Ahad, 27 Mac 2016

Tauhu Sumbat Goreng

Resepi Tauhu Sumbat Goreng Sedap



Bahan-Bahannya ialah: ( 10 biji )

(*)1/2 bungkus ayam kisar ramli
(*)1 biji bawang besar (tumbuk)
(*)3 ulas bawang putih (tumbuk)
(*)Sedikit serbuk lada hitam n lada sula
(*)Daun sup n daun bawang (agak2 la)
(*)Garam dan gula secukup rass
(*)2 biji telur
(*)Minyak utk goreng
(*)5 biji tauhu

Cara Membuatnya ialah:

(*)1. Mula goreng dulu tauhu seketul-seketul. Lepas goreng, tunggu sejuk dan potong dua.

(*)2. Kemudian keluarkan isi tauhu tapi jangan sampai kulit yang sebelah luar terkoyak.

(*)3. Untuk inti tauhu, tumis bawang merah dan putih samapi naik bau. Masukkan ayam kisar dan biar sampai ayam agak masak.

(*)4. Kemudian masukan isi tauhu yang telah dihancurkan tadi. Taburkan sebuk lada hitam dan putih. Perasakan dengan garam dan gula.

(*)5. Akhir sekali masukan daun sup dan daun bawang.

(*)6. Setelah siap bahan inti, sumbatkan inti ke dalam kulit tauhu tadi sehingga padat.

(*)7. Setelah itu, tauhu yang telah disumbat tadi dicelup ke dalam telur dan digoreng sekali lagi.

(*)6. Setelah masak, boleh dimakan dengan sos cili.

Sabtu, 26 Mac 2016

Laksa Kuala Perlis

Resepi Laksa Kuala Perlis Sedap



Bahan-Bahannya ialah:

(*)1kg laksa beras – di rebus dan toskan (Boleh guna laksa kering)
(*)1kg ikan kembung – di bersihkan
(*)1/2 kg ikan selayang – di bersihkan
(*)2 batang bunga kantan – di hiris
(*)5 tangkai daun kesum
(*)3-5 keping asam gelugur
(*)3 liter air
(*)garam secukup rasa

Bahan Kisarnya ialah –

(*)250gm bawang besar
(*)150gm cili kering – kurangkan jika tak tahan pedas
(*)25gm belacan

Bahan Hiasannya ialah –

(*)8 biji telur – di rebus dan dibelah dua
(*)20gm cili padi – di potong
(*)5 tangkai daun selom – di hiris
(*)1 biji timun – di hiris halus

Cara Memasaknya ialah:

(*)1. Rebus ikan kembung dan selayang. Asingkan bahagian isi dan tulang ikan.

(*)2. Isi ikan dikisar dan dimasukkan kedalam periuk yang berisi air. Kemudian kisar tulang ikan sehingga hancur, tapis dan masukkan ke dalam periuk yang sama.

(*)3. Masukkan bahan kisar ke dalam rebusan ikan tadi.

(*)4. Masukkan asam keping, bunga kantan, daun kesum dan perasakan. Biarkan mendidih dan angkat.

(*)5. Masukkan laksa ke dalam mangkuk bersama bahan-bahan hiasan.

Selasa, 15 Mac 2016

Resepi Ayam Panggang Istimewa Sedap


FILLED UNDER:

Resepi Ayam Panggang Istimewa Sedap


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(*)1 ekor ayam | dibersihkan dan tidak perlu dipotong kecil
(*)3 biji bawang besar
(*)4 ulas bawang putih
(*)1 inci halia
(*)2-3 sudu besar sos lada hitam
(*)2 sudu besar madu
(*)1 ketul kiub ayam
(*)2 sudu besar gula perang
(*)2 sudu besar herba campuran
(*)1 ½  sudu teh garam halus
(*)Sedikit air
(*)Sedikit mentega

CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1. Campur kesemua bahan (kecuali ayam) dengan sedikit air dan kisar.

(*)2. Lumur pada ayam dan perap selama 1-2 jam.

(*)3. Sapu mentega pada ayam dan panggang sehingga masak. Suhu yang sesuai adalah antara 150-160° celsius

(*)4. Bolehlah dimakan bersama hidangan sampingan pilihan.

Ahad, 13 Mac 2016

Kambing Masala




RESEPI KAMBING MASALA

Bahan Utama:

1) 1kg daging kambing
• kambing dibersihkan dan dipotong kiub saiz sederhana
• gaul bersama 1 sudu serbuk kunyit dan sedikit garam
• rebus dgn sedikit air hingga air kurang atau daging cukup masak

Bahan Kisar:

1) 7 ulas bawang merah
2) 5 ulas bawang putih
3) 2 inci halia
4) 1-2 batang serai

Bahan-Bahan Lain:

1) 1 labu bawang besar (dihiris)
2) 2-3 biji ubi kentang (potong empat)
3) 2 biji tomato (potong empat)
4) 2 tangkai cili hijau (dihiris)
5) 2 tangkai cili merah (dihiris)
6) 1 tangkai daun kari sedikit daun ketumbar
7) 1 keping kayu manis
8) 1 bunga lawang
9) 3 biji pelaga
10) 1/2 sudu biji jintan putih
11) 1/2 sudu biji jintan manis
12) 1/2 sudu serbuk ketumbar
13) 3 sudu serbuk cili
14) 1 sudu serbuk garam masala
15) 2 gelas air
16) Garam dan aji secukupnya
17) Minyak masak

Cara Memasak:


1) Panaskan minyak dalam kuali.
2) Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, biji jintan putih dan jintan manis.
3) Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi dan tumis hingga bau wangi.
4) Masukkan pula bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun kari.
5) Kacau seketika dan masukkan tomato.
6) Kemudiannya, masukkan daging kambing yang telah direbus tadi. Kacau bersama ubi kentang. Tambahkan air, serbuk cili, garam dan aji secukupnya. Kacau sebati. Tutup periuk dan biarkan mendidih.
7) Apabila kentang dah masak, boleh masukkan serbuk ketumbar dan garam masala. Gaul sebati dan biarkan seketika.
8) Pastikan cukup rasa, daging pun dah masak.
9) Taburkan daun ketumbar dan gaul. Padamkan api.
10) Kambing masala sedia dihidangkan.

Selamat Menjamu Selera ~ Pasti Terangkat.

Kari Ketam Bernanas

Posted: 11 Mar 2016 09:30 PM PST
Ketam kebiasaannya dimasak gulai lemak, masak sambal, dimasak masam manis. Jarang sekali di sebelah dimasak kari. Tetapi di sebelah Utara, ketam kebiasaannya dimasak kari dengan nanas manis. Tujuannya ialah supaya kuah ketam akan terasa manis dan menambahkan aroma masakan kari ketam ni. Memang amat menyelerakan. .. Lagi satu rahsianya, kalau ketam telah habis, jangan dibuang kuahnya. Boleh dicicah dengan roti benggali atau roti sandwich, atau merendam biskut cream crackers dalam kuahnya.  


So untuk sajian tengah hari ini,  nak kongsi masakan Utara, kari ketam nanas `tumis darat’. Tumis darat ini bermakna tumis di atas.  Dah cukup menu untuk makan tengah hari ini.
 
 

Bahan-bahannya:
 
10 ekor ketam saiz sederhana
3 biji cili hijau
1 biji tomato saiz besar - dibelah 4
½ biji nanas – dipotong kepingan serong.
200 ml santan pekat dicampur dengan 1 cawan air
Gula dan garam secukupnya.


Bahan A: Pes kari (dikisar menggunakan blender basah):
2 paket rempah kari udang/ketam (paket kecil)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
Air secukupnya untuk mengisar bahan-bahan di atas.
Bahan untuk tumis darat
Bahan B: Untuk tumis atas
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
2 inci halia dihiris
2 tangkai daun kari
1 sudu besar jintan manis


Penyediaannya:
Ketam disiang dan dibersihkan. Kalau ketam besar, dibelah dua.

Masukkan ketam bersama dengan bahan-bahan A di dalam periuk. Tambahkan 2 cawan air. Masak sehingga kuah mendidih.

Kemudian masukkan santan dan kacau rata. Kacau selalu supaya santan tidak pecah.

Akhir sekali masukkan ketam dan nanas. Perasakan dengan gula dan garam. Masak sehingga mendidih dan letakkan cili hidup dan tomato biji.

Tutup api dan ketepikan periuk kari.

Dalam kuali yang lain, panaskan minyak. Tumis bahan-bahan B sehingga kekuningan, kemudian dicurahkan di dalam periuk tadi. Tutup periuk supaya aromanya tidak keluar.
Sebelum menghidang, kacau rata kari dengan bahan tumisan tadi.
Ketam dan pes kari disatukan dalam periuk
Bahan-bahan tumisan untuk `tumis darat'
Bahan-bahan tumisan yang dicurahkan ke dalam periuk kari ketam
Kuahnya, boleh dicicah dengan roti benggali dan biskut cream crackers.  Sedap.....

Dihidangkan bersama sambal tauhu               http://sajiandapurbonda.blogspot.my

Selasa, 8 Mac 2016

Air Soda Longan

Resepi Air Soda Longan Sangat Sedap



Waktu mebuatnya :   10 minit
Saiz hidangan untuk : Seorang


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(*)200ml air Soda
(*)3 sudu makan sirap anggur
(*)2 sudu makan buah longan | di dalam tin
(*)4 ketul kiub ais

CARA MEMASAKNYA IALAH:

1. (*)Sudukan sirap anggur ke dalam gelas berkaki.
2. (*)Kemudian masukkan air Soda dan buah longan secukupnya.
3. (*)Akhir sekali, masukkan kiub ais. Sedia untuk diminum.

Bubur Lambuk Daging

Resepi Bubur Lambuk Daging Sedap


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(^^)250gm beras
(^^)200gm daging |dipotong halus
(^^)50gm udang kering
(^^)500ml santan pekat
(^^)1 sudu makan minyak sapi
(^^)2 sudu makan minyak masak
(^^)1 batang kulit kayu manis
(^^)1 kuntum bunga lawang
(^^)2 kuntum bunga cengkih
(^^)2 biji buah pelaga
(^^)2 helai daun pandan
(^^)1 sudu teh halba
(^^)1 sudu teh jintan kasar
(^^)1 biji bawang besar | dihiris
(^^)3 biji bawang putih  | dihiris
(^^)4sm halia |dikisar dengan
(^^)2 cawan air dan ditapis
(^^)1 sudu teh serbuk lada hitam
(^^)8 biji bawang merah | dibuat bawang goreng
(^^)Daun sup dan daun bawang secukupnya
(^^)Garam secukup rasa
(^^)Air secukupnya


CARA MEMASAKNYA IALAH:

1 (^^)Panaskan minyak sapi dan minyak masak kemudian tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik baunya.
2 (^^)Kemudian masukkan daun pandan bersama kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, jintan kasar, bunga cengkih dan halba hingga naik baunya.
3 (^^)Masukkan daging bersama halia dan biarkan mendidih.
4 (^^)Tuangkan sedikit air dan masukkan serbuk lada hitam.
5 (^^)Masukkan beras dan biarkan masak hingga beras jadi hancur.
6 (^^)Apabila beras hancur, masukkan garam dan udang kering. Kacau hingga rata.
7 (^^)Masukkan pati santan dan biarkan bubur dimasak hingga pekat.
8 (^^)Akhir sekali, taburkan bawang goreng, daun sup dan juga daun bawang. Angkat dan hidangkan.

