Posted: 08 Dec 2015 08:00 PM PST
Gemar atau tidak, anda wajib cuba sebab mudah dan sajian ini tahan lama. Bila dah sejuk, simpan dalam bekas. Makan dengan nasi panas-panas, lempeng atau bubur. Confirm nangis...
1. Panaskan minyak, bila dah panas, scrap kentang (yang ini guna 3 biji) supaya nipis. Hati-hati scrap kan terus dalam minyak panas. Kalau tak biasa, buat atas pinggan dulu ok. Goreng sampai garing, angkat dan tos atas tisu dapur.
2. Ini bahan untuk dikisar. Guna cili besar yang tak pedas 4 biji dan tambah sedikit cili api, bawang besar 2 biji dan bawang putih 4 ulas.
3. Guna minyak tadi, goreng ikan bilis ikut suka banyak mana, sampai garing dan angkat.
4. Guna minyak yang sama, gorengkan sekejap petai segenggam yang dipotong dua kemudian masuk bahan kisar tadi dan tumis sampai masak.
5. Masukkan asam keping 3 keping, garam secukup rasa dan gula satu sudu.
6. Bila dah kering cantik sambal, tutup api dan biarkan sejuk sekejap dalam 5 minit supaya potato chips tadi tak lemau bila kena panas. Akhir sekali masukkan ikan bilis dan chips tadi. Kacau dan siap!
Kalau nak buat stok, pastikan betul sejuk dulu baru alih dalam tupperware, tutup dan simpan dalam fridge. Selamat mencuba!
SUMBER RESEPI DIKONGSI OLEH: Aisha Shukor/ mingguan wanita
Resepi
|
Rabu, 9 Disember 2015
Resepi Tumis Ikan Bilis
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan