Selasa, 31 Mei 2016

Resepi Roti Canai


My Resipi telah menambah 3 foto baru
4 jam
Resepi Roti Canai
Bahan-bahan:
550 gm tepung gandum
*250 gm air
*1 egg-50gm
*3 Tbsp susu pekat manis-60gm
*1 tsp garam-6gm
*1 tsp butter/margerin-15gm
1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli
Cara-cara:
1. masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
2. masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
3. uli hingga jadi doh
4. rehatkan doh selama 10min
5. uli lagi selama 5min
6. **ulang step 4&5 sebanyak 3 kali.** Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)
7. advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.
8. bentuk bulat2. produce 12-16 biji depending on the size.perap selama 3jam atau lebih Dan boleh di kibar atau di tarik2.
9. *nb:jika tak habis kebar, bole simpan dalam fridge up to 2 day
10. *tips: terlebih uli, dought akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that's why process uli , rest, di ulang 3 kali.
11. *NB: refer to komen from skyblue&yani:I dah update jumlah air to 250gm. nak clarify ,Dough roti canai ni memang keras berbanding dengan dought roti bun biasa. tetapi, jangan risau, selepas diperap , dough akan lembut. coz kalau terlalu lembik, nanti bila nak kibar, akan koyak. kalau tak tau kibar, bole la tarik, nipis2...
12. lupa nak cakap. masa lepas dibulat2kan, hendakklah disapu dengan magerin, then baru simpan..and masa nak kibar pulak, hendaklah di penyek2 dulu sebesar tapak tangan, and restkan selama 10 min, bole buat byk2, then barulah di penyek besar2 utk proses kibar.

Isnin, 30 Mei 2016

BIHUN SUP UTARA

Ikuti · 22hb FebruariDisunting 
 

2kilo tulang klau dapat tulang gearbox atau tapak kaki lg best
1 kilo daging,,semua nie cuci dan rebus
Air mesti sampai xnmpak tulang to

Dalam kuali tumis
Selabu Bawang putih
6 ulas bawang merah
3 inci halia..potong nipis ya
1 sudu lada hitam biji
10 kuntum bunga cengkih
5 kuntum bunga lawang
3 btg kulit kayu manis
1/2 sudu buah pelaga
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih

Tumis semua nie sampai wangi masukkan kedalam periuk sup sekali dgn minyak tumis to
Masukkan garam dan aji
Bihun sup xsedap ya klau xde aji
Batang daun sup dan
Batang daun bawang
Untuk tabur atas sup bukan apa nk bg wangi dan sedap lagi

Sambal kicap
30 biji cilipadi
2 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap pekat manis
Kisar semua nie klau nk pekat boleh masak

Sambal merah
Semangkok cili kisar
5 sudu gula
Tumis cili kisar masukan gula
Masak sampai pekat dan pecah minyak
Siap

Bihun sup utara mesti ada
Lobak masin
Tauhu goreng
Fish cake goreng
Bawang goreng eifa goreng sendiri
Hirisan daun sup/daun bawang
Panaskan air bila didih masukkan bihun dan kunyit serbuk bila dah kacau seketika
Tos kan dgn air paip mengalir..siap
 — denganZureen ZurinSiti Hawa KhatMislan IsmailNorsiah Hj MahmudNor Azwa Radzi Zua dan Mencari Redhamu.

mee bandung. 😅

Hari ni buat mee bandung. Kita ni hantu mee bandung. 😅

Kredit pada tuan resipi mee bandung ni : Siti Nur Sahida Ibrahim . TQ Sahi ☺️

Ini resipinya -

Sediakan :

1.Mee Kuning Sebungkus (Basuh Dan Celur Jap Air Panas)
2.Telur 5 Biji
3.Sos Tiram
4.Lada Kering Blend (4 Sendok Nasi) Rendam Air Panas Dlm Dah Layu Baru Blend Ok.
5.Bawang Putih 8 Ulas **tumbuk
6.Bawang Merah Besar 2 Yg Sedang Di Belah2 **tumbuk
7.Gula 6 Sudu Makan
8.Udang Kering Rm4.00 (Di Blend)
9.Minyak Masak 4 Sudu Makan
10.Tepong Jagung
11.Garam 4@5Sudu Teh Jek
12.Kacang Tanah 500g Beli Yg Dah Siap Kisar Tapi Guna Hanya 250g Jek Ok..
13.Sawi Seikat (Basuh Bersih)
14.Daun Bawang
15.Bawang Goreng
16.Daging Peket

Cara-caranya :
Daging Peket Di Rebus Pastu Hiris2..Pastikan Rebus Daging 1 Jam Sebelum Nak Masak. Rebus Daging Sampai Empok..Nak Guna Udang Boleh Gak Ikut Selera Korg..

Tumis Bawang Putih Dan Merah Tadi Sampai Nampak Garing Warna Cantik Gitu Jgn Hangus Ok,Tumbok Jgn Blend Ok..

Dah Garing Baru Masuk Lada Blend Tadi..Biar Jap Godak2 2 Minit.

Baru Masuk Kacang Tanah/Udang Kering Tadi..Cara Saya Cari Botol Masuk Kan Kacang Tanah/Udang Kering Tadi Pastu Goncang2 Jadi Bila Nak Cedok Dia Rata..Masuk 10 Sudu Makan..Masuk Gula 5 Sudu..Garam 4@5 Sudu Masuk Sos Tiram 5 Sudu Makan..Godak2..

Biar Jap 2 Minit Pastikan Bawah Tak Hangus Ok..

Tuang Air Rebusan Daging Tadi Tuang Semua,Bila Guna Kuah Daging Lagi Sedap Beb..

Masukan Tepong Jagung 4 Sudu Makan (Bancuh Dgn Air Masak Sikit Kacau2 Dalam Cawam Then Tuang..Pastu Korg Godak2 Biar Dia Serap..Biar 2 Minit..

Pecahkan Telur Dalam Mangkuk Dulu. 1 Persatu Masukan..Pastikan Jarak Tuang Telur Tu Jauh Sikit Supaya Dia Tak Bercantum..Jgn Godak Biarkan Jap..

Bila Nampak Telur Dah Timbul Baru Godak Kuah Tu Slow2 Jek Kalau Tak Nanti Bawah Dia Hangit Rasa Dah Tak Sedap..Biarkan Dulu.

Sayur Last Sekali Ok..Masak Jap Jgn Sampai Sayur Layu Huhuhu Godak2..Rasa Kuah Cukup Tak Rasa..

Angkat..Siap..Tabur Lah Bawanh Goreng Ngn Daun Bawang Sikit..

Ok Sy Suka Kuah Banjir2 Mee Tenggelam Hahahaha.. Cubalah..Pasti Terasa Udang Kering Kacang Kisar Dll..
Org Joho Tak Kan Terpisah Mee Bandong Hihihi 😊😊
 — dengan Mislan Ismail dan Mencari Redhamu.

Mee Rebus Hajjah Begum / Lek Ahmad

Mee Rebus Hajjah Begum / Lek Ahmad

Bahan bahanya

3 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1/2inchi halia
2 batang serai
1/2 inchi lengkuas

1/2 mangkuk kecil buah keras
2 biji keledek - rebus
1 mangkuk ikan bilis rebus ( yang ini siap direbus ya bukan kita rebus sendiri )
1 mangkuk udang geragau rebus ( yg dah siap dijual rebus , kl rebus sendiri airnya tak perlu diambil ) – Udang geragau rebus

** Kalau takde guna isi udang fresh sahaja

Kukus isinya kemudian dikisar halus
1/2 mangkuk kecil taucho ( lenyek kasar )
2 keping tempe dikisar halus
1/2 kg daging tetel - rebus ( air rebusan jgn dibuang )
1 1/2 senduk nasi rempah daging
Gula garam secukup rasa

caranya

Kisar bawang besar bawang putih halia serai dan lengkuas
Panaskan minyak dan tumis garing
Bila dah garing masukkan rempah kari daging dan masak sehingga pecah minyak
Matikan api dan ketepikan

Kisar keledek udang geragau ikan bilis buah keras dan tempeh
Nak kisar semua sekali pun ok nak kisar asing pun ok
Taucho dilenyek kasar jika nak kisar halus pun ok
Satukan kesemua bahan diatas bersama air rebusan daging ini dan masak sehingga mendidih
Tambah air jika perlu
Jgn terlalu byk nanti kuahnya cair
Bila dah mendidih masukkan rempah yg telah ditumis tadi
Masak sehingga pekat
Masukkan garam gula dan perasa
Sedia dihidang

Atas ltk kriuk2 udang geragau
Perghhhg

Untuk kriuk2 tu
Jintan halus kasar ketumbar cili kering kisar kering kemudian letak udang geragau kering atau lebihan rebus tu pun ok
Letak tepung beras telur sebiji
Adunan mcam jemput2 tak terlalu pekat tak terlalu cair. Goreng didalam minyak yg panas
 — denganFauziah NawiZureen ZurinShina SanujiMislan IsmailNoorizan RamliMencari Redhamu danNorsiah Hj Mahmud.

resepi mee udang



mee kuning secukupnye
udang secukupnye
ketam secukupnye
kepala udang(direbus utk jadikan stok)
*cili kering segenggam(ikot selera pedas masing2)
*bawang putih 3ulas
*halia sikit
*bawang merah 7-8 biji
*tomyam paste sesudu besar
*udang kering 2paket(paket rm1 tu ye)
sebiji kentang
sebiji keledek(sederhana besar shje)
hiasan:
daun bawang
bawang goreng
cili merah n hijau
telur rebus
limau nipis/kasturi

cara:
rebus kepala udang,dptkan 1 mangkuk sederhana stok udang.ketepikan.
rebus kentang dan keledek,blend halus dan ketepikan.
kisar semua bahan bertanda * , tumis hingga naik bau..masokkan stok udang..masak lagi hingga didih..
tambah garam cket,gula cket,aji cket.masok keledek n kentang blend td.tmbah air jika perlu.
dah didih baru masukkn udang n ketam..
perasakn..
 — dengan Jamaliah Ibrahim danMencari Redhamu.

Sabtu, 28 Mei 2016

Mi Hong Kong


FILLED UNDER:

Resepi Mi Hong Kong

mi-hong-kong

Resepi Mi Hong Kong

Bahan-Bahan:

200gm mi kuning
2 biji telur
80gm udang | dibuang kulit
80gm sotong | dihiris
2 ulas bawang putih | dicincang halus
3 sudu makan cili boh
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
2 helai daun sup | dihiris
50gm sawi | dihiris
40gm kobis | dihiris
30gm kobis bunga | dihiris
40gm lobak merah | dihiris
50ml air
Garam secukup rasa

Cara Memasak:

1. Campurkan mi kuning bersama telur, gaul rata. Panaskan minyak dan goreng mi hingga garing. Angkat dan ketepikan.

2. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili boh dan kacau hingga pecah minyak.

3. Kemudian, masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau sebentar.

4. Masukkan sotong dan udang, kacau sebentar. Masukkan pula daun sup, sawi, kobis, kobis bunga dan lobak merah.

5. Selepas itu, masukkan air dan biar didih sebentar.

6. Perasakan dengan garam secukup rasa. Tuang kuah pada mi yang telah digoreng dan sedia dinikmati.

Resepi Pau Sekaya

UNDER:


pau-sekaya

Resepi Pau Sekaya

Bahan-Bahan:

500 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
½ peket yis mauripan 11 gram
½ cawan minyak
Air secukupnya
Daun pisang
Jem sekaya

Cara Membuat:
1. Masukkan yis mauripan ke dalam mangkuk. Letakkan sedikit air dan kacau agar yis tersebut larut dan tidak berketul.

2. Campurkan tepung gandum bersama gula di dalam bekas.

3. Masukkan minyak dan yis tadi sedikit demi sedikit.

4. Jika masih tidak mencukupi, masukkan air secukupnya. Uli hingga menjadi adunan yang licin dan kenyal.

5. Buat bentuk bulat kecil dan masukkan jem sekaya di tengahnya. Tutup inti dengan mencantumkan hujung adunan tadi.

6. Letakkan setiap adunan tadi di atas daun pisang yang dipotong bulat.

7. Setelah itu, bolehlah dikukus selama 10 minit pada suhu yang tinggi.

Jumaat, 27 Mei 2016

Resepi Kurma Ayam


FILLED UNDER:

Resepi Kurma Ayam

kurma-ayam

Resepi Kurma Ayam

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam | dipotong kecil
3 sudu makan minyak sapi
60 gram bawang merah l dihiris
40 gram bawang putih l dihiris
3 biji bawang besar l dihiris
5 biji kentang dipotong 4
2.5cm kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
6 sudu makan serbuk kurma | campurkan dengan 125ml air
250gm santan pekat
7 biji cili hijau
1 ikat daun pudina
Garam secukup rasa

Cara Memasak:

1 Panaskan minyak masak di dalam periuk. Tumis bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga cengkih sehingga wangi.

2 Selepas itu masukkan serbuk kurma dan tumis lagi sehingga pecah minyak.

3 Kemudian masukkan ayam yang telah dipotong tadi. Gaul rata hingga sebati.

4 Masukkan santan, garam, ketang, hirisan bawang besar, cili hijau dan daun pudina. Kacau sebati dan biarkan mendidih sehingga masak.

