Hasil solekan memang nampak cantik, tetapi bagaimana pula dengan kesan solekan pada kulit wajah. Malah solekan dan berhias dikatakan boleh menjejaskan kesihatan diri. Berikut ini kenyataan lengkap yang mengaitkan solekan dengan dunia kesihatan...
1. Kongsi barang solekan
Sudah terbiasa bagi pinjam baju, kasut atau mungkin barang perhiasan yang lain. Jadi anda pasti tidak kisah jika ada teman mahu meminjam barang solekan yang ada. Hati-hati, sebab lipstik atau eyeliner boleh menyebabkan infeksi dan mungkin juga pelbagai penyakit lain tanpa disedari. Tambah pula lipstik itu digunakan di bahagian bibir yang kadang terkena air liur tanpa dijangka.
2. Barang solekan tamat tempoh
Barang solekan pun ada tempoh tertentu dan ramai yang tidak ambil peduli. Main sedap pakai, tahu-tahu kulit wajah rosak. Ini bahayanya menggunakan barang solekan terlalu banyak, sampai tidak sedar barang solekan sudah tidak boleh digunakan. Kena tahu ya, solekan yang sudah tamat tempoh membuatkan kulit anda iritasi dan mata merah.
3. Tidur tanpa membersihkan solekan
Mungkin kadang penat sangat, balik saja dari tempat kerja terus terlena sampai ke pagi. Tidur dengan wajah ada make up membuatkan pori-pori wajah anda tersumbat dan mata kerana alat solek mengandungi minyak dan lilin.
Wanita memang mahu nampak cantik selalu. Tetapi kalau anda rasa malas untuk membersihkan wajah dari alat solek, lebih baik anda biasakan kulit wajah anda bebas daripada sebarang solekan. Cantik semula jadi lagi puas daripada melukis wajah dengan alat solek yang akhirnya merosakkan kulit wajah sendiri. Jadi mulai sekarang hati-hati ya, wanita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan