Rabu, 24 Ogos 2016

Apam Balik

Resepi APAM BALIK
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
1 1/2 cawan air
2 sudu besar susu tepung
Sedikit pewarna kuning jika suka
Blenderkan sebati
Perap 1 jam.
Inti
Kacang tanah kisar
Jagung tin
Mentega
Gula
Coklat rice
Caranya
Buat atas kuali non stick jgn sapu minyak..buat mcm pankek .tabur atas apam gula kacang tanah.jagung coklat dan sedikit mentega..sukati la inti nk taruk apa.
Apam balik yang dh siap sapu mentega.

Isnin, 22 Ogos 2016

Roti canai lembut

RESEPI ROTI CANAI LEMBUT
Bahan
*1 kg Tepung gandum 
750ml Air
*1biji Telur
*1sudu Garam
*1suduBesar Mentega / marjerin ( suka guna marjerin seri pelangi -felda )
5suduBesar Tepung gandum( jika doh roti canai anda terlalu lembik-tambahkan sedikit tepung gandum ni )
Cara Membuat
1.Masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
2.Masukkan air tadi kedalam tepung.
3.Menguli hingga jadi doh, rehatkan doh selama 10min
4.Uli lagi selama 6min- 8 minit ( ulangi langkah ini sebanyak 3 kali - uli dan rehatkan doh )
5.Sehingga doh menjadi kenyal dann tak melekat.( jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan.
kalau ianya masih lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 suduBesar @ 2)
6.Bentukkam menjadi bebola. kepada 20 biji. salut dgn margerin. perap selama 3 jam atau lebih.
7.Ambil 4 biji, nipiskan sebesar piring, ketepikan selama 5 min utk mengelakkan mengecut bila di tebar.
8.ambil satu keping yg telah di nipiskan & diperap, bolehlah di tibar atau di tarik, utk mengelakkan koyak,
tangan mesti sentiasa berminyak. bila dah cukup nipis, renjiskan byk skit minyak, dah lipat. kalau kurang minyak ,
boleh kering dan mudah terkoyak ditengah.
9.Panaskan pan dgn api sederhana.. letaklah sedikit minyak. masak hingga perang. sambil terbalikkan roti,
hendaklah sentiasa merenjis minyak diatas roti.
10.Doh Roti canai ni boleh disimpan dlm fridge atau peti ais sehingga 2 hari
(Perlu diingat: jangan uli terlalu kenyal doh nya, akan menyebabkan roti susah nak ditibar dan keras )
Boleh lah dimakan bersama kari ikan,ayam,daging, sayur dalca dan sambal tumis...peeerrrrghh layan

Khamis, 18 Ogos 2016

TAUHU SUMBAT

TAUHU SUMBAT
Bahan-bahan :
4 keping tahu (dipotong tiga segi dan goreng)
8 tangkai lada kering yang dah direbus
4 tangkai cili padi (potong 2)
1 biji bawang putih
2 biji bawang merah
sedikit belacan
kacang tanah goreng secukupnya
sos cili secukupnya
garam dan gula secukupnya
air masak secukupnya
timun secukupnya (dihiris memanjang)
taugeh secukupnya
sedikit lobak merah (dihiris memanjang)
Cara:
1. Tauhu yang dah digoreng, belah tengahnya.
2. Timun, lobak dan taugeh direndam dalam air panas sekejap. Toskan, kemudian sumbat dalam tauhu tadi, ketepikan.
3. Lada kering, cili padi, bawang putih, bawang merah dan belacan di goreng dlm minyak panas sebentar.
4. Angkat dan toskan, kemudian masuk dalam blender bersama air masak secukupnya. Mesin hingga halus.
5. Masukkan kacang tanah goreng, mesin sekejap (jangan terlalu halus), keluarkan dan masuk dalam bekas.
6. Campurkan dengan sos cili, gula dan garam, gaul hingga sebati. Rasakan masam, masin dan manis. Lebih sedap jika terasa manisnya.
7. Bila nak makan, jiruskan sambal kacang atas tauhu sumbat tadi.

Lembutkan Daging

Cara Lembutkan Daging Dan Cepat Empuk










*1) Semasa merebus atau memasak daging, masukkan sebatang sudu  kecil ke dalam periuk. Dipercayai sudu  ini menyerap lebih haba / kepanasan yang membantu proses melembutkan daging.

*2) Anda juga boleh memilih untuk memasukkan beberapa helai daun nangka ke dalam masakan atau air rebusan daging,

*3)  Selain itu,anda juga boleh masukkan  beberapa tangkai daun betik ke dalam masakan untuk melembutkan daging.

*4) Jika tiada tangkainya, anda juga boleh menggantikannya dengan betik muda. Pastikan anda kupas kulitnya, buang biji serta bersihkannya terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mana-mana masakan berasaskan daging.

*5) Kepingan tempe juga selalu digunakan untuk melembutkan gulai daging. Hanya masukkannya ke dalam masakan dan biarkan.

*6) Perap daging yang telah dipotong dengan sedikit cuka makan selama lebih kurang  15 minit. Selepas itu toskannya hingga kering,lalu masak seperti biasa. Anda hanya perlu memastikan api dapur berada pada tahap sederhana ketika  daging itu hampir menggelegak. Hasilnya daging lebih cepat empuk dan rasanya juga amat sedap.
*7) Anda juga boleh cuba menggunakan keratan batang ubi kayu. Pastikan batang ubi kayu itu dibersihkan terlebih dahulu. Masukkan ke dalam periuk ketika ia sedang mendidih sahaja. Biarkan selama 10 – 15 minit, lalu angkat serta asingkan batang ubi kayu tersebut.

*8) Gaul daging bersama tepung dan perapkan dengan kicap selama 30 minit sebelum dimasak.

*9). Tumbuk lumat buah keras, lalu masukkan ke dalam ramuan gulai daging. Daging akan lebih cepat empuk.

*10). rendamkan daging yang sudah dipotong dengan tepung gandum atau jagung untuk seketika sebelum memasak

*11). carik-carikkan daun pisang dan masak sekali bersama daging

*12). Rebus daging bersama-sama pati santan kelapa hingga mendidih.Untuk sekilo daging, gunakan sebiji kelapa.Selain mengempuk, daging juga lebih terasa lemak dan enak kerana telah diserap santan didalamnya.

Daging juga akan lebih lembut jika dipotong dengan cara yang betul

**Cara memotong Daging yang betul

**Sebelum daging dipotong seharusnya terlebih dahulu dibuangkan lemak atau serat, selaput keras yang menempel pada daging tersebut.

**Cara memotong daging yang tepat adalah dengan memotong arah menegak atas serat urat daging,

**Daging harus dipotong melintang urat, jangan ikut urat daging supaya daging nanti tidak liat dan susah untuk empuk. Caranya ialah dengan melihat jalur-jalur urat daging, kemudian letakkan arah urat-urat daging bertentangan dengan pisau dan potong.

**Pada beberapa bahagian daging yang mempunyai lebih dari satu otot daging, misalnya mempunyai 5 otot daging. Maka setiap otot harus di buangkan dulu mengikuti selaput pembahagian setiap otot, baru kemudian daging tersebut dipotong.

JOM CUBA

Selasa, 16 Ogos 2016

Kuah Rojak

Persiapan menjelang raya....baru sajer selesai KUAH ROJAK IBU ZAI
KUAH ROJAK IBU ZAI
2 botol kecil sos cili
1 kg gula
1 botol besar kicap manis
1 botol petis/otak udang
15 ciliapi ( akak guna segenggam x pedas 15 biji)
Sedikit garam
Kacang tumbuk
Bijan yg di sangai
Satukan kesemuanya dlm kuali
Dgn api perlahan kacau hingga pekat dan likat
Masak anggaran 1 1/2jam...kalau betul cara masak x perlu simpan dlm petiais...thn berbulan di luar ...simpan dlm botol kedap udara

Khamis, 11 Ogos 2016

Mee Udang Berempah

Pilihan menu petang hari ini adalah Mi Udang Berempah. Keenakan udang segar yang diguna pasti mampu mencuri hati anda dan keluarga. Belum masak sendiri, belum tahu rasanya. Jika dilihat resepi ini menggunakan banyak bahan, namun cara membuatnya sangat mudah dan cepat. Jom cuba! 
 
 
Bahan-bahan:
300gm mi kuning
4 ekor udang
2 ulas bawang putih | dicincang
20gm halia
2 batang lobak merah
40gm sawi siew pak choi | dipotong
1 biji telur
Tepung jagung secukupnya | dibancuh
dengan air
1 sudu teh sos tiram
200ml stok udang
Daun sup secukupnya
Daun bawang secukupnya
Garam dan serbuk lada putih secukupnya
Minyak untuk menumis
 
 
Cara Memasak:
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta halia sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan sayuran dan stok udang. Perasakan dan didihkan.
  • Seterusnya masukkan sos tiram dan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  • Setelah itu masukkan telur dan gaul rata.
  • Akhir sekali, masukkan mi kuning dan dikacau sebati.
  • Angkat dan hiaskan dengan udang goreng serta taburkan daun bawang dan daun sup.
  • Sedia untuk dihidangkan.
mingguan wanita

Khamis, 4 Ogos 2016

Daging tumis pedas

Blog Sensasi


Posted: 03 Aug 2016 09:22 AM PDT
DAGING TUMIS PEDAS
Bahan-bahan

-1 kg daging (rebus sampai empuk )
-Bawang merah
-Bawang putih
-Halia
-Setengah sudu biji ketumbar
-Cili api
-Kunyit hidup
(Tumbuk kesemua bahan2 di atas, manakala daging dihiris nipis )

Cara-caranya

-Tumis bahan2 yg telah ditumbuk sehingga naik bau,
-Masukan daging dan kacau bersama bahan2 tumis sehingga sebati.
-Masukan sedikit air beserta garam, gula dan sedikit perasa dan tumis sehingga pecah minyak. -Masukan hirisan bawang besar dan cili merah / hijau sehingga layu.

Sedia dihidang,

selamat mencuba ;)

Sumber:FB Sheila Rusli