Jumaat, 22 April 2016

Resepi Puding Aiskrim

Posted: 22 Apr 2016 09:21 PM PDT
Musim  Panas, resepi yang menyelerakan dan menyegarkan .....


 

 BAHAN2

200gram gula ( 1 cawan )
800ml air ( 4 cawan )
2 biji kuning telur
500ml susu segar
25grm serbuk agar2
50gram tepung jagung
2 sudu teh coffe emulco
350gram aiskrim vanilla
1 or 2 cawan oreo

CARA MEMBUATNYA

Masak agar2 bersama air dan 200ml susu.
Dengan api yang perlahan erk.

Blender or mixer Gula, Telur kuning, 300ml susu dan tepung jagung.

Sudah sebati.
masukkan kedalam adunan yg dimasak td.
Kaco sebati erk.

Sudah mendidih masukkan Aiskrim Vanilla.
Aiskrim ni elok beli yg BRANDED sket.
Sedap sket bau Vanilla nya.

Kacau selalu sampai mendidih.
Masukkan Biskut Oreo yg dipecah2.
Kalau kat kedai bakery ada jual dah siap pecah2.
Tapi kalau tak letak pun tak pe.
Jadi le namanya Puding Aiskrim Vanilla & Coffee

Asingkan sket untuk diletakkan Coffe Emulco.
Letak coklat pun sodap.
Tak de coklat, bancuh jerk MILO.

Adunan tadi tuang di dasar acuan.
Tuang yang original ke semuanya.
Sejukkan.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan