Khamis, 3 Mac 2016

Nasi Tomato

Resepi Nasi Tomato Istimewa



Bahan-Bahannya ialah:

<//>4 cawan beras basmathi – dibersih dan ditoskan
<//>8 sudu besar minyak sapi/marjerin
<//>Rempah ratus => 2 kuntum bunga cengkih, 1/2 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 cm kulit kayu manis
<//>1 biji bawang besar dicincang
<//>5 sudu besar tomato puree dalam tin
<//>1.8 liter air + 2 kiub pati ayam ( masak sekaligus)
<//>daun saderi yang telah dicincang dan bawang goreng (optional)
<//>Bahan tumbuk : 2 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah dan 1 hiris halia
<//>secubit garam

Cara-cara Memasaknya ialah:

1. <//>Beras yang telah dibasuh serta ditoskan dimasukkkan ke dalam periuk rice cooker.

2. <//>Cairkan minyak sapi dalam kuali diatas api yang sederhana dan tumiskan rempah ratus sehingga naik bau.

3. <//>Masukkan bahan tumbuk serta bawang besar dan goreng hingga garing serta wangi.

4. <//>Kecilkan api dan tuangkan tomato puree. Gaulkan sebati.

5. <//>Kemudian, masukkan ke dalam rice cooker yang berisi beras tadi dan kacau rata.

6. <//>Masukkan air rebusan dan garam secukup rasa.Biarkan cecair meresap ke dlm beras sebentar.

7. <//>Masak nasi seperti biasa sehingga masak.

8. <//>Hidangkan nasi dan taburkan daun saderi serta bawang goreng diatas nasi.

9. <//>Siap untuk dihidang bersama lauk kegemaran anda seperti ayam masak merah dan acar.

Ayam Goreng Tomyam

RESEPI AYAM GORENG TOMYAM SEDAP



Ayam Goreng Tomyam 

Bahan-bahan :
[-] 1 ekor ayam - dipotong
[-] sedikit garam
[-] 2 sudu besar pes Tomyam
[-] 3 biji limau nipis - perah airnya
[-] 1 biji buah tomato - dibelah
[-] 1 batang serai - diketuk
[-] 5 helai daun limau purut
[-] 6 tangkai cili padi
[-] 1 labu bawang besar - dipotong bulat
[-] Garam dan gula secukup rasa
[-] Minyak untuk menggoreng

Bahan Kisar :
[-] 4 tangkai cili kering - direndam dahulu
[-] 2 ulas bawang putih
[-] 3 tangkai cili merah
[-] 3 tangkai cili padi

Cara-cara :
*1...  Ayam yang dipotong digaulkan dengan sedikit garam...  Kemudian goreng dan ketepikan...
*2...  Tumis bahan kisar hingga naik baunya...  Masukkan bawang besar, cili padi dan pes tomyam...  Biarkan seketika...
*3...  Kemudian masukkan sedikit air, jus limau nipis, serai dan daun limau purut...  Perasakan dengan garam dan gula secukupnya...
*4...  Akhir sekali masukkan ayam dan tomato, gaul hingga sebati...  Angkat dan hidangkan...

Kuih Sardin Gulung


FILLED UNDER:

Resepi Rangup


Bahan-Bahannya ialah:

Bahan Untuk Kulit –

":"1/2 kg tepung gandum
":"1 sudu besar majerin
":"1/2 cawan minyak masak
":"sedikit garam
":"air secukupnya

Bahan Untuk Inti:

":"1 tin besar sardin
":"6 ekor isi ikan sardin.
":"bawang untuk tumis
":"serbuk kari
":"cili kering (dikisar)
":"garam dan serbuk perasa
Cara-cara untuk Membuat:

1. ":"Untuk membuat doh, panaskan minyak masak sehingga betul-betul panas. masukkan ke dalam tepung gandum tadi digaul rata.

2. ":"Masukkan pula majerin dan digaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.

3. ":"Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga sebati. Jangan biarkan doh menjadi terlalu keras atau terlalu lembik.

4. ":"Sediakan bahan untuk inti pula. Tumis bawang dan cili kering sehingga naik bau.

5. ":"Masukkan bawang dan kacau hingga layu. Masukkan isi ikan sardin dan serbuk kari.

6. ":"Masukkan garam dan masak sehingga kering.

7. Ambil doh, buatkan bulat kecil dan canaikan. Masukkan sedikit inti sardin tadi, kemudian gulungkan.

8. Masukkan ke dalam kuali, goreng sehingga garing atau keperang-perangan.

Resepi Lasagna

Resepi Lasagna Mudah Dibuat



Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:

Kulit pasta –

[_]Ikut saiz loyang. Loyang kecil perlukan 4 keping kulit pasta sahaja. Celurkan dalam air mendidih yang telah diletak minyak dan garam.

Inti Daging –

[_]Daging kisar sepaket
[_]Olive oil/Minyak Zaiton
[_]1/2 biji bawang besar
[_]1 tin sos prego tradisional tomato
[_]Sedikit capsicum dan lada bsr – hijau, merah, kuning
[_]1 tin cendawan butang
[_]Serbuk oregano dan italian herbs
[_]sedikit garam

Sos Putih –

[_]500 ml susu segar
[_]1/3 drpd kotak cheddar cheese
[_]2 sudu bsr tepung
[_]2 sudu makan butter
[_]Sedikit garam

Cara-cara untuk Memasaknya:

1. [_]Sediakan inti daging. Tumis macam biasa macam buat sos spaghetti.

2. [_]Sediakan sos putih dan cairkan butter. Masukkan tepung, gaulkan dan masukkan susu dan keju.

Cara-cara Sediakan Lasagna –

1. [_]Oles loyang dengan butter supaya tak melekat pasta.

2. [_]Lapisan bawah skali letak kulit pasta diikuti dengan inti daging, kemudian sos putih.

3. [_]Atas sos putih tabur Mozarella Cheese. Ulang balik, kulit, inti, sos putih, mozarella.

4. [_]Akhir sekali masukkan dalam oven dengan suhu 180 degree selama 40 minit atau sampai masak.

5. [_]Siap untuk dihidangkan.

Selasa, 1 Mac 2016

Tom Yam Putih

Resepi Tom Yam Putih Campur Sedap



Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

[*]1/2 ekor ayam saiz kecil – dicincang kasar
[*]5 batang serai dititik
[*]3 biji bawang besar dipotong 8
[*]3 ulas bawang putih diketuk
[*]11/2 inci lengkuas diketuk
[*]cili padi dititik – kuantiti ikut suka
[*]jus limau nipis semasam rasa
[*]5 helai daun limau purut disiat
[*]1 liter air rebusan ayam
[*]sedikit sotong basah
[*]sedikit udang basah
[*]2 paket cendawan tiram – disiat
[*]1 paket putik jagung – dipotong ikut suka
[*]1 batang lobak merah – dipotong ikut suka
[*]1 genggam brokoli – dipotong
[*]1 genggam bunga kobis – dipotong
[*]2 biji tomato saiz besar – potong baji
[*]sedikit daun ketumbar – dihiris
[*]garam dan gula secukupnya
[*]sedikit perasa

Cara-cara untuk Memasaknya ialah:-

1. [*]Rebus ayam bersama bawang besar, bawang putih, cili api, serai, lengkuas bersama air rebusan ayam secukupnya.

2. [*]Apabila kuah mendidih dan ayam mulai empuk, tambahkan dengan sotong dan udang. Masukkan daun limau purut dan jus limau nipis secukupnya.

3. [*]Masukkan brokoli, putik jagung, lobak dan kubis bunga.

4. [*]Apabila sayuran agak layu masukkan cendawan tiram dan tomato.

5. [*]Masukkan garam, perasa dan gula secukup rasa.

6. [*]Biarkan seketika di atas api bolehlah dihidangkan panas-panas bersama hirisan daun ketumbar.

Tips Penting:-

[*]untuk mendapatkan lebih kuah tomyam bolehlah dicampur dengan air biasa semasa memasaknya.

Tomyam Ayam Pekat Dan Pedas

Resepi Tomyam Ayam Pekat Dan Pedas



Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

(/)1 paket perencah tomyam
(/)4 biji tomato
(/)5-6 biji cili padi – ikut selera masing2
(/)3 batang serai – diketuk
(/)4 helai daun limau purut
(/)1 batang lobak merah, sedikit cendawan
(/)2 ulas bawang merah
(/)2 biji bawang besar
(/)1 cm lengkuas
(/)lauk – ayam/sotong/daging/ketam/udang
(/)2 sudu besar sos tiram – optional
(/)2 sudu besar sos cili dan sos tomato

Cara-cara untuk memasaknya ialah:

1. (/)Kisar (2 ulas bawang merah + 1 batang serai + 1 1/2 biji tomato + 3 biji cili padi).

2. (/)Massukkan bahan kisar tadi dalam kuali dan 1 paket perencah tomyam. Tumiskan dan masukkan air secukupnya.

3. (/)Masukkan pula lobak merah.

4. (/)Setelah lobak merah empuk masukkan lebihan cili padi, serai yang telah diketuk, lengkuas yang dihiris, bawang besar, gula, garam. Kalau nak lagi sedap boleh tambah 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos cili dan 2 sudu besar sos tomato.

5. (/)Bila dah mendidih boleh masukkan isi ayam, udang, sotong dan sebagainya.

6. (/)Kemudian masukkan tomato,cendawan dan daun limau purut.

7. (/)Siap untuk dihidang.

Pinjan





pinjan1
Pinjan – A love Story
Saya tak ingat semenjak bila saya mula jatuh cinta dengan pinjan ,tapi yang pasti cinta tu tak pernah berubah sampai sekarang..ehem..ehem. Ok..pinjan tu bukan nama orang ye…tu yang gambar kat atas tu.
Orang Perak panggil pinjan. Kat tempat lain tak tau la pulak panggil apa. Kalau orang putih deme panggil Caramelized Palm Sugar Cassava. 
Pinjan adalah sejenis juadah manisan yang paling senang dibuat. Ada ubi kayu dan ada gula merah dah boleh buat dah. Janji ubi kayu kena yang jenis gebu gebas. Barulah pinjan tu meletop-letop sedapnya. Pinjan ni dah semakin dilupai orang. Anak-anak saya pun tak tau apa itu pinjan. Cuba google ‘pinjan’, entah apa-apa yang keluar. Yang paling sedih kat wikepedia pun tak ada.
Buat pinjan ni main agak-agak ajer. Kuantiti gula merah ikut citarasa sendiri. Nak gula kabung ker atau gula yang seangkatan dengannya pun boleh. Yang penting, pastikan ubi tersebut betul-betul empok sebelum dibubuh gula merah.
Pinjan
Bahan-bahannya:
400 gram ubi kayu
2 helai daun pandan(Disimpul)
Air secukupnya untuk merebus ubi
300 gram gula merah(kuantiti ikut suka)
1/2 sudu teh garam
Cara membuatnya:
Rebus ubi kayu sehingga lembut, toskan
Di dalam periuk yang lain didihkan dalam 1 cawan air dan masukkan gula merah, daun pandan dan garam
Masak sehingga mendiidh dna kemudian masukkan ubi kayu,. Gaul rata
Masak selama 4-5 minit sehingga ubi kayu betul-betul lambut dan gula dah meresap ke dalam ubi kayu
##Nak nampak pinjan lebih elegant….gunalah pinggan luminarc. Boleh klik disiniuntuk melihat pelbagai pinggan mangkuk yang cantik-cantik.

Subscribe To Our Feed
enjoy this posts? subscribe to our feed please..