Isnin, 28 Disember 2015

Lemon

Resepi Sheila Rusly
Inilah yang Terjadi Pada Tubuh Anda Jika Anda Minum Air Lemon Setiap Pagi.
Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasiatnya yang terulung iaitu
Sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system.
Sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati
Lemon mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.
Jom kita korek apakah rahsia Lemon, si kuning yang menawan ini?
Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi
Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:
1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.
2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.
3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.
4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.
5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.
6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.
7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.
8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.
9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.
10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.
11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.
12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.
Lain-Lain Keistimewaan Lemon:
Menghilangkan acne
Lemon mengandungi citric acid yang sangat berkesan dalam merawat acne. Vitamin C yang dijumpai dalam lemon ini adalah sangat penting untuk kulit yang sihat dan bersinar
Caranya:
Dengan menggunakan jari atau cotton ball tu, letakkan sedikit jus lemon ke tempat acne tu dan biarkan semalaman. Bilas pada esok pagi. Mula-mula memang rasa pedih tapi bila dah selalu buat dah tak rasa apa
Campurkan satu bahagian lemon yang telah diperah dengan satu bahagian madu. Letakkan campuran ini dikawasan acne tersebut dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam. Bilas dengan air. Lakukan dua kali sehari (satu awal pagi, satu lagi malam)
Tapi kalau acne ni dah teruk atau ada luka, mintak nasihat dari doctor sebelum memulakan rawatan ye.
Menghilangkan rasa takut dan cemas
Kajian membuktikan lemon balm mempunyai effect menenangkan dan seterusnya boleh menghilangkan keletihan, kelesuan, penat, pening, rasa cemas, takut dan stress.
Lemon oil juga dipercayai dapat meningkatkan konsentrasi dan kepekaan. Sebab tu lah banyak kita jumpa air freshner berbau lemon kan?
Caranya:
Kalau stress, percikkan beberapa titisan lemon balm essential oil atas sapu tangan dan hidu.
Tiada lagi ulser mulut (saya panggil mata ikan, HEHE)
Sifat antibacteria dan antiviral lemon dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut ni
Caranya:
Campurkan lemon yang telah diperah dengan air suam dan kumur dengan solution ni at least 3 kali sehari. Mula-mula memang rasa pedih tapi lama-kelaman nanti dah tak rasa apa
Bye-bye demam
Selain dari rawatan demam yang pernah saya kongsikan sebelum ini, ada cara lain untuk merawat demam bagi orang dewasa.
Caranya:
Campurkan sebiji perahan lemon dengan secawan air panas yang telah dicampur madu. habiskan pada waktu tu jugak, tak perlu simpan-simpan.
Minum setiap 2jam sehingga demam tiada lagi!
Selesema dan Sakit Tekak
Bila kita selesema ni, lemon sangat membantu sebab ia boleh merawat secara dalaman dengan membekalkan Vitamin C yang diperlukan kepada sel pertahanan badan dan secara luaran melalui sifat antiviralnya untuk membunuh virus pada mucous (kahak/hingus) dalam hidung dan tekak
Caranya:
Campurkan sebiji lemon yang telah diperah dengan air suam dan minum setiap 2jam
Sekiranya sakit tekak, tambahkan 1 sudu kecil garam laut (5ml) ke dalam 1 cawan air suam dan 1 biji perahan lemon. Berkumur sampai ke tekak 3 kali sehari selama 1 minit untuk setiap sesi.
Kalau ada tonsil, berkumur setiap 2 jam sekali selama 30saat dengan sebiji perahan lemon. Dongak sedikit bagi membolehkan sifat antibac dan antiviral lemon ni bertindak pada tekak. Lepas tu telan la jus ni untuk membolehkan sifatnya yang boleh boost immune sistem ni pulak bertindak dalam badan
Merawat kutil dan ketuat (corn and calluses)
Caranya:
Letakkan potongan lemon setebal 5mm pada kutil dan balut dengan kemas.
Biarkan semalaman.
Sapukan kawasan yang dijangkiti dengan lemon essential oil yang pekat dan belum dicairkan juga membantu proses penyembuhan.
Sapu dengan cotton ball atau Q-tip untuk mengelakkan dari terkena kawasan yang tidak dijangkiti.
Merawat Eczema
Lemon Wrap mungkin dapat membantu anda yang terkena jangkitan kulit
Caranya:
Tambahkan 8 titik lemon essential oil kepada 1 cawan (250ml) air suam and 1 sudu besar (15ml) madu. Madu juga mempunyai kesan anti radang dan menguatkan lagi healing power of lemon tadi
Rendamkan kain ke dalam campuran tadi, perah, dan letak kain tu di kawasan jangkitan selama 15 minit, 2 ke 3 kali sehari
Bukan sahaja mengurangkan jangkitan, malah mengurangkan perasaan ingin menggaru.
Merawat Keletihan
Sekiranya kita letih sangat-sangat, especially kepada world traveller.
Caranya:
Cucuk lemon dengan straw dan sedut je. Ini boleh menjadi ubat dan pada masa yang sama sebagai refreshment
Tambahkan lemon pada air minum biasa, ia boleh menjadi antiseptic dan mengelakkan penyakit akibat allergy pada sumber air minum yang berbeza-beza
Lemon oil juga boleh merangsang brain activity. Jadi bila rasa letih, tambahkan 4 titik lemon oil kepada bekas aromatherapy yang telah diisi air
Ataupun minum segelas air lemon selang beberapa jam
Hypertension
Bawang putih, bawang merah dan lemon apabila bergabung boleh melawan hypertension.
Caranya:
Tambahkan 3 crushed bawang putih dan 1 chopped onion kepada 1liter susu rendah lemak ataupon susu soya
Reneh atas api selama 5 minit
Tapiskan dan sejukkan
Tambahkan 3 biji perahan lemon dan minum sepanjang hari
Dan sekiranya ada penghidap kolestrol tinggi, kuasa pectin yang ada dalam lemon boleh merendahkan kolestrol, InsyaAllah
Melegakan sengatan serangga berbisa
Caranya:
Sekiranya penyengat masih ada, amik tweezer dan tarik dia.
Urut di tempat yang terkena gigitan tu dengan 1 atau 2 titis lemon oil, campurkan dengan 1sudu sudu kecil madu
Untuk buat insect repellent, tambahkan 20 titis lemon oil kepada 1 cawan (250ml) air dan spray ke udara. Dah la berbau wangi, siap boleh halau serangga lagi
Ataupon boleh juga rendam cotton ball dalam lemon oil dan letak je dalam bilik
Sekiranya nak buat aktiviti di luar rumah, boleh sapukan kulit yang tak ditutupi baju dengan lemon oil ataupon boleh sapukan dengan 1/2 oz sunflower oil yang telah dicampurkan dengan 10 titisan lemon oil
Menidurkan Insomnia
Kajian menunjukkan lemon balm yang digabungkan dengan beberapa calming herbs seperti chamomile dapat mengurangkan keresahan dan membantu untuk tidur.
Dalam kajian ini 18 orang volunteers menerima 2 single dosage lemon balm extract ( 300mg dan 600mg) selama 7 hari. 600mg dose of lemonbalm meningkatkan mood dan meningkatkan ketenagan dan kepekaan
Menyelamatkan perut
Setiap kali makan, minumlah sebiji lemon yang diperah kedalam air suam.
Asid pada lemon akan merangsang penghasilan asid dalam perut dan aktiviti otot perut
Selamat tinggal Varicose Vein!
Caranya:
Tambah 6 titis lemon oil kepada 50ml wheat germ oil, 2 titis cypress dan 2 titis juniper oil
Gunakan campuran ini setiap hari untuk mengurut kaki dari bawah ke atas, in the direction of the heart
Untuk mandian yang menyegarkan urat dan badan, campurkan 8 titisan lemon oil kedalam air mandian yang suam. Tambahkan juga 4 titisan cypress oil yang di blend dengan 1 sudu besar (15ml) madu. Berendam selama 15 minit. dah sudah tu jangan lap badan tapi tekap-tekap je badan tu dengan tuala.
Menghilangkan kesakitan
Amalkan meminum sebiji lemon yang diperah kedalam air suam 3 kali sehari. Sekiranya sakit yang teruk, letak 2 biji lemon untuk minuman 3 kali sehari
Lemon oil mempunyai sifat melegakan kesakitan. Jadi untuk mengurangkan kesakitan, urutlah dibahagian yang sakit itu dengan beberapa titisan lemon oil dicampur dengan 1 sudu besar (15ml) jojoba oil
Menghilangkan nafas berbau!
Lemon boleh membantu menyegarkan nafas terutamanya selepas makan, ataupon selepas merokok ataupon air liur yang tak cukup ke.
Caranya:
Berkumur dengan sebiji perahan lemon yang dicampur dengan segelas air suam
Ataupon kunyah lemon slice setiap kali lepas makan.
P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.
Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
Selamat mencuba Emotikon wink Emotikon heart

Ahad, 27 Disember 2015

Ketam Masak Sos

Posted: 26 Dec 2015 08:00 PM PST
 ketam masak sos
Bahan2:
2 ekor ketam
Cili kisar
Sebiji bawang besar
3 ulas bawang putih
Sebiji tomato
Sos cili
Sos tomato
2 sudu besar gula
Garam
Daun sup / daun bawang
Minyak untuk menumis




Cara-cara:
1. Kisarkan bawang besar,bawang putih dan tomato.
2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan-bahan kisar termasuk cili. Biarkan sehingga masak.
3. Masukkan sos tomato dan sos cili secukup rasa. Kemudian masukkan gula dan perasakan dengan garam.
4. Akhir skali, masukkan ketam dan gaul sehingga ketam masak sempurna. Taburkan daun sup atau daun bawang. Siap untuk dimakan dengan sepinggan nasi.
 sajionline

Sabtu, 26 Disember 2015

Nasi Ayam

Semua dok masak nasi ayam yg viral dr group MAHN minggu ni.. smlm tgk bahan2.. bleh buat nasi ayam.. alhamdulillah.. suami kata sup ni paling sedap dia pernah rase.. bila makan.. semua bertambah2.. terima kaseh pd tuan empunye resepi nasi ayam ( cari tak jumpe nama ) .. lepas ni sy masak nasi ayam style ni lah kat rumah.. harini nak scroll resepi2 lain.. best nye hari2 masak tgk online resepi kat sini.. dari tak tau nak masak apa.. bertukar jadi hari2 nak masak.. tq pd semua sahabat2 group..
Ni sy dh edit letak step2 cara masak.. rmai yg nak masak tapi konpius sbb sy silap letak pic tak ikut turutan.. ni cara2 masaknya ye..
Step 1:
1 ekor ayam potong 12
10 biji bawang putih + 4cm halia ( blend 2 bahan ni)
Pastu perap ayam ni ye dgn 2 bahan atas ni selama 2 jam
Step 2:
1 sudu besar minyak masak.. masukkan dlm periuk + 5 btg serai diketuk.. tumis ye... bagi kuning sket... pastu masukkan ayam yg diperap 2 jam tadi.. masak selama 5 minit.. bagi keluar air ayam.. pastu masukkan air anggaran 1.5L.. & garam secukup rase..boilkan smpai ayam tu half cook..
Next.. keluarkan ayam.. masuk bekas kosong.. sup yg dh siap tu bahagi 2 ye.. separuh untuk sup makan ngan nasi.. separuh lagi untuk masak ngan beras jap lagi.. sup yg nak makan tu.. tabur bawang goreng dan daun bawang
Step 3:
Ni nak masak nasinye ye.. tumis 1 pc kayu manis+ 2 pcs bunga lawang + 4 pcs buah pelaga+ 4 pcs cengkih .. tumis guna 1 sudu butter.. refer pic ye.. lps tumis.. masukkan beras yg dh basuh tadi ( 4 pot sy guna) + secubit garam halus + daun pandan 2 helai + serbuk kunyit 1/2 sudu kecil ... dan masukkan sup yg separuh balance dah simpan tadikan.. sup ni ratio dia banyak mana beras.. banyak tu jugak sup nak kena masukkan.. kalo nampak keras nanti add skit lagi.. macam masak nasi biasa.. bezanya kite guna sup yg ni.. nak bagi sedap... dah siap masak nasi.. tabur lah bawang goreng sket..bagi wangi
Step 4:
Ni cara nak masak ayam pulak ye..
Ambil ayam yg dh dimasak tadi ye.. perapkan dgn 7- 8 sudu besar kicap manis kipas udang + 4 sudu besar kicap pekat cap tamin + 2 sudu besar garlic powder + garam secukup rase+ serbuk lada hitam 1 sudu kecil. Gaul n Perap semua ni selama 2 jam..
Step 5:
Sy tak goreng ayam ni.. tapi saya grill guna pemanggang ajaib.. letak je ayam tu.. masak tak yah lama sgt sbb tadikan dh masak half cook kan... so balik2.. bakar.. nanti last touch up... letakkan baki sos perap kicap tadi kat ayam ni.. so kuah dia akan jd caramel.. likat.. dan akan dpt effect ayam grill super duper sedap... api kena kecik ye time nak grill ni..
Step 6:
Blend 6-7 pcs cili besar merah + 3 biji bawang putih+ 1cm halia+ 1 sudu kecik cuka makan + 1 sudu besar fish sauce ...ni sos merah dia ye...
Hidangkan dengan salad
Tomato hiris & hirisan timun zukini...
Selamat memasak ye.. kalau tak clear cara masak ni.. wassap 017 3005722 atau inbox sy.. sy guide smpai boleh masak nasi ayam ni..

Jumaat, 25 Disember 2015

Karipap Sardin


Karipap Sardin
Oleh: Azie Kitchen

Bahan Pastri:
1 kg tepung gandum
1/2 cawan majerin
1 cawan minyak masak
400 ml air + 1 sudu besar garam

Cara cara:
Panaskan majerin bersama sama dengan minyak sehingga majerin sehingga cair dan benar benar panas. 

Tuangkan majerin panas tadi ke dalam tepung gandum dan gaul rata. Apabila telah suam, uli sebati sambil ditambah air sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang sederhana lembut dan tidak melekat di tangan. 





Rehatkan doh selama 30 minit hingga 1 jam di dalam peti sejuk. Canai doh dan bentukkan karipap. Jika ada lebihan doh, boleh disimpan di dalam freezer.





Bahan Inti:
2 tin Sardin Mackerel - tin besar
4 biji ubi kentang besar - potong dadu
2 biji bawang besar - potong dadu
2-3 biji cili merah - hiris halus
1 pokok daun sup - hiris tak letak sebab tak ada stok
2 sudu besar cili kisar 
Garam
Air perahan limau nipis

Cara cara:
Asingkan ikan sardin dan sosnya. Hancurkan ikan sardin dengan menggunakan garfu. 

Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga betul betul garing. Kemudian sardin, bawang besar dan kentang. Akhir sekali masukkan garam dan air limau nipis. 

Tabur pula daun sup dan cili merah. Kacau seketika dan bolehlah tutup api.





Sejukkan inti sebelum boleh digunakan.


Cara Membuat Karipap
Saya tidak menggunakan acuan untuk doh yang dicanai. Kalau untuk dimakan sendiri, memang OK kerana saiznya tak sama besar. Selepas memasukkan inti, saya menutup doh, kemudian menekan keliling inti dan memotong lebihan pastri dengan menggunakan pisau. 





Lepas tu tekan keliling dan di kelim. Kalau mahu cantik dan sama saiznya, bolehlah doh dicanai dan diterap dengan acuan.

Cara Menggoreng
Pastikan minyak yang banyak dan betul betul panas. Selepas itu, api dapur ditutup dan dimasukkan karipap. Kemudian barulah dinyalakan semula api dapur. Dengan cara ini, karipap kita menjadikan kurang berjerawat dan menggerutu. Gorenglah dengan api perlahan sehingga masak dan garing.


Cara Menyimpan
Untuk dibuat karipap frozen atau sejuk beku, ada dua cara iaitu satu digoreng dulu separa masak. Angkat, sejukkan dan masukkan ke dalam bekas bertutup atau freezer bag dan simpanlah di dalam freezer.

Cara kedua ialah dengan menyusun karipap yang telah siap di kelim dan disusun di dalam dulang yang dilapik dengan plastik dengan jarak antara satu sama lain. Masukkan dulang ini ke dalam freezer dalam 30 minit. Selepas ianya agak keras, keluarkan dan masukkan ke dalam bekas bertutup atau freezer bag. Simpan lah di dalam freezer.

Karipap


  • 5-7 biji kentang sederhana besar ( dipotong dadu )
  • 1 biji bawang besar ( potong dadu )
  • 3 ulas bawang merah ( dikisar )
  • 2 ulas bawang putih  ( dikisar )
  • segengam ikan bilis atau udang kering ( dikisar ) Boleh ganti daging kisar atau ayam
  • 3 sudu besar cili kering kisar ( kurangkan kalau tak suka pedas)
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • 2 tangkai daun sup ( kalau suka boleh letak )
  • Minyak masak untuk menumis
Cara Masak Inti Karipap Kentang
1. Panaskan minyak dalam kuali.Kemudian masukkan separuh bawang besar yang sudah 
    dipotong dadu tadi.Yang separuh lagi, masukkan bila kentang sudah empuk nanti.
2. Bila sudah naik bau, masukkan bahan kisar tadi.Kacau perlahan sehingga naik bau,     
    masukkan pula serbuk kari.Diikuti masukkan gula, garam dan perasakan.
3. Masukkan pula kentang yang sudah dipotong dadu tadi. Toskan airnya terlebih 
   dahulu.Masukkan dua cawan air supaya kentang cepat empuk.
4. Tutup kuali dengan tudung periuk atau penutup pengukus supaya wap air dapat 
    lembutkan kentang dengan cepat.
5. Biarkan sehingga kentang empuk, airnya juga sudah kering dan masukkan separuh lagi 
    bawang besar yang dipotong dadu tadi bersama daun sup yang dihiris.
6. Angkat inti kentang dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai supaya cepat sejuk dan   
    boleh di buat inti karipap.

Bahan-bahan untuk buat kulit karipap
Boleh juga rujuk sini untuk lihat cara bergambar buat kulit karipap rangup-
  • 500 gram tepung gandum ( untuk 30-40 biji karipap )
  • dua senduk minyak masak dipanaskan terlebih dahulu ( boleh cairkan planta atau marjerin )
  • satu mug sederhana besar berisi air yang sudah dilarutkan dengan garam 
Ada juga resepi yang saya baca di Blog Jintan Manis, menambah tepung ubi dan tepung beras sebagai rahsia kenapa karipap akan jadi lebih rangup.Saya belum mencubanya, tetapi jika anda berminat, saya kongsikan sukatan tepung beras dan tepung ubi mengikut resepi mereka.
  • 50g Tepung Beras (anggaran setengah senduk nasi )
  • 50g Tepung Ubi(anggaran setengah senduk nasi )
Cara buat kulit karipap
  • Masukkan tepung ke dalam bekas untuk menguli.Masukkan dua senduk minyak masak yang sudah dipanaskan ke dalam tepung gandum.Kacau dahulu dengan sudip sementara minyak masih panas.Boleh gunakan tangan untuk menguli jika minyak sudah tidak panas.
  • Uli doh dengan masukkan sedikit demi sedikit air yang sudah dilarutkan dengan garam tadi.Teruskan menguli sehingga tepung sudah tidak melekit ditangan dan biarkan seketika (10-15 minit) sebelum anda mencanainya menjadi kulit karipap.
  • Uli sekali lagi, kemudian bulat-bulatkan doh tadi sebelum dicanai untuk dimasukkan inti.Anda boleh pilih,sama ada nak kelim sendiri atau guna acuan karipap.
  • Untuk mendapat Kulit karipap yang rangup semasa kita menguli,kita kena pastikan tidak terlebih menggunakan air.Minyak masak panas atau marjerin yang kita panaskan juga membantu dalam memastikan kulit karipap menjadi rangup.
  • sukatan air dalam resepi ini bergantung kepada doh yang kita uli.Pastikan masukkan air sedikit demi sedikit semasa menguli.
Petua Elak kelim karipap terbuka semasa digoreng 
Petua Elak kelim karipap terbuka semasa digoreng ialah sapu bahagian tempat kelim dengan air masak.InsyaAllah, kelim karipap tidak akan terbuka semasa digoreng.Kelim karipap yang kerap terbuka bila mana kita menggunakan acuan karipap.Kelim karipap jarang terbuka sekiranya kita kelim sendiri dengan tangan.



Cara Menggoreng Karipap Supaya Rangup
Antara petua yang saya sudah cuba bagi memastikan karipap yang digoreng rangup ialah pastikan kita gunakan minyak yang banyak semasa menggoreng.Selain itu, kena rajin balik-balikkan karipap dalam kuali dan gunakan api yang sederhana.Jika api terlalu besar dan panas, kulit karipap hanya masak diluar tetapi akan menjadi liat di sebelah dalam.Kena biarkan karipap digoreng lama sedikit dengan api sederhana supaya kulit sebelah dalam juga masak dan hasilnya kita akan mendapat kulit karipap yang rangup.

Selamat mencuba ya:)

Rabu, 23 Disember 2015

Ayam Panggang Lemak Serai

Posted: 23 Dec 2015 08:30 PM PST
ayamlemakserai
Ayam Panggang Lemak Serai. Creamy Grilled Chicken with Lemongrass. Bon Appetit. Resepi baru.Bahan2nya
1 ekor ayam segar di belah 4, atau ikut citarasa.
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
2 batang serai
5 biji cili padi
2 batang cili merah
1 batang cili hijau
Bahan2 di atas di dikisar halus
 

100ml santan
 1 cawan air
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
 Cara2nya
Panaskan minyak di kuali, letakkan bahan2 rencah yang di kisar halus. Letakan serbuk jintan halus, garam & gula secukup. Tumis hingga aroma nya bangkit, rasa kuah nya. Masukan ayam yang di belah empat dan tutupkandengan tudung periok biarkan ayam nya masak sebentar di api yang kecil. Panaskan oven anda, pada suhu 160 darjah celsus. Angkat ayam nya letakkan di atas dulang pembakar yang di balutkan dengan foil. Letakkanayam di oven dan panggang di api atas (grill) selama 20 mins. pada kuah nya tadi, letakkan santan dan panaskan nya selama 5 minit. Bila ia masak, tuangkan pada sajikan ayam tadi.
Resepi : Chef Joha Hassan

Resepi Puff Sardin

Rosalina Rosla menambah 18 foto baru pada album :: Puff Sardin Senang Sangat! ::.
Resepi Puff Sardin Senang Sangat!
Boleh buat frozen makan petang @ breakfast & untuk bekal anak ke sekolah nanti sebab kita just pakai roti pratha cap kawan ye kawan kawan
Resepi ni akak Nora Zabri punya. Saya try test dah akak. memang senang bangat! hihi
Saya buat lain sikit, tambah cheese. Saja menghabiskan stok yg ada. hehe Lepas tu, inti ada lg, try buat pulak mini crossaint pulak. Ishhh, tak tau pulak macam2 boleh buat dgn roti pratha ni. hihihi
Sempoi baq hang!
Bahan2 :
Roti Pratha Segera @ Roti canai segera
inti :
Sardin *buang kuah @ sos* lenyekkan isi
bawang besaq *dadukan*
cili mesin @ cili boh *kalo nak pedas*
*Cheese Cheddar parut*
Kuning telur *eggwash utk sapu kat atas puff sebelum bakaq*
*saya masak dulu sardin tu, tumis cili mesin dan campurkan semua bahan *kecuali roti*
Cara2 boleh skrol tengok gambaq
*saya bakaq selama 10-12minit suhu 180darjah celcius. Ikut oven masing2 tau!
Nota :
*utk frozen, bleh buat sblh mlm, pastu smpan dlm peti ais. Esok pagi, letak eggwash dan terus bakaq saja
*eggwash adalah telur kuning saja, sapu kat atas puff
*Inti ada lebih lagi, saya buat mini crossaint. hehehe
potong roti tadi kpd 8bhagian pizza.
pastu letak inti sikit ja, then gulung. Mula kan dari bahagian yg lengkung, gulung ke dalam. Refer gambaq last sekali

Khamis, 17 Disember 2015

CUCUR UDANG RANGGUP

RESEPI CUCUR UDANG RANGGUP
jom try buat petang ni Emotikon wink
Bahan-bahannya :
● 500g Udang - kopek kulit(jika suka), buang kepala (jika suka) dan bersihkan
● 1 biji Bawang Besar - hiris
● 1 genggam Taugeh
● 1 cekak Kucai - potong pendek
● 1 bj Putih Telur
● 1 sb Minyak Masak
● 1 st Cuka
● 1/2 kiub Ayam Knorr
● 4 senduk Tepung Gandum
● 1/2 st Serbuk Kunyit
● Garam, Air - secukupnya
● Minyak utk menggoreng
Cara-caranya :
1. Masukkan kesemua bahan2, kecuali air, ke dalam satu bekas besar. Gaul rata dan masukkan air sedikit2 sehingga menjadi adunan yg di kehendakki (tidak terlalu pekat atau cair).
2. Panaskan minyak dalam kuali besar untuk goreng terendam. Ambil adunan sesudu besar dan lenyekkan di tepi kuali supaya nipis. Balikkan cucur apabila lekang dari kuali dan goreng sehingga garing dan rangup. Angkat dan toskan minyak berlebihan.
3. Potong-potong dan hidangkan dengan hirisan timun, sengkuang dan kuah kacang.
KUAH KACANG SEGERA
Bahan-bahanya :
● 3 genggam Kacang Tanah
● 3 ulas Bwg Merah
● 10 biji Cili Kering
● Air Asam Jawa
● Garam, Gula
Cara-caranya :
1. Goreng kacang tanah dgn sedikit minyak sehingga rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng hirisan bwg merah dan angkat.
3. Goreng cili kering dan angkat.
4. Kisar kesemua bahan2 dgn air secukupnya.
Silalah share yer dan jika ingin share, komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti.

Sambal Hitam Pahang

Sambal Hitam Pahang
Sumber : My mother in law...
 
 
 
Bahan2
½ cawan belimbing buluh rebus [rujuk resepi cara2 merebus]
½  cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek 
6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa
garam & gula secukup rasa
1 cawan minyak masak
Makan dengan nasi sedap, ketupat pulut pun sedap.. & rasanya cicah dengan 
ubi rebus pun masyukkk juga ni...
Cara2 Menyediakan
1. Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang masing2.  Belimbing rebus ni boleh disimpan dalam peti sejuk sebagai stok. Jadi bolehlah rebus banyak2 & simpan stok.  MaDiHaA buat banyak juga rasanya lebih dari 1/2 kg belimbing buluh segar.  Belimbing hendaklah dicuci bersih.  Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api yang kecil.  Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut.  Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit.  Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap.  PESANAN: jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja.  Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.
 
2.  Tumbuk cili padi sehingga halus.  Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis)  Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat.  Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.
 
3.  Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi.  Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga).  Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu).  Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang.  Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.  
 
4. Sambal ini boleh disimpan lama & boleh buat banyak2 untuk simpan stok.   Boleh dihidang dengan apa saja juadah yang rasa sesuai dihati anda... Sedap yang teramattttt!!!

p/s: tak taulah betul ke tidak rupa Sambal Hitam Pahang yang sebenar sebab tak pernah tengok secara live lagi... orang Pahang.. silalah komen yer... Izah.. meh komen sikit!


Selamat mencuba!

Selasa, 15 Disember 2015

Biskut Makmor

RESEPI BISKUT MAKMOR cair d mulut.
1kg tpg gandum d aruk dlm kuali tnpa myk,aruk smpe tpg ringan smpe tpg ya keperangan,
500g myk sapi cair kn dalm kuali.
350g gula aising(AGAK2 SECUKUP RASA)
400g susu tpg apa2 jnis brand boleh guna.
Cara2,
Tpg gandum dh d aruk gaol dgn gula halus gaol sebati dh sebati msokkan myk sapi yg udh d cair gaol sebati ..dh ya bulat kecik2 ekot size d maok, udh abis d bulat gaol lembut biskut yg udh d bulat kecik2 ya dgn susu tepong biar nya melakat dgn biskut ya. Siap utk d mkn xpayah d tunok dlm oven lagik sng mudh dan ringkas cair d mulut.

Ahad, 13 Disember 2015

Apam Balik

APAM BALIK
Bahan-bahan :
(Nak buat banyak gandakan sukatan nya ok)
150gm tepung gandum
1 sudu teh yis segera [ mauripan ]
25gm gula kastor
200ml air suam
2 biji telur
50ml minyak [ boleh guna minyak masak ]
sedikit garam halus
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh air
** dibancuhkan
Bahan Inti :
jagung manis
kacang tanah digoreng & dikisar.
Cara-cara :
- campur tepung, gula dan garam gaulkan
- masukkan yis kacau rata, masukkan telur dan minyak, pukul sambil tuangkan air suam sikit-sikit
- soda yg dibancuh dgn air tadi, masukkan ke dlm adunan dan pukul sekata
- tutup adunan biarkan 30 minit
- lps tu dadarkan, [ boleh guna kuali non stick ]
- bila separuh masak, taburkan bahan-bahan untuk inti, taburkan sedikit gula agak-agak sendiri kuantitinya nak letak banyak mana ok.
- lipat 2 dan angkat, hidangkan
SELAMAT MENCUBA

Sabtu, 12 Disember 2015

kerabu kerang

Tapi di sebabkan jadual hujung minggu yang sentiasa penuh, lama juga bertangguhnya. Sabtu lepas pergi pasar cari kerang dan bahan-bahan lain. Semua ada, maka projek kerabu kerang ON!
Resepi kerabu kerang taugeh
Resepi Kerabu Kerang Mudah Dan Sedap ni sangat la mudah cara membuatnya. Berikut bahan-bahan yang saya gunakan tempoh hari:
 

Bahan A

2 kg kerang - bersihkan dan rebus dengan air dan sedikit garam.

Bahan B

5 biji kacang botol -di potong sederhana
Taugeh - RM 1 di buang ekornya
2 batang serai - di potong halus
1 biji bawang besar - di mayang halus

Bahan C

2 biji cili merah - di buang biji
3 biji cili padi 
1 sudu besar udang kering
Sedikit belacan
Sedikit garam

Bahan D

2 sudu besar kerisik
1 biji air perahan limau nipis 
Nota: Saya elak menggunakan air asam jawa bagi mengurangkan 'kelembapan' pada kerabu.
Cara-caranya:

Bahan A

Rebus kerang sehingga masak. Kemudian toskan.
Kopek kerang dan ambil isinya.

Bahan B

Taugeh: masukkan air mendidih ke dalam mangkuk yang berisi taugeh. Gaul kan taugeh perlahan-lahan agar semua permukaan terkena air panas tersebut. 

Toskan taugeh. Saya memang tak rendam lama-lama bagi mengekalkan kerangupan taugeh tersebut. Tambahan bagi mengelakkan kerabu menjadi 'basah' dan cepat basi.

Serai, kacang botol dan bawang besar di hiris nipis. Masukkan ketiga-tiga bahan ini KECUALI TAUGEH ke dalam bekas yang mengandungi isi kerang.

Bahan C

Tumbuk kesemua bahan ini sehingga lumat. Apabila sudah lumat, masukkan ke dalam bekas yang mengandungi isi kerang.

Final Touch:

1. Masukkan taugeh ke dalam mangkuk yang mengandungi kerang dan bahan-bahan lain yang telah di nyatakan pada langkah-langkah di atas.
2. Masukkan Bahan D ke dalam bekas tersebut.
3. Dengan menggunakan 2 sudu, gaul kesemua bahan dengan lemah lembut supaya tidak hancur. Boleh tambahkan garam jika perlu.
4. Siap untuk di nikmati.
Memang licin kerabu kerang ni tempoh hari. Pandai juga ya semua yang hadir makan kerabu. Ingatkan mak buyong je yang suka. Hihi
Sebenarnya mudah sangat nak sediakan kerabu ni. Cuma yang merenyahkan adalah proses mengopek isi kerang dan buang ekor taugeh tu. So kalau mahu, anda boleh buat persiapan sehari awal dan letakkan isi kerang di bahagian freezer.
Taugeh boleh diletakkan di dalam mangkuk dan titiskan sedikit air limau bagi mengekalkan kesegarannya sebelum di letakkan di dalam peti ais. Cumanya mungkin kerang tu nanti akan rasa sedikit 'kering' dan tak umphh sangat la bila makan nanti.
Tip tambahan, anda boleh menggaul kesemua bahan lebih awal dan letakkan di dalam bekas yang bertutup rapat kemudian masukkan ke dalam peti ais. Ia dapat mengekalkan kesegaran kerabu lebih lama dan mengelakkan dari basi dengan cepat.

Setakat ni sahaja perkongsian resepi kali ini. 

Jumpa lagi di lain resepi.

Selamat mencuba.