Sabtu, 12 Disember 2015

Mee Udang

Mee Udang Sedap ...sedap yer....
Bahan bahan:
6 ekor udang besar (ikut suka)
6 ekor udang kecil buang kulit
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 biji tomato buah (sy ganti dgn 1 sudu besar tomato puree sebab tetiba tomato habis hehehe)
1 biji ubi kentang - rebus
Garam, gula, serbuk perasa (sy guna lada sulah)
sos tomato (sy guna 2 senduk)
sos cili (sy guna 1 senduk)
Bahan hiasan:
telur - rebus
sawi - celur
cili merah - hiris
bawang goreng
daun bawang - hiris
Mee - celur
Cara cara:
Blend bawang putih dan bawang merah hingga halus dan tumis dalam minyak yang panas hingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng hingga garing.
Sementara itu, ubi kentang direbus sekejap dan di kisar bersama udang kecil, udang kering yang ditumbuk terlebih dahulu, tomato puree hingga halus.
Masukkan bahan blend ini ke dalam kuali bersama bahan tumis tadi.
Masukkan air dan masak hingga mendidih dan sesuaikan kepekatannya. Masukkan sos tomato, sos cili, gula, garam dan serbuk perasa.
Masukkan udang atau boleh juga diletakkan sekali sotong hiris jika mahu. Boleh diangkat dan hidang.
Ada juga yang masukkan fish ball sebagai bahan rencah mee udang. ikut suka masing masing.
Masukkan mee yang dicelur ke dalam pinggan dan sendukkan kuah ke dalamnya. Kemudian letakkan bahan bahan hiasan yang disukai.
SELAMAT MENCUBA...Mee Udang

Jumaat, 11 Disember 2015

AYAM PANGGANG KUAH KACANG

5. AYAM PANGGANG KUAH KACANG (KAI YANG)
 
Bahan-bahan:
1 ekor ayam } dipotong                                
80 gm bawang merah      
30 gm bawang putih                                                
2 batang serai                                                             
40 gm halia                                                             
20 gm lengkuas                                                      
5 tangkai cili kering                                                      
15 gm kunyit hidup                                                  
5 gm serbuk ketumbar                                            
3 helai daun limau purut                                           
1 cawan santan segar                                                 
80 gm kacang tanah (disangai dan ditumbuk)         
10 gm garam                                                           
10 gm gula                                                               
20 gm minyak masak (untuk menumis)                   
 
Cara membuat:
1. Bawang merah, bawang putih, serai, halia, lengkuas, cili kering, kunyit hidup dikisar bersama sedikit air.
2. Perap ayam bersama separuh dari bahan yang dikisar tadi selama dua jam.
3. Panaskan minyak, tumis serbuk ketumbar bersama separuh lagi bahan yang dikisar tadi sehingga pecah minyak.
4. Masukkan kacang yang ditumbuk, kemudian masukkan santan, garam, gula, daun limau purut. Ketepikan.
5. Panggang atau bakar ayam yang diperap tadi di dalam ketuhar selama 40-45 minit pada  suhu 165 darjah Celsius sehingga masak.
6. Potong ayam yang telah dimasak dan dihidangkan bersama kuah kacang yang telah disediakan tadi di atasnya.
mingguan wanita
 

KERABU PERUT LEMBU

3. KERABU PERUT LEMBU
 
Bahan-bahan:
500 gm perut lembu                  
4 biji bawang kecil                
3 tangkai cili padi                        
2 tangkai cili merah                     
50 gm tauge } dicelur                         
3 biji limau nipis                   
1 tangkai daun ketumbar            
3-4 sudu sos ikan        
1 sudu gula                             
 
 
Cara membuat:
1. Hiris perut lembu yang direbus tadi.
2. Racik serai, bawang kecil, cili padi, cili merah dan daun ketumbar.
3. Masukkan perut yang dihiris bersama bahan-bahan yang diracik, tauge, sos ikan, gula dan perahan jus limau nipis digaul sehingga sebati.
4. Sedia dihidangkan.
 

Khamis, 10 Disember 2015

Posted: 09 Dec 2015 09:00 PM PST

Hasil solekan memang nampak cantik, tetapi bagaimana pula dengan kesan solekan pada kulit wajah. Malah solekan dan berhias dikatakan boleh menjejaskan kesihatan diri. Berikut ini kenyataan lengkap yang mengaitkan solekan dengan dunia kesihatan...
 

1. Kongsi barang solekan

Sudah terbiasa bagi pinjam baju, kasut atau mungkin barang perhiasan yang lain. Jadi anda pasti tidak kisah jika ada teman mahu meminjam barang solekan yang ada. Hati-hati, sebab lipstik atau eyeliner boleh menyebabkan infeksi dan mungkin juga pelbagai penyakit lain tanpa disedari. Tambah pula lipstik itu digunakan di bahagian bibir yang kadang terkena air liur tanpa dijangka. 
  
2. Barang solekan tamat tempoh
Barang solekan pun ada tempoh tertentu dan ramai yang tidak ambil peduli. Main sedap pakai, tahu-tahu kulit wajah rosak. Ini bahayanya menggunakan barang solekan terlalu banyak, sampai tidak sedar barang solekan sudah tidak boleh digunakan. Kena tahu ya, solekan yang sudah tamat tempoh membuatkan kulit anda iritasi dan mata merah.
 
 

3. Tidur tanpa membersihkan solekan 

Mungkin kadang penat sangat, balik saja dari tempat kerja terus terlena sampai ke pagi. Tidur dengan wajah ada make up membuatkan pori-pori wajah anda tersumbat dan mata kerana alat solek mengandungi minyak dan lilin.
 
 
 
Wanita memang mahu nampak cantik selalu. Tetapi kalau anda rasa malas untuk membersihkan wajah dari alat solek, lebih baik anda biasakan kulit wajah anda bebas daripada sebarang solekan. Cantik semula jadi lagi puas daripada melukis wajah dengan alat solek yang akhirnya merosakkan kulit wajah sendiri. Jadi mulai sekarang hati-hati ya, wanita.
 
Posted: 09 Dec 2015 08:00 PM PST

Bahan-Bahannya :-)
190 g mentega
160 g gula halus
3 biji telur gred A
120 g tepung gandum*
1/2 camca besar baking powder*(*digaul rata dan diayak)
420 g parutan ubi kayu, diperah airnya
1/4 cawan susu sejat
1/2 camca besar esen vanilla
1/2 camca teh pewarna kuning




Cara membuatnya :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin berukuran (8x8x3) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak, lenser juga permukaan kertas dengan mentega. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga kembang. Kemudian masukkan ubi parut tadi dan gaul rata.
  3. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu sejat hingga habis. Gaul rata.
  4. Akhir sekali masukkan esen vanilla dan pewarna kuning. Kacau hingga semua sebati. Tuang ke dalam tin kek tadi dan ratakan. Bakar selama 25 - 30 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sepenuhnya atas jaringan.

Rabu, 9 Disember 2015

Resepi Tumis Ikan Bilis

Posted: 08 Dec 2015 08:00 PM PST

Sambal Goreng Kering Ikan Bilis, Kentang & Petai

Gemar atau tidak, anda wajib cuba sebab mudah dan sajian ini tahan lama. Bila dah sejuk, simpan dalam bekas. Makan dengan nasi panas-panas, lempeng atau bubur. Confirm nangis...
 
 
 
http://support.karangkraf.com/editorial/mwa/07122015/12313721_10153698266204590_4015620228679725180_n.jpg
 
1. Panaskan minyak, bila dah panas, scrap kentang (yang ini guna 3 biji) supaya nipis. Hati-hati scrap kan terus dalam minyak panas. Kalau tak biasa, buat atas pinggan dulu ok. Goreng sampai garing, angkat dan tos atas tisu dapur.
 
 
http://support.karangkraf.com/editorial/mwa/07122015/12310526_10153698267914590_708012433717714418_n.jpg
 
2. Ini bahan untuk dikisar. Guna cili besar yang tak pedas 4 biji dan tambah sedikit cili api, bawang besar 2 biji dan bawang putih 4 ulas.
 
 
http://support.karangkraf.com/editorial/mwa/07122015/12308778_10153698267934590_2073594500613704677_n.jpg
 
3. Guna minyak tadi, goreng ikan bilis ikut suka banyak mana, sampai garing dan angkat.
 
 
http://support.karangkraf.com/editorial/mwa/07122015/12274649_10153698268014590_4169912123628585334_n.jpg
 
4. Guna minyak yang sama, gorengkan sekejap petai segenggam yang dipotong dua kemudian masuk bahan kisar tadi dan tumis sampai masak.
 
 
http://support.karangkraf.com/editorial/mwa/07122015/12279239_10153698268054590_8661762058858533657_n.jpg
 
5. Masukkan asam keping 3 keping, garam secukup rasa dan gula satu sudu.
 
 
http://support.karangkraf.com/editorial/mwa/07122015/12278801_10153698268119590_9175068761637645991_n.jpg
 
6. Bila dah kering cantik sambal, tutup api dan biarkan sejuk sekejap dalam 5 minit supaya potato chips tadi tak lemau bila kena panas. Akhir sekali masukkan ikan bilis dan chips tadi. Kacau dan siap!
 
 
 
Kalau nak buat stok, pastikan betul sejuk dulu baru alih dalam tupperware, tutup dan simpan dalam fridge. Selamat mencuba! 
 
 
 
SUMBER RESEPI DIKONGSI OLEH: Aisha Shukor/ mingguan wanita
 Resepi

Selasa, 8 Disember 2015

RESEPI BAHULU

RESEPI BAHULU
Bhn2:
bahan Ayak:
120gm tpg gandum
1/4 sudu kecil baking powder
(B)
4 biji telur gred A
1/2 sudu kecil esen ros
90gm gula kastor
1/2 sudu kecil ovalette -
(c)
Minyak secukup nya
dan pandan di simpul untuk dijadika berus
Beat telor dan gula+ ovallette hingga putih berkrim gebu
add essen ros
once dah putih gebu dengan menggunakan spatula kaup balik kan tepung dlm adunan hingga all combine.
CARA MEMBAKAR:
PANASKAN OVEN SELAMA 15 MINIT ON API ATAS BAWAH, SUHU 160'C
MASUKKAN LOYANG ACUAN DAHULU DLM OVEN AND PANASKAN LOYANG DAHULU
CUKUP TIME KELUARKAN LOYANG PANAS AND TERUS OLES DENGAN MINYAK
TUANG ADUNAN KASI PENUH DLM ACUAN BARU NAIK GEDABAK ELOK
MASAK SELAMA 20-25 MINIT BERGANTUNG PADA JENIS OVEN AND KERANGGUPAN YANG ANDA MAHU YA
ONCE DAH MASAK CUCK DENGAN LIDI SATE UNTK KELUARKAN BAHULU
ULANG PROSES MENGGOLES LOYANG DENGAN MINYAK SEBELUM ADD ADUNAN SETERUSNYA
TIPS:
PASTIKAN OVEN DAN LOYANG CKUP PANAS SEBELUM DIGUNAKAN
UNTK MENJAGA LOYANG BAHULU , SEBELUM DI GUNAKAN RENDAM LOYANG BERSAMA 1/2 CAWAN CUKA+ AIR - RENDAM TENGGELAM SEMALAMAN, THEN BILAS BERSIH AND READY TO USED, TIPS NI UNTUK ELAK BAHULU MELEKAT KAT LOYANG

Ahad, 6 Disember 2015

Pencernaan

Apakah Anda Sering bermasalah dengan pencernaan? Coba minum 5 jus ini Dan Lihat Hasilnya((BANTU SHARE YA GUYS))

by admin
09e29879ab1a0998_papaya-mint-ginger-smoothie.previewSangatlah penting untuk meningkatkan masalah pencernaan. Pencernaan yang buruk ditandai dengan tanda-tanda seperti kembung, mual, serta muntah. Salah satu cara untuk mengatasi masalah pencernaan yang buruk adalah dengan konsumsi beberapa jus sehat. Nah, berikut adalah lima jus sehat yang baik untuk sistem pencernaan Anda.
1. Apel, mentimun dan selada
Jus ini bisa meningkatkan pencernaan, mengobati sembelit, dan menenangkan perut serta usus. Juice sehat ini dapat merupakan sumber probiotik (bakteri baik) yang dapat menyehatkan system pencernaan Anda.
2. Jeruk, lidah buaya, serta bayam
Juice ini kaya vitamin C serta asam sitrat, yang bisa mengobati sembelit serta membersihkan saluran pencernaan. Juice ini juga dapat jadi obat wasir, membantu kurangi perdarahan internal dalam saluran pencernaan, serta mampu meningkatkan metabolisme.
3. Brokoli, pepaya serta daun mint
Juice ini memiliki kandungan enzim yang bisa membantu memperbaiki system pencernaan Anda dapat mengonsumsinya saat perut kembung. Kandungan nutrisi dalam daun mint dikatakan bisa menentramkan serta melemaskan otot-otot perut. Juice ini juga dapat meningkatkan fungsi empedu.
4. Anggur merah, kubis serta seledri
Juice ini bisa membantu membersihkan saluran pencernaan dengan meningkatkan gerakan usus. Anda dapat juga mengonsumsi juice ini waktu menderita diare. Ini bisa mengurangi peradangan lambung serta usus. Diluar itu, juice ini dapat kaya antioksidan yang bisa mengeluarkan racun dari saluran pencernaan.
5. Nanas dan mentimun
Jus ini bisa digunakan untuk menyembuhkan nyaris semua masalah pencernaan termasuk juga gastritis. Juice ini mempunyai karakter anti inflamasi dan kaya antioksidan seperti vitamin C, A serta karotenoid. Ini juga dapat mengurangi ketidaknyamanan pada lambung serta sakit perut.
Inilah lima juice sehat yang dapat Anda konsumsi untuk mengatasi permasalahan pencernaan. Apabila masalah yang Anda alami tidak kunjung sembuh atau hilang, jangan pernah ragu untuk memeriksakannya ke dokter.
Sumber : merdeka.COM