Ahad, 17 April 2016

Resepi Air Soda Herbs


 Sedap!


IMG_0949
Sumber: Facebook Rizal Hakimm. Imej dari azlitamasammanis.com
Ramai yang cakap air ni sedap tak terhingga. Kena pula minum time cuaca panas, memang kita rasa bersemangat lain macam lah kan. Jangan pula anda minum air ni hari-hari, tak elok untuk kesihatan. Boleh kencing manis tau!
Nak minum boleh, tapi control sikit ok. Nanti try lah buat eh!
IMG_0816
Bahan bahan yang diperlukan: 
1 botol besar air aiskrim soda.
1 tin laici ~ ambil buahnya sahaja/guna longan pun boleh.
2 batang serai ~ dititik.
daun pudina ~ terpulang berapa helai.
1 biji lemon ~ dihiris nipis.
5 biji asam boi putih.
ketulan ais secukupnya.
Cara caranya:
-Cuci semua bahan hingga bersih.
-Hiriskan lemon nipis nipis.
-Sediakan bekas yang bersesuaian.
-Letakkan daun pudina secukupnya.
-Masukkan lemon yang telah dihiris.
-Diikuti asam boi putih.
-Masukkan buah laici / longan.
-Tuangkan air aiskrim soda secukupnya.
-Letakkan ketulan ais jika suka.
-Akhir sekali masukkan serai yg telah dititik.
Ok, dah siap dah. Sekarang anda dah boleh minum!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan