Sabtu, 7 Mei 2016

Rendang Daging Cili Hijau

Halaman Disukai · 3hb April
 
Rendang Daging Cili Hijau

Bahan-Bahan
1 kg daging batang pinang
250 ml santan
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula melaka
2 keping asam gelugor
2 btng serai-di ketuk
2 helai daun kunyit- buang urat dan hiris halus
1/2 cwn minyak utk menumis
sedikit air jika perlu

Bahan Kisar
4 batang serai-hiris halus
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
30 biji cili padi hijau
5 tangkai cili hijau
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih

Cara Memasaknya
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar hingga naik bau. Masukkan serai yg di ketuk.
Kemudian masukkan daging dan kacau hingga rata. Masukkan sedikit air dan biarkan daging sedikit empuk. Guna api sederhana je masa ni.
Selepas itu masukkan santan, kerisik,asam gelugor,gula melaka dan garam secukup rasa.
Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masaklah hingga pekat. Masukkan daun kunyit.
Bila cukup kering, bolehlah diangkat.
Sedia untuk dihidangkan. Sedap di makan bersama nasi impit dan pulut kuning.

**Kalau guna daging biasa, mestilah direbus dahulu hingga empuk, kemudian toskan airnya dan bolehlah di masak seperti biasa.

Kuah Kacang Nasi Impit

Resepi Kuah Kacang Nasi Impit



Bahan-bahannya ialah (7-8 orang)

(**)15 ulas bawang merah – dikisar
(**)2 ulas bawang putih – dikisar
(**)1 inci halia – dikisar
(**)1/2 inci lengkuas – dikisar
(**)5 sudu besar cili kisar
(**)3 batang serai – dititik
(**)1 tin santan (125-150 mL)
(**)1 keping gula Melaka
(**)4 sudu besar air asam jawa pekat
(**)Gula dan garam
(**)500g kacang tanah
(**)Minyak masak untuk menumis

Cara-caranya ialah

(**)Goreng kacang tanah tanpa minyak. Separuh dikisar hancur dan separuh lagi dikisar separa hancur.
(**)Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau.
(**)Masukkan cili kisar, santan dan serai. Kacau sekata dan masak selama 5 minit sebelum dimasukkan kacang tanah, gula melaka dan air asam jawa. Masukkan sedikit air jika kering.
(**)Masak sehingga pekat. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
(**)Siap untuk dihidangkan bersama-sama nasi impit, sate atau cucur udang.

Jumaat, 6 Mei 2016

Kuah Yong Tau Fu


FILLED UNDER:

Resepi Kuah Yong Tau Fu


Bahan-bahannya ialah (5-6 orang)

(**)2 sudu besar petis/otak udang (shrimp paste)
(**)1 sudu besar tepung jagung
(**)2 keping gula Melaka
(**)2 ulas bawang putih yang ditumbuk halus
(**)4 sudu besar sos cili
(**)Gula dan garam

Cara-caranya ialah

(**)Panaskan 2 cawan air dalam periuk. Masukkan gula Melaka. Masak sehingga agak pekat sedikit.
(**)Masukkan petis udang, sos cili, bawang putih, garam dan gula secukup rasa.
(**)Kacau tepung jagung sehingga sekata di dalam cawan yang berisi air. Masukkan ke dalam periuk.
(**)Kacau sehingga sebati. Biarkan 2-3 minit di atas api.
(**)Siap untuk dihidangkan dengan bebola ikan, sotong, ketam dan sebagainya yang telah dicelup dalam air panas.

Resepi Nasi Ayam


FILLED UNDER:

Resepi Nasi Ayam


Bahan-bahannya ialah:

Bahan untuk ayam (direbus):

(**)1 ekor ayam – dipotong 8
(**)4 ulas bawang putih – tumbuk halus
(**)2cm halia – tumbuk halus
(**)1 kiub ayam

Bahan untuk ayam (diperap) :

(**)1 sudu besar setengah kicap pekat
(**)1 sudu besar sos tiram
(**)1cm halia – tumbuk halus
(**)4 ulas bawang putih – tumbuk halus
(**)2 sudu besar kicap cair
(**)Sedikit madu

Bahan untuk nasi:

(**)3\4 cawan beras
(**)4 cawan air rebusan ayam (ikut banyak mana beras)
(**)3 sudu besar butter
(**)1 cm halia – tumbuk halus
(**)3 ulas bawang putih – tumbuk halus
(**)Sedikit garam
(**)2 bunga lawang^
(**)4 buah pelaga^
(**)1 kayu manis^
(**)1 batang serai – diketuk
(**)2 helai daun pandan
(**)Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

Bahan untuk sos:

10 biji cili merah (ikut tahap kepedasan)
(**)3 ulas bawang putih
(**)2 cm halia
(**)1 sudu besar cuka
(**)1 sudu kecil garam
(**)1 sudu kecil gula
(**)setengah cawan air rebusan ayam

Bahan untuk sup:

(**)Air rebusan ayam
(**)1 biji setengah bawang besar – dikisar
(**)sup bunjut
(**)Garam
(**)Daun sup dan daun bawang – dihiris

Bahan untuk kuah kicap:

(**)Kuah kicap perapan ayam di atas
(**)Kicap manis
(**)Sedikit garam
(**)Air rebusan ayam

Cara memasaknya ialah:

Untuk ayam:

(**)1.Bersihkan ayam yang telah dipotong,toskan air dan lumurkan ayam tersebut dengan 3 ulas bawang putih dan halia yang telah diketuk.
(**)2.Kemudian rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
(**)3.Angkat ayam kemudian perap bersama bahan perapan selama 2 jam.
(**)4.Goreng ayam tersebut dengan menggunakan api sederhana kemudian angkat dan sapukan dengan madu.

Untuk nasi:

(**)1.Basuh beras kemudian toskan airnya.
(**)2.Panaskan butter dan tumiskan rempah yang perlu ditumis(^),daun pandan,serai,halia serta bawang putih hingga garing.
(**)3.Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik bau dan masukkan air rebusan ayam,garam dan kunyit secukupnya. kemudian masak nasi seperti biasa.

Untuk sup:

(**)1.Rebus air rebusan ayam dengan sup bunjut,bawang besar dan masukkan garam secukup rasa
(**)2.Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Untuk sos:

(**)1.Kisarkan kesemua bahan yang berada di atas.
(**)2.Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan baunya.

Untuk kuah kicap:

(**)1.Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika.

(**)Akhir sekali sedia untuk dihidangkan.

(**)P/s:Nasi Ayam lebih sedap jika dimasak dengan ikhlas dan teliti.Selain itu,jika inhginkan ayam yang sedap,anda perlu memerap nya dengan lebih lama.

Khamis, 5 Mei 2016

Cara Membuat Telur Asin

Posted: 04 May 2016 09:38 PM PDT
Err… setakat nie che petua tak pernah ‘try’ buat telur asin sendiri… malas.. hehe… Selalu beli jer bila sesekali ku rasa teringin…
Sekadar berkongsi info nie ngan uols. Manalah tahu kan kalau-kalau ada yang rajin nak mencuba…

Kalau ditanya tentang cara-cara nak buat telur asin nie, mungkin ramai yang kata… “Elehh… senang jer. Ambil telur, rendam dalam air garam.”

Jawapan tu lebih kurang dah betul dah tu… cuma tak lengkap… ye lah kan, nak kena rendam berapa lama? Berapa botol air garam yang diperlukan dsb.nya…

Cara Membuat Telur Asin

 



Bahan-bahan untuk ‘meng-asin-kan’ 10 biji telur. Kalau nak buat lebih tu pepandailah adjust sukatan atau kuantitinya…
  • 10 biji telur, gunakan telur itik… jangan gunakan telur ayam atau telur penyu…
  • garam kasar satu kilogram
  • air
  • bekas bertutup, seeloknya guna bekas yang diperbuat daripada kaca atau tanah liat contohnya bekas pasu dan seangkatan dengannya.
M.O.nya pula begini… Memula tu jerang garam dengan air sampai mendidih. Sukatan air tu biar sama paras dengan garam. Kacau sekali-sekala hingga garam menjadi larut.

Bila dah larut, tutup api dapur dan biarkan ‘air garam’ tu menyejuk dengan sendiri.

Setelah dirasakan sejuk, tuangkan air garam tu ke dalam bekas. Masukkan telur itik satu-persatu. Hmm…

kalau ada bekas-bekas kotoran atau bekas tanah pada telur tu, eloknya dibersihkan terlebih dahulu.
Bila suma dah dimasukkan, tutup bekas dan simpan di tempat gelap. Biarkan selama 14 hari atau 2 minggu.

Bila dah cukup tempohnya, ‘test’ dulu. Ambil sebiji… rebus telur tu dan cuba lihat hasilnya. Kalau agak-agak belum cukup masin, simpan lagi untuk tempoh 2-3 hari sebelum dikeluarkan.

Untuk simpan stok telur yang dah cukup masin, keluarkan telur dan basuh dengan air. Setelah itu lap dengan kain dan simpan dalam peti sejuk. Setakat nak simpan 2-3 bulan tu takde hal punyalah…

petuatradisional.com

Pau Gebu


Resepi Kongsi ResepiIkuti
28hb Januari
Pau Gebu & Lembut sumber resepi my resepi --->
Bahan-bahan ( 10 biji )
•250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
•3g (3/4 sudu teh) yis kering
•2g (1/2 sudu teh) baking powder
•50g (4 sudu makan) gula castor
•20g (1 sudu makan) lemak sayuran
•2g (1 sudu teh) bread softener
•1/2 cawan air suam
Cara-cara
1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
8. Masukkan inti dan tutup kemas.
9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
13. ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
14. Selamat mencuba...

Rabu, 4 Mei 2016

Soto

Parmiati Binti Suyudi ke Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Alhamdulillah.. Menu tengah hari merangkak ke petang dan ke malam.. Kohkohkoh.. ..
Jemputt makannn Soto semua..
Soto asli Indonesia lhoo.. Siapa yang suka makan soto diangkat dong tangannya.. Muahahaha.. Pedas bedesing.. .. Sedaappp terangkat..
💜💜Resepi soto Yatie
Untuk kuah soto
Bahan bahannya
Bahan kisar
15 bj Bawang merah + 2 labu bawang besar (saye memang pakai banyak bawang dlm masakan)
4 ulas Bawang putih
2 bj buah keras
Halia setengah inci
Sedikit kunyit.. Sebesar ujung jari kecil, lebih kurang mcm tu la.
Semua bahan dikisar halus.
3 batang serai diketuk.
1 inci Lengkuas di ketuk
6 lembar daun limau purut
12 ketul ayam bahagian peha atau ikut suka masing masing nk letak bahagian apa,kalau ada kaki ayam lagi best
~^~Cara cara nya
Panaskan kuali tuang minyak secukupnye, goreng serai,Lengkuas dn juga daun limau purut sampai garing, kemudian masukkan bahan kisar, goreng sampai masak dn pecah minyak, . Selepas itu, masukkan ayam goreng sampai ayam kecut.. Masukkan 4 Liter Air masak dan biarkan sampai mendidih dan ayam masak, Masukkan garam secukup rasa. . angkat ayam dari periuk sup tadi dn toskan air nya.
~^~Resepi Ayam untuk soto
Goreng ayam yg sudah direbus tadi dengan dua lembar daun pandan yg dh dipotong pendek pendek.gunakan api sederhana . Goreng sekejap je, jangan goreng terlalu garing..siat siat kan ayam, tulang tadi masukkan semula dlm periuk sup. Sedaappp bau aroma daun pandan tu nanti.
~^~Resepi untuk sambal
2 genggam cili padi (lagi banyak lagi pedas dan lagi sedappp, ikut kepedasan masing masing.
6 sudu bawang goreng. Kalau ada homemade bawang goreng lagi sedappp sangat.
4 biji limau kasturi
5 sudu kicap masin ENAQ
5 sudu kicap manis ENAQ
. Caranya. Tumbuk cili sampai lumat. Dan masukkan bawang goreng tumbuk lumat. Alihkan ke mangkuk. Perah limau kasturi dn masukkan kicap. Gaul sebati dah siap.
~^~ Resepi Untuk bergedil daging
250g daging lembu. Kisar sampai lumat, nak beli yg dh siap kisar pun boleh.
6 bj ubi kentang sederhana,
2 sudu kecil lada sulah
4 sudu makan bawang goreng
2 sudu kecil garam halus
1 batang daun bawang
4-5 batang daun sup di cincang halus
..~^~ Caranya.. kupas ubi kentang. Basuh bersih, potong kecil kecil dan rebus sampai empuk gitu, dh empuk angkat ubi tapis airnya, lenyet lenyet kan ubi kentang, masukkan daging kisar dan gaul sebati, masukkan garam, lada sulah, bawang goreng dn daun sup daun bawang cincang tadi gaul sampai rataa sebati semua. Bentuk bulat bulat ke ikut suka. Celup dalam telur, dan goreng, make sure minyak menutupi seluruh begedil dn gunakan api sederhana. .dah siapp.
Kobis secukupnye dihiris halus nipis nipis
~tauge secukupnye
Daun sup daun bawang secukupnye di potong kecil kecil
Nasi impit kalau suka.
Bihun goreng kalau suka.
Panaskan minyak dn goreng bihun.
Bihun biasa je pun sedapp.
~Rendam bihun dn rebus sekejap.
Kacang goreng (kalau suka)
Keropok tu wajib ade.
Bawang goreng
Comment Share agar resepi ini tak tenggelam 💜 💜 Terima kasih 😍