Sabtu, 30 April 2016

NASI GORENG JADI ENAK,!


OH.. TERNYATA INI RAHASIANYA BIKIN NASI GORENG JADI ENAK,! SELAMAT MENCOBA

OH.. TERNYATA INI RAHASIANYA BIKIN NASI GORENG JADI ENAK,! SELAMAT MENCOBA 

Pada penasaran seluruhnya kan, apa sih jadi resep rahasia dalam membuat nasi goreng jadi enak? Di bawah ini kami paparkan
rahasianya saat ini juga.
Rahasianya yaitu ada pada bumbu satu itu yakni " Baceman Bawang ". Begini langkah membuatnya.
Bahan : bawang putih 100 gr (20­25 siung) , kemiri 1 biji. Kupas serta bersihkan bawang putih, tiriskan hingga kering. Bila butuh dibalut
pakai tissue sekalian serta biarlah sepanjang hari sampai benar­benar kering. Janganlah ada air satu tetespun.
Haluskan kemiri, Tumbuk kasar bawang putih.
Masukkan ke toples kaca
Tambahkan minyak goreng hingga tutup semua bawang putih
Tutup rapat kedap udara. Biarlah hingga berfermentasi.
Tunggulah hingga minimum 24 jam serta siap untuk dipakai dapat untuk nasi goreng, bakmi jawa, sambal goreng serta beragam jenis
tumisan lain.
Dapat disimpan hingga sebulan, asal rapat kedap udara. semakin lama berfermentasi semakin enak, walaupun begitu sebaiknya buat
baceman bawang yang tidak terlalu banyak kira2 1­2 minggu habis, agar dapet baceman bawang yg senantiasa fresh.
Dalam satu minggu baiknya terus di suhu ruangan, selebihnya baru dapat masuk kulkas.
Baiknya beri sendok spesial didalamnya supaya tdk terkontaminasi tetesan air serta bahan yang lain bila gunakan sendok yang lain.
Cara pakai : ambillah bawang + minyak seperlunya dengan sendok selanjutnya tumis berbarengan bumbu penambahan lain sesuai sama
type masakan serta selera anda. Baceman bawang cuma untuk pengganti bawang putih saja supaya rasa serta aromanya lebih enak. Bila
minyak dalam toples telah berkurang atau nyaris habis dapat imbuhkan minyak lagi.
Selamat coba

Sumber :http://www.informsiterhangat.com

Ahad, 24 April 2016

Mee Rebus Tulang

Resepi Mee Rebus Tulang Daging Power



Bahan-Bahannya ialah:

Bahan Untuk Sup/Kuah –

(*)Tulang Lembu secukupnya
(*)1 bungkus rempah sup bunjut
(*)5 ulas bawang di hiris
(*)1 halia – diketuk
(*)1 inc kunyit – diketuk
(*)1 inc lengkuas – diketuk
(*)2 batang serai – diketuk
(*)1 kiub daging
(*)Garam secukup rasa

Bahan Rencah –

(*)3 biji ubi keledek saiz sederhana – di rebus dan dikisar bersama air rebusan keledek tadi.
(*)10 biji bawang kecil – dikisar
(*)2 biji bawang besar – dikisar
(*)5 ulas bawang putih – dikisar
(*)1 inci halia – dikisar
(*)1 inc kunyit hidup – dikisar
(*)30 tangkai cili kering – dikisar
(*)3 sudu besar rempah kari daging
(*)3 sudu besar udang kering – direndam lembut dan dikisar
(*)1 cawan air asam jawa
(*)1 kiub daging
(*)1 buku gula melaka
(*)1 cawan santan
(*)garam dan gula secukup rasa


Cara Memasaknya ialah:

Cara Memasak Sup/Kuah –

(*)1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dengan air yang secukupnya untuk merebus daging.

(*)2. Rebus tulang hingga daging empuk.


Cara Memasak Rencah –

(*)1. Tumis bawang merah, bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, dan cili kering hingga garing dan naik bau.

(*)2. Masukkan rempah kari dan udang kering dan tumis lagi hingga jadi rencah. Masukkan keledek dan biarkan ia merenih.

(*)3. Masukkan gula melaka, kiub daging, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan biar kuah benar-benar masak.

(*)4. Kemudian barulah masukkan sup tulang tadi. Hanya air rebusan tulang sahaja, bahan sup bunjut, serai halia lengkuas dan kunyit tadi jangan masukkan.

(*)5. Akhir sekali masukkan tulang dan santan. Biar kuah masak sempurna dan sedikit pekat.

(*)6. Boleh dihidangkan bersama mee bila sudah masak..

Jumaat, 22 April 2016

Resepi Puding Aiskrim

Posted: 22 Apr 2016 09:21 PM PDT
Musim  Panas, resepi yang menyelerakan dan menyegarkan .....


 

 BAHAN2

200gram gula ( 1 cawan )
800ml air ( 4 cawan )
2 biji kuning telur
500ml susu segar
25grm serbuk agar2
50gram tepung jagung
2 sudu teh coffe emulco
350gram aiskrim vanilla
1 or 2 cawan oreo

CARA MEMBUATNYA

Masak agar2 bersama air dan 200ml susu.
Dengan api yang perlahan erk.

Blender or mixer Gula, Telur kuning, 300ml susu dan tepung jagung.

Sudah sebati.
masukkan kedalam adunan yg dimasak td.
Kaco sebati erk.

Sudah mendidih masukkan Aiskrim Vanilla.
Aiskrim ni elok beli yg BRANDED sket.
Sedap sket bau Vanilla nya.

Kacau selalu sampai mendidih.
Masukkan Biskut Oreo yg dipecah2.
Kalau kat kedai bakery ada jual dah siap pecah2.
Tapi kalau tak letak pun tak pe.
Jadi le namanya Puding Aiskrim Vanilla & Coffee

Asingkan sket untuk diletakkan Coffe Emulco.
Letak coklat pun sodap.
Tak de coklat, bancuh jerk MILO.

Adunan tadi tuang di dasar acuan.
Tuang yang original ke semuanya.
Sejukkan.


 

Rabu, 20 April 2016

Puding Jagung

Puding Jagung

1 cawan jagung dalam tin
1 cawan susu cair / susu segar (bukan susu pekat manis)
2 1/2 cawan air
1 cawan tepung kastard
3/4 cawan gula pasir (boleh kurangkan jadi 1/2 cawan kalo xnak manis sgt)
Cara membuat:
1.Masukkan tepung kastard dan air dalam periuk kacau sebati sampai hilang ketul-ketul.
2.Kemudian , masukkan semua bahan lain.
3.Kacau atas api yg kecil sehingga pekat dan berkilat.
4.Bila dah likat , pekat dan melekat , masukkan ke dalam bekas.
5.Sejukkan seketika dan masukkan ke dalam peti sejuk.
6.Simpan sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dipotong.
P/s:Puding Jagung sedap dimakan sejuk.

Ahad, 17 April 2016

Resepi Air Soda Herbs


 Sedap!


IMG_0949
Sumber: Facebook Rizal Hakimm. Imej dari azlitamasammanis.com
Ramai yang cakap air ni sedap tak terhingga. Kena pula minum time cuaca panas, memang kita rasa bersemangat lain macam lah kan. Jangan pula anda minum air ni hari-hari, tak elok untuk kesihatan. Boleh kencing manis tau!
Nak minum boleh, tapi control sikit ok. Nanti try lah buat eh!
IMG_0816
Bahan bahan yang diperlukan: 
1 botol besar air aiskrim soda.
1 tin laici ~ ambil buahnya sahaja/guna longan pun boleh.
2 batang serai ~ dititik.
daun pudina ~ terpulang berapa helai.
1 biji lemon ~ dihiris nipis.
5 biji asam boi putih.
ketulan ais secukupnya.
Cara caranya:
-Cuci semua bahan hingga bersih.
-Hiriskan lemon nipis nipis.
-Sediakan bekas yang bersesuaian.
-Letakkan daun pudina secukupnya.
-Masukkan lemon yang telah dihiris.
-Diikuti asam boi putih.
-Masukkan buah laici / longan.
-Tuangkan air aiskrim soda secukupnya.
-Letakkan ketulan ais jika suka.
-Akhir sekali masukkan serai yg telah dititik.
Ok, dah siap dah. Sekarang anda dah boleh minum!

Selasa, 12 April 2016

SUP KETAM

Halaman Disukai · 22hb November 2015Disunting
 
SUP KETAM

Bahan-bahan:

6 ekor ketam
Kentang
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Sup bunjut Adabi
Daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Garam,serbuk perasa

Cara:

Tumis bawang merah,bawang putih dan halia yang ditumbuk sampai garing dan naik bau. Masuk ketam n kacau perlahan2 biar sampai bau ketam agak wangi. Masukkan air secukupnya. Masuk sup bunjut,kentang, garam dan serbuk perasa. Tunggu sampai kentang empuk. Tutup api n ready to serve!
Selamat mencuba!

Sambal Bilis Pedas

Halaman Disukai · 31hb Disember 2015Disunting
 

Sambal bilis pedas ni sangat sedap di makan bersama nasi dan lauk-pauk. Ia macam sambal belacan juga cuma dia kering.. tapi sangat sedap dan pembangkit selera.

RESEPI SAMBAL BILIS PEDAS

1 cawan ikan bilis ~ di goreng
15 tangkai cili padi hijau dan merah ~ kalau nak pedas lagi boleh tambah
3 ulas bawang merah

Goreng ikan bilis ~ ketepikan
Goreng juga bawang dan cili padi dengan sedikit minyak hingga layur
Garam secukup rasa

Tumbuk bawang dan cili hingga lumat
Kemudian tumbuk ikan bilis kasar-kasar
gaulkan semua bahan dalam mangkuk
Perasakan dengan garam secukup rasa
Sedia di hidangkan
Suka
Bahan Bahan nya

- Ayam Sekor

- Ketumbar dgn jintan halus tu sangai dulu ye (sangai tu goreng tanpa minyak smpai kuning gitu..tak mo hangit)
- kemudian blendkan sampai halus

- Serai,bwang besar,bwang puteh,halia,cili kering blendkan sampai halus.

- Cili kering buang biji dia ya..kenapa bubuh cili kering?...Sebab nk bgi kemerahan sikit..

Isnin, 11 April 2016

Laksa Penang

Ringkas, Mudah dan Sedap!


Laksa merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Bagaimanapun setiap daerah mempunyai kuah khas yang dimakan bersama laksa memberikan nama yang tersendiri menurut di mana ia disediakan.

Kebiasannya bahan asas membuat laksa adalah ikan. Tapi setiap kuah laksa bagi setiap daerah berbeza ikan yang di gunakan. Contohnya laksa Johor di katakan paling enak di sediakan dengan ikan parang. Kuahnya yang pekat dan berempah pula di makan bersama spaghetti. Berbanding laksa Kelantan atau lebih popular di panggil laksam mempunyai kuah putih lemak dan kebiasannya menggunakan ikan selayang. Laksam di makan dengan mee laksa yang di buat sendiri dari tepung beras, itulah keunikkan laksa Kelantan dan laksa Johor yang lain daripada lain.  Laksa Terengganu pula di katakan mempunyai dua kuah yang berbeza, satu kuah merah yang berempah dan di masak dan satu lagi kuah putih yang tidak di masak. Laksa Perak pula dikatakan lebih masam walaupun di katakan seakan laksa Penang.

Laksa Penang amat popular di Pulau Pinang di mana ia berasal. Kuahnya lebih cair dan masam manis. Ia cukup popular dan cukup di gemari ramai. Ada yang memanggilnya sebagai asam laksa.



Anak ita Dalili cukup mengemari asam laksa satu masa dahulu. Ita ni kalau asam laksa kurang sikit...
Ita lebih suka laksa Johor yang pekat dan berempah dari kuah laksa yang masam dan cair. Dulu selalu juga bawa Dalili makan laksa di Med Vely. Setiap kali ke sana pasti dia ajak pekena laksa.



Tapi sejak dia makan laksa di satu gerai laksa di Kedah, dia terus tak minat..
Katanya laksa tu hanyir dan tak sedap. Serta merta seleranya pada laksa pun berkurang.
Bila ita kata nak buat laksa, dia menolak.. nanti tak sedap katanya..

Tapi di sebabkan ita dapat permintaan dari rakan fb yang minta ita tunjukkan cara dan kaedah membuat Laksa Penang dan lagi pula dah lama sangat ita tak buat laksa, akhirnya ita pun buatlah laksa ni..

Susah nak dapat bahan untuk membuat lakasa selepas musim perayaan ni. Untuk dapatkan bunga kantan ita terpaksa pusing satu pasar barulah jumpa di sebuah gerai yang tersorok.. payahnyalah nak dapat bunga kantan.. dengar kata pokoknya melawas.. mungkin faktor cuaca yang tak menentu.. kejap panas kejap hujan itu yang buatkan ia pun merajuk..

Bila Dalili pulang sekolah dan di lawa makan laksa panjang muncungnya..
Tapi bila di pujuk dia makan lah juga.. tapi lepas makan mak aiii.... bertambah-tambah pulak dia makan.. 'sedaplah mak... kenapa yang dulu kita makan tak sedap.. yang ni sedap macam yang kita makan kat Mid Vely.. " katanya lagi sambil menghirup kuah laksa yang berbaki di mangkuk..

Alhamdulillah... suka ita lihat dia makan dengan berselera.. 


Hidangan yang ita sediakn ni tak banyak tau.. Cukuplah untuk 5 atau 6 orang makan.. kalau tak bertambah atau untuk satu hidangan.. kalau bertambah-tambah makan memang tak cukup!
Jika keluarga ramai, atau nak masak untuk menjamu kawan-kawan.. kenalah gandakan sukatan bahan-bahannya ya..


Mula-mula kita kena sediakan stock ikan terlebih dahulu

LAKSA PENANG 

Bahan-bahan Untuk Stock Ikan

10 ekor ikan kembung ~ boleh juga menggunakan ikan mata besar atau ikan sardin
5 keping asam keping
Air secukupnya untuk merebus ikan


Ikan di siang, buang perut dan insang kemudian cuci bersih.
Untuk menghilangkan hanyir ikan, sebaiknya gaulkan ikan dengan garam dan perahkan sedikit limau nipis, perap sebentar. Kemudian di cuci bersih. 
Selain ikan kembung anda boleh juga menggunakan ikan mata besar, ikan sardin, ikan tenggiri atau ikan tongkol


Ikan yang kita dah siang tadi, kita masukkan ke dalam periuk.
Tambahkan air secukupnya untuk merebus ikan.
Masukkan  juga asam keping
Kemudian rebus ikan hingga empuk. Bila dah empuk tunggu air rebusan sejuk, barulah keluarkan ikan dari periuk. Keluarkan juga asam keping.
Asam keping ni kita dah tak gunakan lagi, bolehlah di buang.
Asingkan isi ikan dari tulang dan kepala.
Isi ikan pula kita bahagi 2.
1 bahagian kita ramas-ramas kasar dan satu bahagian lagi kita kisar bersama air rebusan ikan.
Tulang pula kita masukkan dalam pengisar, masukkan juga air rebusan ikan dan kisar halus.
Boleh ulang kisar 2 kali untuk mendapatkan patinya.
Lepas kisar, kita tapis.
Masukkan semula air rebusan ikan, air tulang ikan dan juga air isi ikan yang kita dah kisar ke dalam periuk. 


Bahan untuk pes

20 tangkai cili kering ~ jika tak suka pedas boleh kurangkan.
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 keping belacan yang telah di bakar ~ belacan ni anggaran besar duit 50 sen

Semua bahan ini, di satukan di dalam pengisar dan kisar halus




Bahan Untuk Kuah Laksa

Air rebusan ikan
Air tulang ikan
Air isi ikan
Isi ikan yang di ramas kasar
Pes cili, bawang merah, bawang putih dan belacan yang telah di kisar
2 batang serai ~ di titik ( maaf tak ada di dalam gambar terlupa letak)
2 kuntum bunga kantan ~ di belah 2
7 keping asam keping
1 inc lengkuas ~ di hiris
1 mangkuk daun kesum 
1 sudu besar pes udang atau petis
1 batang empulur nenas ( isi nenas ni kita simpan untuk di racik halus)

Bahan dah pun siap!
Sekarang masanya untuk kita mulakan memasak. 



Perasakan garam gula dan asamnya secukup rasa.
Laksa ni kena ada rasa masam, masin dan manis, jika kurang rasanya boleh lah tambah kan asam, garam atau gula mengikut selera masing-masing.


Dah siap pun kuah laksa kita, mudah aje kan membuatnya.
Jom kita intai-intai pula apakah bahan yang akan kita gandingkan dengan kuah laksa kita ini


Bahan utamanya mestilah laksa beras
Jika menggunakan laksa beras kering, rendam laksa semalaman.
Kemudian di rebus hingga lembut, tambahkan sedikit garam semasa merebus laksa.
Bila dah lembut  angkat dan toskan, cuci atau bilas dengan air, kemudian toskan semula.






Bahan-bahan yang di makan bersama kuah laksa

1 kg laksa beras yang telah di rebus
1 pokok daun salad ~ di hiris
1 ikat daun pudina ~ di hiris
1 ikat daun selom ~ di hiris ( kalau tak ada pun tak apa)
1 batang timun ~ di hiris mancis
1 labu bawang besar ~ di hiris
1/2 biji nenas ~ di racik halus
telur rebus ~ di belah 4
Limau kasturi
1 kuntum ~ bunga kantan di hiris
1 batang cili merah ~ di hiris
cili padi secukupnya ~ di hiris halus



Alhamdulillah...
Dah siap pun kita masak laksa Penang.. bukan susah sangat memasak ni kan..
Semua orang pun boleh memasak.. tak susah mana pun..

Adoii... perut pun dah berkeroncong ni..
Emmm... bau pun dah harum semerbak ni..
Apa tunggu lagi.. tak kan nak temgok aje....
Jemput makan semua.... ^_^