5 Angkat dan sedia dihidangkan.

Nasi Hujan Panas


FILLED UNDER:

Resepi Nasi Hujan Panas

nasi-hujan-panas

Resepi Nasi Hujan Panas

Bahan-Bahan:

1kg beras basmathi
1.25 liter air
2 kiub ayam
2 helai daun pandan
Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau

Bahan Tumis:

1cm halia | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
1/2 biji bawang besar | dihiris
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Sedikit kismis dan bawang goreng | untuk hiasan

Cara Memasak:

1. Cuci beras bersih dan rendamkan selama 1o minit. Toskan.

2. Panaskan kedua minyak dan tumiskan kesemua bahan tumis sehingga wangi.

3. Kemudian masukkan beras bersama air, kiub ayam dan juga daun pandan. Gaulkan rata.

4. Biarkan nasi dimasak sehingga kering.

5. Apabila kering, letakkan pewarna merah, kuning dan hijau di atas nasi kemudian dikaub balikkan.

6. Biarkan nasi sehingga masak dan taburkan dengan kismis dan bawang goreng.

Tip : Untuk mengelakkan warna menjadi sekata, letakkan pewarna di tempat berasingan dan biarkan nasi masak seperti biasa. Apabila sudah masak barulah dikaub balikkan nasi.

Khamis, 26 Mei 2016

MEE JAWA



Bahan-bahan:
1 kg mi kuning
300 gm tauge
200 gm daging - direbus dan simpan airnya untuk stok
4 biji telur rebus
6 tangkai daun sup
1 biji cili hidup - dihiris
100 gm bawang goreng
Bahan untuk kuah:
4 biji keledek - rebus dan dilenyek
100 gm udang kering
3 sudu teh serbuk kari
2 ulas bawang putih ditumbuk
Garam
Minyak masak
Cara membuat:
1. Celur mi kuning serta tauge. Ketepikan
2. Panaskan minyak masak dalam periuk kemudian tumis bawang putih, udang kering dan serbuk kari hingga garing.
3. Masukkan stok daging, keledek dan daging. Masak hingga daging lembut.
4. Kemudian masukkan udang dan garam. Biarkan ia hingga mendidih. Angkat dan hidangkan bersama mee, daging, telur, daun sup, cili hidup serta bawang goreng.
Silalah share yer dan jika ingin share, komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti.
cc: resepiorangkampung

Resepi Sup daging

Halaman Disukai · 1 jamDisunting
 
Resepi Sup daging

BAHAN-BAHAN:
1 kilo daging lembu
6 biji kentang
3 biji tomato
1 pokok daun sup n daun bawang
3 batang celery
Garam secukup rasa Air mencukupi sehingga menutupi daging dalam periuk
*Air kena cukup sebab nak masak sampai dagingnya empuk , kena check daging untuk pastikan daging empuk atau belum kalau daging masih liat air perlu ditambah dan terus masak daging .

BAHAN-BAHAN TUMIS :
1 batang kayu manis - anggaran 3cm panjang
3 biji bunga cengkih
1-2 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 biji bawang merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 cm halia
1 sudu besar ketumbar*
1 sudu besar jintan putih*
1 sudu kecil lada hitam*
Semua bahan-bahan bertanda * ni digoreng tanpa minyak dalam kuali sehingga terbit bau wangi kemudian dikisar halus .

CARA MEMASAK : -
Semua bawang , halia dikupas kulit dan dimayang halus . Biji Ketumbar , lada hitam serta jintan putih digoreng tanpa minyak sehingga wangi dan ditumbuh halus .
Kupas semua ubi kentang dan dipotong empat , tomato juga dipotong 4 .
-Panaskan sedikit minyak secukupnya dalam periuk dan tumis semua bawang , halia dan kacau dan biarkan sampai bawang layu kemudian boleh la dimasukkan bahan-bahan rempah tumisan . Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk .
Masukkan daging tadi dan kacau dan biarkan sampai kuah mendidih .
–Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali sehingga daging masak serta menjadi empuk , kemudian boleh la di masukkan semua ubi kentang serta batang celery yang dipotong kecil .
Biarkan ubi kentang empuk dan baru la dimasukkan buah tomato , bila buah tomato nampak layu boleh la ditutup api dapur dan tabur la daun sup yang sudah di potong halus ke dalam sup.

kredit: resepi nennie