Ringkas, Mudah dan Sedap!
Laksa merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Bagaimanapun setiap daerah mempunyai kuah khas yang dimakan bersama laksa memberikan nama yang tersendiri menurut di mana ia disediakan.
Kebiasannya bahan asas membuat laksa adalah ikan. Tapi setiap kuah laksa bagi setiap daerah berbeza ikan yang di gunakan. Contohnya laksa Johor di katakan paling enak di sediakan dengan ikan parang. Kuahnya yang pekat dan berempah pula di makan bersama spaghetti. Berbanding laksa Kelantan atau lebih popular di panggil laksam mempunyai kuah putih lemak dan kebiasannya menggunakan ikan selayang. Laksam di makan dengan mee laksa yang di buat sendiri dari tepung beras, itulah keunikkan laksa Kelantan dan laksa Johor yang lain daripada lain. Laksa Terengganu pula di katakan mempunyai dua kuah yang berbeza, satu kuah merah yang berempah dan di masak dan satu lagi kuah putih yang tidak di masak. Laksa Perak pula dikatakan lebih masam walaupun di katakan seakan laksa Penang.
Laksa Penang amat popular di Pulau Pinang di mana ia berasal. Kuahnya lebih cair dan masam manis. Ia cukup popular dan cukup di gemari ramai. Ada yang memanggilnya sebagai asam laksa.
Anak ita Dalili cukup mengemari asam laksa satu masa dahulu. Ita ni kalau asam laksa kurang sikit...
Ita lebih suka laksa Johor yang pekat dan berempah dari kuah laksa yang masam dan cair. Dulu selalu juga bawa Dalili makan laksa di Med Vely. Setiap kali ke sana pasti dia ajak pekena laksa.
Tapi sejak dia makan laksa di satu gerai laksa di Kedah, dia terus tak minat..
Katanya laksa tu hanyir dan tak sedap. Serta merta seleranya pada laksa pun berkurang.
Bila ita kata nak buat laksa, dia menolak.. nanti tak sedap katanya..
Tapi di sebabkan ita dapat permintaan dari rakan fb yang minta ita tunjukkan cara dan kaedah membuat Laksa Penang dan lagi pula dah lama sangat ita tak buat laksa, akhirnya ita pun buatlah laksa ni..
Susah nak dapat bahan untuk membuat lakasa selepas musim perayaan ni. Untuk dapatkan bunga kantan ita terpaksa pusing satu pasar barulah jumpa di sebuah gerai yang tersorok.. payahnyalah nak dapat bunga kantan.. dengar kata pokoknya melawas.. mungkin faktor cuaca yang tak menentu.. kejap panas kejap hujan itu yang buatkan ia pun merajuk..
Bila Dalili pulang sekolah dan di lawa makan laksa panjang muncungnya..
Tapi bila di pujuk dia makan lah juga.. tapi lepas makan mak aiii.... bertambah-tambah pulak dia makan.. 'sedaplah mak... kenapa yang dulu kita makan tak sedap.. yang ni sedap macam yang kita makan kat Mid Vely.. " katanya lagi sambil menghirup kuah laksa yang berbaki di mangkuk..
Alhamdulillah... suka ita lihat dia makan dengan berselera..
Hidangan yang ita sediakn ni tak banyak tau.. Cukuplah untuk 5 atau 6 orang makan.. kalau tak bertambah atau untuk satu hidangan.. kalau bertambah-tambah makan memang tak cukup!
Jika keluarga ramai, atau nak masak untuk menjamu kawan-kawan.. kenalah gandakan sukatan bahan-bahannya ya..
Mula-mula kita kena sediakan stock ikan terlebih dahulu
LAKSA PENANG
Bahan-bahan Untuk Stock Ikan
10 ekor ikan kembung ~ boleh juga menggunakan ikan mata besar atau ikan sardin
5 keping asam keping
Air secukupnya untuk merebus ikan
Ikan di siang, buang perut dan insang kemudian cuci bersih.
Untuk menghilangkan hanyir ikan, sebaiknya gaulkan ikan dengan garam dan perahkan sedikit limau nipis, perap sebentar. Kemudian di cuci bersih.
Selain ikan kembung anda boleh juga menggunakan ikan mata besar, ikan sardin, ikan tenggiri atau ikan tongkol
Ikan yang kita dah siang tadi, kita masukkan ke dalam periuk.
Tambahkan air secukupnya untuk merebus ikan.
Masukkan juga asam keping
Kemudian rebus ikan hingga empuk. Bila dah empuk tunggu air rebusan sejuk, barulah keluarkan ikan dari periuk. Keluarkan juga asam keping.
Asam keping ni kita dah tak gunakan lagi, bolehlah di buang.
Asingkan isi ikan dari tulang dan kepala.
Isi ikan pula kita bahagi 2.
1 bahagian kita ramas-ramas kasar dan satu bahagian lagi kita kisar bersama air rebusan ikan.
Tulang pula kita masukkan dalam pengisar, masukkan juga air rebusan ikan dan kisar halus.
Boleh ulang kisar 2 kali untuk mendapatkan patinya.
Lepas kisar, kita tapis.
Masukkan semula air rebusan ikan, air tulang ikan dan juga air isi ikan yang kita dah kisar ke dalam periuk.
Bahan untuk pes
20 tangkai cili kering ~ jika tak suka pedas boleh kurangkan.
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 keping belacan yang telah di bakar ~ belacan ni anggaran besar duit 50 sen
Semua bahan ini, di satukan di dalam pengisar dan kisar halus
Bahan Untuk Kuah Laksa
Air rebusan ikan
Air tulang ikan
Air isi ikan
Isi ikan yang di ramas kasar
Pes cili, bawang merah, bawang putih dan belacan yang telah di kisar
2 batang serai ~ di titik ( maaf tak ada di dalam gambar terlupa letak)
2 kuntum bunga kantan ~ di belah 2
7 keping asam keping
1 inc lengkuas ~ di hiris
1 mangkuk daun kesum
1 sudu besar pes udang atau petis
1 batang empulur nenas ( isi nenas ni kita simpan untuk di racik halus)
Bahan dah pun siap!
Sekarang masanya untuk kita mulakan memasak.
Perasakan garam gula dan asamnya secukup rasa.
Laksa ni kena ada rasa masam, masin dan manis, jika kurang rasanya boleh lah tambah kan asam, garam atau gula mengikut selera masing-masing.
Dah siap pun kuah laksa kita, mudah aje kan membuatnya.
Jom kita intai-intai pula apakah bahan yang akan kita gandingkan dengan kuah laksa kita ini
Bahan utamanya mestilah laksa beras
Jika menggunakan laksa beras kering, rendam laksa semalaman.
Kemudian di rebus hingga lembut, tambahkan sedikit garam semasa merebus laksa.
Bila dah lembut angkat dan toskan, cuci atau bilas dengan air, kemudian toskan semula.
Bahan-bahan yang di makan bersama kuah laksa
1 kg laksa beras yang telah di rebus
1 pokok daun salad ~ di hiris
1 ikat daun pudina ~ di hiris
1 ikat daun selom ~ di hiris ( kalau tak ada pun tak apa)
1 batang timun ~ di hiris mancis
1 labu bawang besar ~ di hiris
1/2 biji nenas ~ di racik halus
telur rebus ~ di belah 4
Limau kasturi
1 kuntum ~ bunga kantan di hiris
1 batang cili merah ~ di hiris
cili padi secukupnya ~ di hiris halus
Alhamdulillah...
Dah siap pun kita masak laksa Penang.. bukan susah sangat memasak ni kan..
Semua orang pun boleh memasak.. tak susah mana pun..
Adoii... perut pun dah berkeroncong ni..
Emmm... bau pun dah harum semerbak ni..
Apa tunggu lagi.. tak kan nak temgok aje....
Jemput makan semua.... ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan