Isnin, 29 Ogos 2016

Nasi Daging

NASI DAGING
Bahan-Bahan
3 cawan berasmathi (saya guna pusagold)
1 paket perencah Nasi Daging Iman (boleh dibeli di Tesco RM2 sepeket)
250 gram daging batang pinang.
Air rebusan daging secukupnya mengikut jumlah sukatan beras.
Cara Membuatnya:
1. Rebus daging sehingga empuk dan asingkan air rebusan dan daging. Air rebusan jangan dibuang kerana akan digunakan untuk memasak nasi daging nanti.
2. Basuh beras sehingga bersih dan rendamkan 10 minit kemudian toskan.
3. Bancuh perencah nasi daging iman dengan sedikit air sehingga menjadi pes.
4. Dalam periuk, panaskan 8 sudu makan minyak masak. Kemudian tumiskan perencah yang telah dibancuh tadi sehingga naik bau.
5. Selepas itu masukkan 3.3 cawan air rebusan daging, kacau sebati dan tunggu sehingga mendidih. (Untuk berasmati jenis pusagold yang saya guna, sukatan air yang disyorkan untuk 1 cawan beras ialah 1.1 cawan air. Saya menggunakan cawan teh corelle. Untuk lebih mudah, saya sukat dalam ml. Jadi untuk 1.1 cawan air bersamaan dengan 215 ml. Jadi jumlah air yang saya masukkan ke dalam periuk ialah 645 ml).
6. Selepas mendidih, pindahkan kesemua bahan-bahan tadi masuk ke dalam rice cooker. Kemudian masukkan beras dan juga daging, kacau sekejap kemudian masak nasi seperti biasa.
7. Apabila nasi sudah masak, biarkan selama 15 minit. Kemudian dengan menggunakan garfu gemburkan nasi. Tujuan menggunakan garfu ialah supaya nasi peroi dengan elok.
8. Untuk hidangan, taburkan bawang goreng dan juga daun sup dan daun bawang.

Nasi daging sememangnya enak dimakan bersama-sama dengan kurma daging. Jom lihat resepinya pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan