Khamis, 5 Mei 2016

Cara Membuat Telur Asin

Posted: 04 May 2016 09:38 PM PDT
Err… setakat nie che petua tak pernah ‘try’ buat telur asin sendiri… malas.. hehe… Selalu beli jer bila sesekali ku rasa teringin…
Sekadar berkongsi info nie ngan uols. Manalah tahu kan kalau-kalau ada yang rajin nak mencuba…

Kalau ditanya tentang cara-cara nak buat telur asin nie, mungkin ramai yang kata… “Elehh… senang jer. Ambil telur, rendam dalam air garam.”

Jawapan tu lebih kurang dah betul dah tu… cuma tak lengkap… ye lah kan, nak kena rendam berapa lama? Berapa botol air garam yang diperlukan dsb.nya…

Cara Membuat Telur Asin

 



Bahan-bahan untuk ‘meng-asin-kan’ 10 biji telur. Kalau nak buat lebih tu pepandailah adjust sukatan atau kuantitinya…
  • 10 biji telur, gunakan telur itik… jangan gunakan telur ayam atau telur penyu…
  • garam kasar satu kilogram
  • air
  • bekas bertutup, seeloknya guna bekas yang diperbuat daripada kaca atau tanah liat contohnya bekas pasu dan seangkatan dengannya.
M.O.nya pula begini… Memula tu jerang garam dengan air sampai mendidih. Sukatan air tu biar sama paras dengan garam. Kacau sekali-sekala hingga garam menjadi larut.

Bila dah larut, tutup api dapur dan biarkan ‘air garam’ tu menyejuk dengan sendiri.

Setelah dirasakan sejuk, tuangkan air garam tu ke dalam bekas. Masukkan telur itik satu-persatu. Hmm…

kalau ada bekas-bekas kotoran atau bekas tanah pada telur tu, eloknya dibersihkan terlebih dahulu.
Bila suma dah dimasukkan, tutup bekas dan simpan di tempat gelap. Biarkan selama 14 hari atau 2 minggu.

Bila dah cukup tempohnya, ‘test’ dulu. Ambil sebiji… rebus telur tu dan cuba lihat hasilnya. Kalau agak-agak belum cukup masin, simpan lagi untuk tempoh 2-3 hari sebelum dikeluarkan.

Untuk simpan stok telur yang dah cukup masin, keluarkan telur dan basuh dengan air. Setelah itu lap dengan kain dan simpan dalam peti sejuk. Setakat nak simpan 2-3 bulan tu takde hal punyalah…

petuatradisional.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan