Sabtu, 17 September 2016

Ikan Patin Temerloh

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Ala Temerloh


Bahan-bahan:

1 ekor ikin patin
1 biji limau nipis
2 sudu asam jawa
2 ulas kunyit hidup (tumbuk halus)
6 biji bawang kecil (tumbuk halus)
20 biji cili api (tumbuk halus)
2 senduk tempoyak (agak2, nak pekat letak lebih lagi)
3 cawan air (ikut kepekatan)
sedikit asam keping
1 biji timun  (dipotong dadu)
2 ikat daun kesum
2 ikat bunga kantan
garam (ikut rasa)
gula (jika suka)

Cara Penyediaan:

Bersihkan ikan dan perap dengan asam jawa dan limau nipis anggaran selama 1 jam untuk hilangkan bau hanyir.

Masukkan semua bahan yang telah ditumbuk, tempoyak, air dan asam keping ke dalam periuk. Gaul sehingga rata dan letakkan periuk atas api sederhana. Biarkan hingga separa mendidih anggaran selama 3 minit.

Masukkan ikan yang telah dibersihkan, bunga kantan, daun kesum dan timun. Biarkan mendidih.

Masukkan garam secukup rasa. Masukkan gula jika tidak mahu kurangkan pedas atau mahu rasa manis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan