Jumaat, 8 Januari 2016

NASI DAGING & AIR ASAM UTARA

Resepi Enak & Lazat Berkhasiat
NASI DAGING & AIR ASAM UTARA
Bahan-bahan :-
4 cawan beras basmathi
(rendam selama 30 minit dan tos)
500 gram daging - potong kiub besar
5 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
1 helai daun pandan - carik dan simpul
3 sudu besar rempah kurma
1 batang serai - dititik
3 sudu besar minyak sapi
1 -2 sudu besar minyak sayuran
1/4 cawan tomato puri
Sedikit kismis hitam
Sedikit garam
Bahan untuk menumis :-
1 biji bawang besar - hiris nipis
5 ulas bawang putih - hiris nipis
3 kuntum bunga lawang
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga
Bahan dan cara untuk merebus daging :-
1 sudu besar rempah kurma
2 inci halia - hiris nipis
Air dalam anggaran 7 cawan lebih
Rebus daging bersama air, halia dan rempah
kurma sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.
Lebih mudah jika menggunakan Pressure Cooker. Daging yang direbus menjadi lebih lembut dalam masa yang singkat.
Penyediaan Nasi Daging :-
Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran
di dalam periuk.
Tumis bahan menumis bersama 3 sudu besar serbuk kurma, serai dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan
beras yang telah ditos.
Kacau lagi beras selama 1-2 minit.
Masukkan air rebusan daging beserta daging, susu cair, tomato puri, kismis, dan garam secukup rasa.
Kacau sedikit supaya sebati dan tutup.
Masak di atas api sederhana.
Kaedah yang sama jika guna periuk nasi elektrik.
Pindah ke tapak periuk elektrik pada tahap ini dan biarkan nasi masak.
Setelah masak, gembur nasi supaya tidak berketul.
Bahan dan penyediaan air asam :-
1 biji bawang besar - hiris nipis
2 biji tomato - potong kecil
6 biji cili merah - potong kecil
1 inci belacan - dibakar di atas api sehingga wangi
1 mangkuk kecil air perahan asam jawa yang pekat
2 sudu besar sos ikan Thai
3 sudu besar gula
1-2 sudu kecil garam
1 sudu besar kerisik
Sedikit perahan jus limau nipis
Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati.
Tips :-
Untuk mendapatkan nasi yang cantik, gunalah beras basmathi yang panjang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan