Jumaat, 22 Januari 2016

Kerabu Daging Ala Thai


Posted: 20 Jan 2016 08:54 PM PST
Kerabu Daging Ala Thai
Resepi Kerabu Daging ala Thai, sejenis kerabu yang sangat sedap dan popular dari negara jiran. Kombinasi masam, pedas dan aroma dari hirisan serai yang sangat harum membuatkan kerabu ini sebagai pembuka selera jika dimakan bersama nasi panas. Pastikan daging yang digunakan adalah segar



 Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 0 minit | Keseluruhan: 15 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang

Bahan-Bahan:

  • 300g daging, rebus smpai lembut
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis
  • 1 batang serai, hiris nipis
  • 1 biji tomato, hiris nipis
  • 5-7 biji cili padi, hiris nipis
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 biji limau nipis, ambil jus
  • 3 helai daun limau purut, hiris halus
  • garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Hiris daging rebus nipis-nipis dengan cara melintang urat.
  2. Gaulkan daging bersama kesemua bahan di atas.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan sedikit gula kerana dapat mengimbangi rasa masam dan pedas.
Tips: Rebus daging sehingga empuk, dan cara untuk melembutkan daging mengikut petua orang-orang tua ialah dengan rebus daging bersama sebatang sudu, atau boleh juga dimasukkan daun nangka atau daun betik
iresepi 
You are subscribed to email updates from Open Minda.
To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States

Tiada ulasan:

Catat Ulasan