dahulu dengan sudip sementara minyak masih panas.Boleh gunakan tangan untuk menguli jika minyak sudah tidak panas.
  • Uli doh dengan masukkan sedikit demi sedikit air yang sudah dilarutkan dengan garam tadi.Teruskan menguli sehingga tepung sudah tidak melekit ditangan dan biarkan seketika (10-15 minit) sebelum anda mencanainya menjadi kulit karipap.
  • Uli sekali lagi, kemudian bulat-bulatkan doh tadi sebelum dicanai untuk dimasukkan inti.Anda boleh pilih,sama ada nak kelim sendiri atau guna acuan karipap.
  • Untuk mendapat Kulit karipap yang rangup semasa kita menguli,kita kena pastikan tidak terlebih menggunakan air.Minyak masak panas atau marjerin yang kita panaskan juga membantu dalam memastikan kulit karipap menjadi rangup.
  • sukatan air dalam resepi ini bergantung kepada doh yang kita uli.Pastikan masukkan air sedikit demi sedikit semasa menguli.
Petua Elak kelim karipap terbuka semasa digoreng 
Petua Elak kelim karipap terbuka semasa digoreng ialah sapu bahagian tempat kelim dengan air masak.InsyaAllah, kelim karipap tidak akan terbuka semasa digoreng.Kelim karipap yang kerap terbuka bila mana kita menggunakan acuan karipap.Kelim karipap jarang terbuka sekiranya kita kelim sendiri dengan tangan.

Cara Menggoreng Karipap Supaya Rangup
Antara petua yang saya sudah cuba bagi memastikan karipap yang digoreng rangup ialah pastikan kita gunakan minyak yang banyak semasa menggoreng.Selain itu, kena rajin balik-balikkan karipap dalam kuali dan gunakan api yang sederhana.Jika api terlalu besar dan panas, kulit karipap hanya masak diluar tetapi akan menjadi liat di sebelah dalam.Kena biarkan karipap digoreng lama sedikit dengan api sederhana supaya kulit sebelah dalam juga masak dan hasilnya kita akan mendapat kulit karipap yang rangup.

Selamat mencuba ya:)