Isnin, 7 Mac 2016

Mi Kari

Resepi  Menusuk Kalbu



BAHAN-BAHANNYA IALAH:

[••]    300gm mi kuning | dicelur
[••]    200gm taugeh | dicelur
[••]    20 ekor udang udang | digoreng
[••]    300gm isi ayam | direbus dan dicarik
[••]    20 biji bebola ikan | direbus
[••]    100gm tauhu kering | digoreng dan dihiris
[••]    4 biji cili padi merah | dihiris
[••]    100 gm daun kari


BAHAN-BAHAN KUAH IALAH:

[••]    50gm stok ayam
[••]    100gm rempah kari ayam
[••]    300gm bawang besar | dikisar
[••]    100gm bawang putih | dikisar
[••]    100gm halia | dikisar
[••]    50gm lengkuas  | dikisar
[••]    200gm cili kering | dikisar
[••]    200gm udang kering
[••]    500gm santan pekat
[••]    500ml santan cair
[••]    Garam secukup rasa
[••]    Gula secukup rasa
[••]    Minyak masak untuk menumis secukupnya

CARA-CARA MEMASAKNYA IALAH:

1 [••]Panaskan minyak masak di dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih , lengkuas dan halia yang dikisar sehingga wangi.
2 [••]Selepas itu masukkan udang kering, cili kering dan rempah. Tumis sehingga pecah minyak.
3 [••]Kemudian masukkan santan cair. Kacau rata sehingga mendidih seketika.
4 [••]Selepas itu masukkan santan pekat dan stok ayam. Kacau rata.
5 [••]Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih seketika. Tutup api dan angkat. Ketepikan.
6 [••]Masukkan mi dan bahan hiasan ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah ke atasnya.

Ahad, 6 Mac 2016

Lai Chi Kang

FILLED UNDER:

Resepi Lai Chi Kang Sedap



BAHAN-BAHANNYA IALAH:

[=]1 sudu makan cincau
[=]1/2 sudu makan buah pala kering
[=]1 sudu makan kacang merah
[=]3 biji laici
[=]1 sudu makan cendol
[=]2 sudu makan jeli
[=]1 sudu makan kembang semangkuk
[=]1/2 sudu makan selasih
[=]1/2 sudu makan barli
[=]10 ml air gula merah
[=]10 gm isi buah tembikai
[=]20 ml air gula putih
[=]100 ml air
[=]Ais kiub secukupnya


CARA MEMBUATNYA IALAH:

1. [=]Kesemua bahan-bahan tersebut dimasukkan ke dalam mangkuk.
2. [=]Masukkan air, air gula dan air gula merah. Kacau rata.
3. [=]Masukkan kiub ais. Sedia untuk dihidang.

Resepi Daging

Resepi Daging Terbaik



BAHAN-BAHANNYA IALAH:-

(#)500gm daging | dipotong kiub
(#)2 biji ubi kentang | dibelah empat
(#)3 biji bawang merah | dihiris
(#)6 ulas bawang putih | dihiris
(#)2 sudu makan rempah serbuk kari daging
(#)1 tangkai daun kari | dilurut
(#)1 batang kulit kayu manis
(#)1 kuntum bunga lawang
(#)500ml santan cair
(#)250ml santan pekat
(#)Garam dan gula secukup rasa
(#)Minyak untuk menumis


CARA MEMASAKNYA IALAH:

1. (#)Panaskan minyak, tumis bahan hiris, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga keperangan.
2. (#)Kemudian masukkan daun kari dan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air. Tumis dengan api perlahan sehingga wangi.
3. (#)Seterusnya masukkan daging dan kacau sehingga airnya menjadi agak kering.
4. (#)Setelah itu, masukkan pula santan cair dan tutup periuk. Biarkan sehingga daging empuk.
5. (#)Masukkan pula ubi kentang dan masak sehingga empuk.
6. (#)Selepas itu, masukkan santan pekat dan perasakan secukupnya. Kacau sebati dan biarkan mendidih seketika.
7. (#)Akhir sekali, apabila kari sudah menggelegak, angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Jumaat, 4 Mac 2016

