Sabtu, 18 Jun 2016

Resepi Tau Fu Fah




FILLED UNDER:

Resepi Tau Fu Fah


tau-fu-fah

Resepi Tau Fu Fah


Bahan–Bahan:


300g kacang soya

2.5 liter air
2 helai daun pandan
2 sudu tepung jagung
1 sudu teh serbuk GDL/sekko (beli di kedai kek)

Bahan untuk air gula –


Secawan gula

2 cawan air
Sehelai daun pandan

Cara Membuat:


1. Rendam kacang soya 5 – 6 jam

2. Kisar kacang soya tersebut menggunakan pengisar makanan. Kemudian, tapis hasil kisaran menggunakan penapis (guna penapis teh tarik pun boleh)

3. Ambil satu bekas atau periuk, dan masukkan 2 cawan air soya yang dikisar tadi, lepas tu masukkan 2 sudu tepung jagung dan 1 sudu teh serbuk GDL. (INGAT: Sediakan 2 periuk yang berasingan, 1 untuk masak air soya, satu lagi tempat untuk mengeraskan tau fu fah)

4. Air soya yang banyak tadi dimasak bersama 2 helai pandan dalam periuk dengan api yang besar, dan digaul sentiasa. MESTI digaul sentiasa supaya air kacang soya tak berkerak.

5. Kacau sehingga ia membuih ke atas dan tutup api.

6. Kacau bekas yang berisi air soya, serbuk GDL dan tepung jagung tadi supaya sebati.

7. Lepas tu, tuangkan semua air soya panas ke dalam bekas berisi campuran tu. JANGAN DIKACAU!

8. Lepas tu, buang buih yang terdapat di atas air soya yang bakal menjadi tau fu fah itu. Tunggu selama sejam untuk tau fu fah mengeras.

9. Sambil menunggu tau fu fah mengeras, masak air gula. Caranya, Didihkan secawan gula pasir bersama 2 cawan air (masukkan sehelai daun pandan yang disimpul). Boleh juga gunakan gula merah atau gula melaka.

10. Hidangkan Tau fu fah bersama air gula.


Khamis, 16 Jun 2016

Nasi Daging-

Nasi Daging---> step by step
----> Guna periuk NoXxa

Nasi Daging Utaqha

4 pot Beras Brasmathi cucu dan toskan
1kg Daging Batang Pinang (aku suka part ni sb lembut) Rebus dgn halia dan ketepikan
1/2 tin susu sejat
Bahan tumis
3sudu minyak sapi
1pek rempah kurma
1 bijik bawang besaq (hiris nipis mcm nk mkn laksa)
2 bijik bawang putih (cincang)
Kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dgn buah pelaga
1 helai daun pandan
2 bijik buah tomato (potong dadu)
1 kiub sup daging
Daun ketumbar

cara2
--> on noxxa tetapkan pd stir .. masukan minyak sapi, masukan bahan2 tumis kecuali tomato dan daun pandan.. dah naik bau masukan rempah kurma.. bila rempah dh masak masukan beras dan gaul sebati.. masukan susu, air rebusan daging ikut sukatan beras, daun pandan, tomato dan masukan separuh daging rebus td.. dan last masukan kiub.. dan daun ketumbar yg di potong panjang2...

gaul sebati ---> tutup periuk.. dan tekan high presure 4 minit(if 4 pot beras) ikut pot... pastu biaq laaaa sampai masak... bg yg guna rice cooker biasa... sama jugak.. tumis bahan2 dlm rice cooker pun boleh, atau atas dapoq biasa dulu then last masuk dlm rice cooker.. set masak mcm nasi biasa ja

MEE KUAH DAGING

Selamat mencuba drp Seharum Dapur Bonda
Semoga bermanfaat lagi berkat

MEE KUAH DAGING

BAHAN-BAHAN :
2 peket mee kuning - secukupnya
1 kilo daging
2.5 liter air rebusan daging
sos tomato secukupnya
sos cili secukupnya
1 cawan kuah kacang
3 biji kiub stock ikan bilis
4 biji telur - utk pekatkan kuah
3 sudu besar cili kisar - boleh tambah
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TAMBAHAN :

8 biji telur rebus - dipotong 2
hirisan cili merah secukupnya
hirisan daun bawang secukupnya
Sayur taugeh dan sawi dicelur - secukupnya
Bawang goreng secukupnya
BAHAN DIKISAR HALUS :
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia

CARA MEMASAK :
1) Rebus daging lembu sampai empuk kemudian daging dipotong kecil dan simpan semua air rebusan tadi . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang dikisar dan cili kisar sampai timbul bau wangi dan pecah minyak . Masukkan air rebusan daging serta kacau kuah dan masukkan kiub stock ikan bilis , kuah kacang secukupnya , sos tomato dan sos cili secukupnya . Jika suka masam boleh ditambah lagi sos tomato .

2) Kacau semua bahan-bahan dan boleh dimasuk semula daging ke dalam kuah serta biarkan kuah masak sampai mendidih . Masukkan garam dan gula secukup rasa kemudian pecahkan 4 biji telur ke dalam mangkuk serta kacau telur ni sedikit dan masukkan ke dalam kuah tadi . Kacau pelahan-lahan kuah sampai telur masak . Tujuan telur ni dmasuk ke dalam kuah adalah untuk pekatkan kuah .
3) Celur mee , taugeh dan sawi kemudian tos serta ketepikan dulu , rebus semua telur .
4) Cara menghidang mee ni , mula-mula masukkan sayur taugeh/sawi dahulu dalam mangkuk kemudian mee dan tuangkan kuah bersama isi daging , telur rebus , bawang goreng , cili merah dan daun sup

Resepi Mee Kolok Basah

Halaman Disukai · 14hb April
 
Resepi Mee Kolok Basah
by : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan :
300 g mi kolok (kalau tak ada, boleh guna mana-mana je non-fried noodles atau instant mee)
1 sudu besar perencah sup
200 g daging lembu
air secukupnya
sedikit garam
7 ulas bawang putih (dicincang)
8-10 biji cili api
1 sudu kecil serbuk lada hitam
minyak masak secukupnya
5 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
3 biji limau kasturi (ambil jusnya)
daun bawang dan daun sup (dihiris)
1 sudu kecil sos ikan / sos soya
1 sudu makan cuka

Cara-cara
UNTUK SUP : Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis. Ketepikan kuah/supnya (boleh dipanaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan).
UNTUK MEE: Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut. Keluarkan dan toskan. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan. Masukkan pula mi yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi. Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.Di dalam kuali yang sama, panaskan sedikit minyak dan goreng daging yang telah dihiris tadi. Masukkan kicap pekat, kicap manis, serbuk lada hitam dan garam. Kacau rata-rata. Keluarkan.
UNTUK SAMBAL : Tumbuk/kisar cili api dgn 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau x ada kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula)
Cara Menghidang : Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mi, tuangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan. Kemudian taburkan daging, bawang putih yang telah digoreng garing dan hiaskan dengan daun bawang. Sediakan juga semangkuk sup yang ditabur dengan daun sup untuk kuahnya.

****kalau nak memeriahkan lagi suasana mee ni, jika suka boleh juga dicampurkan dengan tauge/sawi/fishball/fishcake/crabstick/prawns/isi ayam dsb (tapi rebus/celur dulu ye)

KUEW TEOW LADNA

Halaman Disukai · 14hb April
 
KUEW TEOW LADNA

Kredit resepi by http://ilhamdapur.blogspot.com/
Bahan-bahan
1/2 paket kuew teow - maz guna kuew teow kering, rebus sampai lembut 
1 mangkuk kecil hirisan daging - guna daging batang pinang/bahagian lembut
1 mangkuk kecil udang segar - siang tinggal ekor je
1 ulas bawang putih - ketuk 1 biji telur - kocok dengan garfu
1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
2 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk pati ayam,
garam dan sedikit gula serta aji jika suka
sedikit minyak bijan
sayuran - kailan, jagung muda, lobak merah, kobis dan
1 biji cili hijau sedikit minyak sayur untuk menumis
Cara
1. Panaskan sedikit minyak, dalam 3-4 sudu besar, tumis bawang putih sekejap kemudian masukkan daging dan kacau balik 3-4 minit biar daging masak.
2. Masukkan udang, lobak merah, kobis dan bahagian batang kailan, masak sekejap biar udang bertukar warna merah.
3. Masukkan semua jenis sayur yang masih ada, sos tiram dan kuew teow.
4. Masukkan air secukupnya, agak-agak la ye dan perasa secukup rasa, bila kuah dah panas berwap masukkan bancuhan tepung jagung, kacau biar sebati.
5. Masukkan telur sambil dikacau agar tidak berketul dan kuah jadi pekat, padamkan api dan masukkan beberapa titik minyak bijan.
6. Sedia untuk dihidang bersama cili potong (sedikit kicap ikan, kicap manis dan air, masukkan cili padi yang dipotong).

Selamat mencuba

BIHUN TOMYAM

Halaman Disukai · 14hb April
 
BIHUN TOMYAM
Kredit resepi by : ilhamdapur.blogspot.com

Bahan-bahan
2 keping dada ayam - potong saiz sederhana kecil 
2-3 sudu besar pes tomyam (maz guna pes tomyam dari thai)
1/2 cawan santan
2 inci lengkuas - ketuk
1-2 batang serai - ketuk
1 batang salery - potong serong
6-8 daun limau purut - koyak sikit
1 labu bawang besar - hiris nipis
5-6 biji cili padi - ketuk
1 mangkuk kobis
daun ketumbar secukupnya
garam, gula secukup rasa
bihun secukupnya - celur sekejap
Cara
1. Dalam periuk masukkan tomyam pes, lengkuas, serai, salery dan air dalam 2-3 cawan atau biar padan dengan bahan sos.
2. Masukkan santan, kobis dan masak biar mendidih sambil dikacau sekali sekala biar sayur lembut sikit.
3. Masukkan ayam, bawang, daun limau dan perasa secukup rasa.
4. Masak biar mendidih lama sikit agar ayam masak, padamkan api.
5. Bila nak hidang, masukkan bihun dalam mangkuk dan tomyam secukupnya, tabur sedikit daun ketumbar dan cili padi.

Sselamat mencuba

BIHUN SUP ISTIMEWA DAUN LIMAU PURUT

BIHUN SUP ISTIMEWA DAUN LIMAU PURUT 
Kredit resepi by: ilhamdapur.blogspot.com 

Bahan-bahan 
2 keping dada ayam 
1 labu bawang besar bombay * 
1 ulas bawang putih * 
3cm inci halia * 
1/2 inci kunyit hidup * 
1 1/2 sudu besar serbuk ketumbar 
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin) 
2 biji buah keras - tumbuk lumat 
1 kayu manis, 
3 bunga lawang, 
3 bunga cengkih, 
5 biji buah pelaga (rempah 4 sekawan) 
4 helai daun limau purut 
1 keping kecik asam gelugur
sedikat kicap (untuk gelapkan kuah) 
garam, gula 
sedikit minyak untuk menumis bihun celur 
daun bawang/ daun sup/bawang goreng/taugeh/sambal kicap (cili padi+kicap, kisar) 

Cara 
1. Cuci ayam dan buang semua kulit, dengan pengiisar kering, kisar lumat semua bahan bertanda *. 
2. Panaskan minyak untuk menumis secukupnya, masuk
kan rempah 4 sekawan dan tumis sekejap, kemudian masukkan bahan kisar, tumis hingga masak dan wangi. 3. Masukkan rempah serbuk dan buah keras, tumis sekejap, masukkan air secukupnya (dalam 2 liter), daun limau purut, asam gelugur dan kicap secukupnya, masak biar mendidih. 
4. Masukkan ayam, perasa secukup rasa dan masak hingga ayam lembut dengan api sederhana, kalau nak letak bebola bila ayam dah lembut baru masukkan. 
5. Boleh la dihidang bersama bihun, isi ayam yang telah dicarik-carik dan bahan sampingan yang lain.

Selamat mencuba