Rabu, 23 Disember 2015

Ayam Panggang Lemak Serai

Posted: 23 Dec 2015 08:30 PM PST
ayamlemakserai
Ayam Panggang Lemak Serai. Creamy Grilled Chicken with Lemongrass. Bon Appetit. Resepi baru.Bahan2nya
1 ekor ayam segar di belah 4, atau ikut citarasa.
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
2 batang serai
5 biji cili padi
2 batang cili merah
1 batang cili hijau
Bahan2 di atas di dikisar halus
 

100ml santan
 1 cawan air
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
 Cara2nya
Panaskan minyak di kuali, letakkan bahan2 rencah yang di kisar halus. Letakan serbuk jintan halus, garam & gula secukup. Tumis hingga aroma nya bangkit, rasa kuah nya. Masukan ayam yang di belah empat dan tutupkandengan tudung periok biarkan ayam nya masak sebentar di api yang kecil. Panaskan oven anda, pada suhu 160 darjah celsus. Angkat ayam nya letakkan di atas dulang pembakar yang di balutkan dengan foil. Letakkanayam di oven dan panggang di api atas (grill) selama 20 mins. pada kuah nya tadi, letakkan santan dan panaskan nya selama 5 minit. Bila ia masak, tuangkan pada sajikan ayam tadi.
Resepi : Chef Joha Hassan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan