Isnin, 29 Februari 2016

Nasi Kerabu

Resepi Nasi Kerabu Sedap


{?}Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:

A. {?}bahan untuk Nasi

{?}Beras
{?}Air
{?}4 helai daun limau purut
{?}1/2 sk pewarna biru

B. {?}bahan untuk Sambal tumis

{?}3 biji bawang besar * dikisar
{?}4 ulas bawang putih * dikisar
{?}1 inch halia * dikisar
{?}2 batang serai * dikisar
{?}2 senduk cili kisar
{?}1 batang serai
{?}1 tin santan
{?}2-3 asam keeping
{?}garam
{?}gula
{?}gula merah/ gula Melaka

C. {?}bahan untuk Sambal Kelapa

{?}Isi ikan direbus (1 ekor ikan kembung)
{?}Kelapa parut goreng tanpa minyak sehingga garing
{?}1 biji bawang besar
{?}2 batang serai
{?}garam
{?}gula

D. {?}bahan untuk Sambal cili

{?}Cili padi
{?}garam
{?}gula
{?}1 biji air perahan limau nipis

E. {?}bahan untuk Lauk nasi kerabu

{?}Ayam atau Ikan goreng kunyit
{?}Daging bakar dihiris nipis
{?}Telur masin direbus
{?}Sayuran kesukaan (kubis, carrot, taugeh, salad)
{?}Solok Lada

{?}Cara-cara untuk Memasaknya ialah:

A. {?}untuk Nasi

1. {?}Masak nasi ikut sukatan macam biasa terpulang kepada kuantiti berapa pot nak masak.

2. {?}Masukkan daun limau purut dan pewarna biru.

B. {?}untuk Sambal tumis

1. {?}Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar bersama serai sehingga terbit minyak.

2. {?}Masukkan cili kisar dan masak sehingga cili garing. Masukkan asam keping dan biarkan sekejap.

3. {?}Masukkan garam, gula dan gula merah dan biarkan sebati.

4. {?}Masukkan santan dan kacau sehingga santan dan sambal mesra.

5. {?}Kacau sambal perlahan-lahan dan masak sehingga sedikit pekat.

C. {?}untuk Sambal kelapa

1. {?}Kisar isi ikan yang siap direbus bersama bawang dan serai.

2. {?}Bahan kisar tadi dicampurkan di atas kelapa goreng dan digaul rata.

3. {?}Masukkan garam dan gula dan digaul rata.

D. {?}untuk Sambal cili

1. {?}Kisar/tumbuk cili padi.

2. {?}Campurkan gula, garam dan perahan limau dan dikacau sebati.

{?}Cara-cara untuk Hidangannya ialah:

{?}Hidangkan nasi kerabu bersama sambal tumis, sambal kelapa, sambal cili dan lauk pauk seperti telur masin, solok lada, ayam goreng kunyit, daging bakar dan sayuran. Nasi Kerabu sedap dimakan dengan mengaulkan kesemua sambal dan lauk.

Masak Kurma

RESEPI DAGING MASAK KURMA SEDAP



DAGING MASAK KURMA

Bahan-Bahan:
[+] 400gm daging - dipotong
[+] 5 ulas bawang merah - dihiris
[+] 3 ulas bawang putih - dihiris
[+] 1/2 in halia - dihiris
[+] 2 sudu besar rempah kurma
[+] 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
[+] 1 1/2 cawan air
[+] 2/3 cawan santan fresh
[+] 3 biji ubi kentang
[+] 1 biji tomato
[+] 3 - 5 biji cii hijau
[+] Garam dan gula secukup rasa
[+] Minyak


Cara Memasak:
1) Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang dihiris...
2) Goreng hingga terbit bau...
3) Masukkan rempah kurma dan serbuk kunyit yang dibancuh dengan sedikit air dan kacau...
4) Biarkan pecah minyak dan masukkan daging... Kacau rata...
5) Masak seketika, kemudian masukkan air...
6) Biarkan ia merenih sehingga mendidih dan masukkan ubi kentang...
7) Bila daging menjadi empuk dan kuah menjadi sedikit pekat, masukkan santan, garam dan sedikit gula... Kacau...
8) Masak lagi lebih kurang 5 minit dan masukkan tomato (dipotong 6 atau 8) dan cili hijau hiasan yang dibelah dua...
9) Masak sehingga kepekatan kuah yang dikehendak dan bolehlah dihidangkan...

Memilih Sayuran

TIPS MEMILIH SAYUR-SAYURAN SEGAR

SAYURAN SEGAR LAGI MENYIHATKAN


Sudah kepasar hari ini?  Jom kita kongsi tips untuk memilih sayuran untuk masakan hari ini. Sayuran merupakan hidangan utama untuk seimbangkan diet makanan harian.. Selain bertujuan untuk melawaskan, ia mempunyai banyak khasiat yang baik untuk tubuh badan. Elakkkan memasak sayur terlalu lama kerana khasiatnya akan berkurangan.  Jika hendak memakannya secara ulam,  Pastikan sayuran dicuci bersih terlebih dahulu..  Jom ke pasar!!


TIPS MEMILIH SAYURAN SEGAR


KOBIS
01)  Kobis: 
Pilih jenis yang ringan dan rongganya besar-besar. Ianya lebih segar dan rangup.

SAWI
02)  Sawi: 
Pilih sawi yang berdaun lebar tetapi batangnya kecil. Elakkan daun yang berlubang dan layu.


TIMUN
03)  Timun: 
Pilih timun yang lurus dan pangkalnya kurang warna hijau tua. Timun tua terlalu berair dan tidak sedap dimakan.


TOMATO
04)  Tomato:  
Pilih tomato yang warnanya kehijau-hijauan sedikit. Tomato yang terlalu masak dan tua tidak enak rasanya.


KELEDEK
05)  Ubi Keledek: 
Pilih buah yang lurus dan bersih kulitnya. Jika sudah tua ianya akan berurat dan tidak sedap dimakan.


KACANG BENDI
06)  Bendi: 
Pastikan hujungnya lembut.  Jika keras dan liat bererti kacang telah pun tua.


P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba!!!

Apam balik

Resepi Sheila Rusly
Resepi Apam Balik
Bahan-bahan untuk kulit:-
1) 2 cawan tepung gandum
2) ½ cawan gula
3) ½ sudu kecil soda bikarbonat
4) 1 sudu kecil pewarna kuning
5) 1 biji telur
6) 1 ½ cawan air
7) ½ sudu teh serbuk penaik
*Bahan-bahan taburan
1) Sedikit mentega
2) 1 cawan kacang tanah (dimesin)
3) 1 tin jagung manis
4) ½ cawan coklat urai
5) ½ cawan gula pasir
*Cara-cara pembuatan :-
1) Kisar gula bersama telur hingga kembang.
2) Masukkan soda, air, serbuk penaik dan pewarna kuning. Kisar hingga sebati.
3) Masukkan tepung dan kisar lagi supaya tidak berketul.
4) Sapu mentega rata mentega pada kuali leper (pan). Panaskan kuali dengan api kecil.
5) Ambil satu senduk adunan tadi dan ratakan pada kuali leper (pan). Biarkan separuh masak.
6) Taburkan bahan taburan. Masak hingga kekuningan.
7) Setelah masak,lipat dua. Dan dipotong 4 / 6.
Sedia untuk dihidangkan.
Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.
Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
Selamat mencuba Emotikon heart Emotikon smile

Tepung Bungkus

Resepi Tepung Bungkus Sedap


Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:

(-)240 gm tepung beras
(-)4 sudu makan tepung pulut
(-)½ biji kelapa parut putih
(-)1 ketul gula melaka
(-)500 ml santan
(-)Daun pisang secukupnya

Cara-cara untuk Membuatnya ialah:

1. (-)Untuk membuat intinya, masukkan kelapa parut ke dalam periuk bersama gula Melaka. Kacau dan masak di atas api perlahan sehingga kering. Bulat-bulatkan dan golek di atas tepung pulut. Ketepikan dahulu.

2. (-)Masukkan tepung beras ke dalam periuk yang lain. Bancuh tepung beras bersama santan dan masukkan sedikit garam. Kacau hingga separuh masak.

3. (-)Ambil dua sudu makan bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan dua biji inti. Tutup dengan dua sudu lagi tepung.

4. (-)Lipat daun pisang dengan kemas. Kukus sehingga masak.

Ayam Goreng Popcorn Rangup

Resepi Ayam Goreng Popcorn Rangup Sedap



Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

(~~)500 gm dada ayam | dipotong dadu
(~~)2 ulas bawang putih| dikisar
(~~)½ sudu teh garam
(~~)¼ sudu the serbuk lada hitam
(~~)½ cawan tepung
(~~)2 ½ cawan emping jagung | dikisar kasar
(~~)¼ sudu teh paprika
(~~)¼ sudu teh serbuk lada sulah
(~~)¼ cawan mentega
(~~)2 biji telur | dipukul
(~~)3 cawan minyak masak

Cara-cara untuk Memasaknya ialah:-

1. (~~)Masukkan ayam, bawang putih, garam dan serbuk lada hitam ke dalam mangkuk. Gaul rata dan perap selama 30 minit. Ketepikan seketika.

2. (~~)Di dalam mangkuk berlainan, satukan emping jagung, serbuk paprika, sedikit garam dan serbuk lada sulah. Gaul rata.

3. (~~)Ambil ayam dan gaulkan di dalam mangkuk tepung hingga rata.

4. (~~)Kemudian celupkan ke dalam bancuhan telur dan sadurkan kembali dengan bancuhan emping jagung tadi.

5. (~~)Panaskan minyak masak dan tambahkan mentega ke dalamnya. Biarkan mentega cair.

6. (~~)Apabila minyak telah panas, goreng ayam sehingga bertukar warna keemasan. Ulang proses sehingga habis.

7. (~~)Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.

Mee Rebus Singapura


FILLED UNDER:

Resepi Mee Rebus Singapura Sedap


Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

Bahan-bahan untuk di Kisar/Rempah –

[=]3 batang serai
[=]1 inci lengkuas
[=]4 biji bawang besar
[=]5 ulas bawang putih
[=]2 inci halia
[=]1-2 sudu besar cili kisar
[=]1 tbs serbuk jintan halus
[=]1 tbs serbuk jintan kasar
[=]1 tbs serbuk ketumbar
[=]1 tbs serbuk kunyit
[=]1 mangkuk kecil udang udang kering dikisar
[=]5 tbs taucu – blend
[=]1 mangkuk kecil kacang tanah – goreng dan dikisar halus
[=]1 biji keledek – rebus dikisar
[=]Garam dan gula
[=]2 tbs tepung beras
[=]Daging – rebus
Bahan-bahan untuk Sampingan –

[=]Taugeh
[=]Telur rebus
[=]Daun bawang dan daun sup
[=]Bawang goreng
[=]Lada Hijau/Merah
[=]Tauhu – goreng
[=]1 kilo mee kuning – celur dan toskan
[=]dan potong dadu
[=]Limau
[=]Isi daging rebus

Cara-cara untuk Membuatnya ialah:

1. [=]Campur kesemua bahan-bahan rempah (jintan halus, jintan kasar, ketumbar, cili serbuk , kunyit) bersama air.

2. [=]Tumis bahan dikisar (serai, lengkuas, bawang besar, bawang putih, halia) sehingga naik bau.

3. [=]Masukkan rempah dalam periuk dan goreng sehingga pecah minyak.

4. [=]Masukkan pula bahan kisar seperti udang geragau, kacang, keledek dan tauchu. Kacau hingga sebati selama 5 minit.

5. [=]Masukkan garam dan gula. Masukkan air ke paras yang diingini (Boleh guna air rebusan daging dan kulit udang)

6. [=]Bila kuah dan mendidih, masukkan tepung beras untuk pekatkan kuah. Kuah hendaklah pekat dan agak manis sikit.

7. [=]Hidangkan mee dengan kuah dan juga bahan-bahan sampingan lain.

Mee Kung fu


FILLED UNDER:

Resepi Mee Kung fu Sedap


Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

Bahan-bahan Mee –

200gm mee kuning
2 biji telur gred
1/3 sudu teh Knorr cukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan Kuah –

"""3 ulas bawang putih diketuk
"""100gm isi ayam dipotong kecil
"""5 ekor udang dibuang kulit
"""2 ekor sotong dipotong bulat
"""1 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air suam
"""2 cawan air
"""2 sudu makan sos tiram
"""3 batang baby corn dipotong memanjang
"""3 tangkai cili padi diketuk
"""carrot dipotong panjang & halus
"""hirisan brokoli
"""hirisan kobis bunga
"""garam & gula secukup rasa
"""serbuk lada sulah
"""sedikit bahan perasa
"""minyak untuk menumis

Cara-cara untuk Memasaknya ialah:

1. """Goreng mee, anggaran untuk seorang makan. Panaskan minyak dalam fry pan. Masukkan mee, kemudian masukkan telur dan bahan perasa.

2. """Goreng hingga kekuningan, kemudian masukkan ke dalam pinggan dan ketepikan.

3. """Buat kuah mee. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau & keperangan. Masukkan ayam, udang & sotong, kacau hingga masak.

4. """Masukkan air, garam, gula, sos tiram & perasa, biarkan hingga mendidih.

5. """Masukkan semua sayur, cili padi, lada sulah & bancuhan tepung jagung. Kacau selama 2 minit & angkat.

6. """Tuangkan kuah ke atas mee kungfu tadi. Hiaskan dengan hirisan daun sup, daun bawang, bawang goreng & hirisan limau nipis. Sedia untuk dihidang.

Sabtu, 27 Februari 2016

Nasi Ayam Madu

Resepi Nasi Ayam Madu Yang Sedap Tak Terkata



Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

Bahan-bahan Untuk Ayam (direbus) –

(#)1 ekor ayam dipotong 8
(#)2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
(#)2 cm halia, ditumbuk halus
(#)1 kiub ayam

Bahan-bahan Untuk Ayam (diperap) –

(#)1 sudu besar kicap pekat
(#)1 sudu besar sos tiram
(#)1 cm halia, ditumbuk halus
(#)2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
(#)1 sudu besar kicap cair
(#)Sedikit madu untuk sapuan

Bahan-bahan Untuk Nasi –

(#)3 cawan beras
(#)4 cawan air rebusan ayam
(#)2 sudu besar butter
(#)1 cm halia ditumbuk halus
(#)3 ulas bawang putih ditumbuk halus
(#)Sedikit garam
(#)2 bunga lawang*
(#)4 buah pelaga*
(#)1 kayu manis*
(#)1 batang serai ketuk
(#)2 helai daun pandan
(#)Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

Bahan-bahan Untuk Sos –

(#)5 biji cili merah
(#)3 ulas bawang putih
(#)2 cm halia
(#)1 sudu besar cuka
(#)1 sudu teh garam
(#)1 sudu teh gula
(#)1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan-bahan Untuk Sup –

(#)Air rebusan ayam
(#)1 biji bawang besar, dikisar
(#)Rempah sup bunjut
(#)Garam
(#)Daun sup dan daun bawang yg dihiris

Bahan-bahan Untuk Kuah Kicap –

(#)Kuah kicap perapan ayam di atas
(#)Kicap manis cap kipas udang
(#)Sedikit garam
(#)Air rebusan ayam

Cara-cara untuk Membuatnya ialah:-

Untuk Ayam –

1. (#)Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.

2. (#)Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.

3. (#)Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam).

4. (#)Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Memasak Nasi –

1. (#)Basuh beras dan tos air.

2. (#)Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.

3. (#)Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau.

4. (#)Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya.

5. (#)Masak nasi seperti biasa.

Memasak Sup –

1. (#)Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa.

2. (#)Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Memasak Sos –

1. (#)Kisarkan semua bahan di atas.

2. (#)Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.

Kuah Kicap:

1. (#)Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika.

2. (#)Sejukkan sebelum dihidang.

Tip Penting:

(#)Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

Daging Goreng Berlado

Posted: 27 Feb 2016 08:30 PM PST
Jika mahu lebih pedas, campurkan bersama sedikit cili padi ke dalam masakan.
hiasan


BAHAN-BAHAN:
500gm daging | direbus empuk dan hiris nipis
*5-6 tangkai cili merah
*4 biji cili kering | direndam dalam air panas
*4 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1 inci halia
Sedikit jus asam jawa
Garam dan gula secukupnya

Setiap bahan bertanda * hendaklah ditumbuk kasar.






CARA MEMASAK:
 
1.    Lumur daging yang sudah direbus dengan serbuk kunyit dan gara,. Goreng sehingga garing.
2.    Gunakan minyak yang sama (hanya 3-4 sudu besar), tumis pula bahan tumbuk sehingga pecah minyak.
3.    Kemudian masukkan jus asam jawa dan perasakan dengan sedikit garam dan gula.
4.    Masukkan daging goreng tadi dan gaul rata. Siap!
rasa 

Jumaat, 26 Februari 2016

Cucur Badak Gebu

Resepi 



Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

Bahan-bahan untuk Inti –

(&&)½ biji kelapa parut
(&&)100 gram udang kering (rendam dan kisar)
(&&)1 ulas bawang putih
(&&)3 biji bawang merah
(&&)7 tangkai lada merah
(&&)1 cm halia
(&&)1 batang serai
(&&)1 sudu teh serbuk kunyit
(&&)2 sudu makan gula
(&&)½ sudu teh garam
(&&)2 sudu makan minyak masak

Bahan-bahan untuk Doh –

(&&)250 gram keledek (rebus dan lenyek)
(&&)3 ½ sudu makan tepung gandum
(&&)½ sudu teh garam
(&&)½ kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara-cara untuk Memasaknya ialah:-

Inti –

1. (&&)Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yang telah dikisar. Masak hingga menggelegak.

2. (&&)Masukkan kelapa. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan.

Kuih/Cucur –

1. (&&)Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak membentuk doh. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.

2. (&&)Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya.

3. (&&)Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.

4. (&&)Goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan. Angkat dan tos.

Ayam Goreng Halia

Resepi  Sedap



Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

(*)500 gram ayam, potong kecil
(*)4 ulas bawang putih, hiris nipis
(*)2 cm halia, dihiris halus memanjang
(*)1 sudu besar kicap cair
(*)1 sudu besar sos tiram
(*)1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
(*)1 biji cili merah, hiris nipis
(*)1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
(*)1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
(*)minyak masak, untuk goreng ayam
(*)sedikit lada sulah atau lada hitam
(*)sedikit garam dan kunyit
(*)garam dan gula, secukup rasa

Cara-cara untuk Memasaknya ialah:-

1. (*)Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.

2. (*)Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.

3. (*)Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika, jangan sampai bawang putih hangus.

4. (*)Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.

5. (*)Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

6. (*)Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.