Nasi Beriani Gam

Resepi Nasi Beriani Gam Sedap


Bahan-Bahan yang anda perlu sediakan ialah:

Bahan Nasi:

"-"1.2 kg beras basmathi
"-"250gm minyak sapi
"-"1 sudu teh buah pelaga
"-"2.5cm kulit kayu manis
"-"5 kuntum bunga lawang
"-"1 sudu teh jintan manis
"-"1/2 sudu teh saffron | boleh juga menggunakan pewarna kuning biasa
"-"6 ulas bawang putih | dihiris halus
"-"2.5cm halia | dihiris halus
"-"5 sudu makan pes rempah beriyani
"-"100gm gajus
"-"100gm kismis
"-"1250ml air
"-"Garam secukup rasa

Bahan Lauk:

"-"1.5kg daging
"-"250gm bawang besar | dimayang
"-"250gm rempah beriani
"-"100gm rempah tumis
"-"150gm gula Melaka
"-"100gm daun ketumbar | dihiris
"-"100gm daun pudina | dihiris
"-"300ml minyak sapi
"-"250ml madu
"-"250ml puri tomato
"-"250ml sos tomato
"-"250ml sos cili
"-"175ml susu cair
"-"Garam secukup rasa

Bahan Kisar:

"-"200gm bawang merah
"-"150gm bawang putih
"-"150gm halia
"-"100gm kunyit hidup
"-"100gm buah keras
"-"150gm cili merah
"-"150gm cili hijau
"-"4 batang serai

Cara-cara untuk Memasak:

1. "-"Pijarkan minyak sapi di dalam periuk, tumiskan buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang, jintan manis beserta bahan-bahan yang dihiris sehingga wangi

2. "-"Masukkan rempah beriyani dan kacau rata sehingga naik bau.

3. "-"Seterusnya masukkan beras dan kacau rata.

4. "-"Masukkan air sehingga menutup beras dan kacau rata.

5. "-"Masukkan saffron, gula dan garam secukup rasa.

6. "-"Kecilkan api. Masak nasi sehingga masak. Taburkan gajus dan kismis.

7. "-"Untuk lauk, panaskan minyak sapi di dalam periuk dan tumiskan bawang besar serta bahan kisar lain sehingga garing.

8. "-"Kemudian masukkan rempah beriani dan rempah tumis. Kacau rata sehingga pecah minyak.

9. "-"Seterusnya masukkan daging kambing dan gaul sebati.

10. "-"Masukkan puri tomato, sos tomato, sos cili, madu, gula melaka dan susu cair. Didihkan. Tambah sedikit air jika perlu.

11. "-"Akhir sekali perasakan dengan garam secukupnya. Apabila kuah hampir kering, taburkan daun pudin adan daun ketumbar. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi.

Khamis, 3 Mac 2016

RESEPI MACARONI SUP

RESEPI MACARONI SUP


Macaroni Sup 

Bahan-bahan:
['] 2 cawan makaroni di celur dan di toskan
['] 2 keping dada ayam di rebus hingga empuk - tos dan hiris
['] 4 1/2 cawan air rebusan ayam
['] 1 labu bawang besar di cincang halus
['] 3 ulas bawang putih di cincang halus
['] 1 inci halia - di cincang halus
['] 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
['] garam secukup rasa
['] 2 batang daun ketumbar di cincang
['] 3 batang sawi cina
['] 1/2 biji capsium - potong dadu
['] 1/2 batang lobak merah - potong dadu
['] bawang goreng
['] Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1...  Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu, masukkan bawang putih dan halia...  Bila naik baunya masukkan air rebusan ayam dan lobak merah...
2...  Biarkan mendidih, masukkan capsium dan sawi... perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah...
3...  Biarkan sebentar di atas api baru di angkat...
4...  Sediakan mangkuk sup, isikan dengan makaroni dan daging ayam yang di hiris...  Tuangkan sup dan hias dengan daun ketumbar dan bawang goreng...

RELATED POSTS :