Jumaat, 8 Januari 2016

Ayam Panggang ala Kenny Rogers

(RESEPI LENGKAP) = Ayam Panggang ala Kenny Rogers
Bahan bahan
1 ekor Ayam
1 biji Bawang Bombay
10 biji Bawang Putih
2cm halia
2 sudu Lada Hitam
3 sudu Kicap Manis
2 sudu Sos Tiram
2 sudu Madu
2 sudu Gula Pasir
1 sudu serbuk pasti sedap
1 sudu serbuk Oregano
2 sudu Minyak Zaitun (Olive Oil)
1 biji limau nipis
sedikit garam
Cara cara
1) Bersihkan ayam. Lumur ayam dengan garam dan limau nipis selama 20minit.
2) Potong halus bawang bombay, bawang putih, dan halia. Kemudian blend semua bahan-bahan tersebut. Tambahkan madu, kicap manis, sos tiram, serbuk pasti sedap, garam, gula, lada hitam, dan minyak zaitun & gaul rata.
3) Lumurkan bahan-bahan tadi pada ayam. Perap selama 1 jam. Jika hendak rasa yang lebih terangkat, Sila perap semalam di peti dalam sejuk.
4) Panggang ayam didalam oven dengan suhu 170-180'c selama 1 jam 30 minit. Sila tambah masa pemanggangan jika ayam masih belum masak lagi. (Bergantung pada saiz ayam & besar oven). Setiap 15min, sila sapu lebihan rempah keatas ayam.
5) Siap

Tiada ulasan:

Catat Ulasan