Khamis, 3 Mac 2016

Nasi Tomato

Resepi Nasi Tomato Istimewa



Bahan-Bahannya ialah:

<//>4 cawan beras basmathi – dibersih dan ditoskan
<//>8 sudu besar minyak sapi/marjerin
<//>Rempah ratus => 2 kuntum bunga cengkih, 1/2 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 cm kulit kayu manis
<//>1 biji bawang besar dicincang
<//>5 sudu besar tomato puree dalam tin
<//>1.8 liter air + 2 kiub pati ayam ( masak sekaligus)
<//>daun saderi yang telah dicincang dan bawang goreng (optional)
<//>Bahan tumbuk : 2 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah dan 1 hiris halia
<//>secubit garam

Cara-cara Memasaknya ialah:

1. <//>Beras yang telah dibasuh serta ditoskan dimasukkkan ke dalam periuk rice cooker.

2. <//>Cairkan minyak sapi dalam kuali diatas api yang sederhana dan tumiskan rempah ratus sehingga naik bau.

3. <//>Masukkan bahan tumbuk serta bawang besar dan goreng hingga garing serta wangi.

4. <//>Kecilkan api dan tuangkan tomato puree. Gaulkan sebati.

5. <//>Kemudian, masukkan ke dalam rice cooker yang berisi beras tadi dan kacau rata.

6. <//>Masukkan air rebusan dan garam secukup rasa.Biarkan cecair meresap ke dlm beras sebentar.

7. <//>Masak nasi seperti biasa sehingga masak.

8. <//>Hidangkan nasi dan taburkan daun saderi serta bawang goreng diatas nasi.

9. <//>Siap untuk dihidang bersama lauk kegemaran anda seperti ayam masak merah dan acar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan