Selasa, 1 Mac 2016

Tom Yam Putih

Resepi Tom Yam Putih Campur Sedap



Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

[*]1/2 ekor ayam saiz kecil – dicincang kasar
[*]5 batang serai dititik
[*]3 biji bawang besar dipotong 8
[*]3 ulas bawang putih diketuk
[*]11/2 inci lengkuas diketuk
[*]cili padi dititik – kuantiti ikut suka
[*]jus limau nipis semasam rasa
[*]5 helai daun limau purut disiat
[*]1 liter air rebusan ayam
[*]sedikit sotong basah
[*]sedikit udang basah
[*]2 paket cendawan tiram – disiat
[*]1 paket putik jagung – dipotong ikut suka
[*]1 batang lobak merah – dipotong ikut suka
[*]1 genggam brokoli – dipotong
[*]1 genggam bunga kobis – dipotong
[*]2 biji tomato saiz besar – potong baji
[*]sedikit daun ketumbar – dihiris
[*]garam dan gula secukupnya
[*]sedikit perasa

Cara-cara untuk Memasaknya ialah:-

1. [*]Rebus ayam bersama bawang besar, bawang putih, cili api, serai, lengkuas bersama air rebusan ayam secukupnya.

2. [*]Apabila kuah mendidih dan ayam mulai empuk, tambahkan dengan sotong dan udang. Masukkan daun limau purut dan jus limau nipis secukupnya.

3. [*]Masukkan brokoli, putik jagung, lobak dan kubis bunga.

4. [*]Apabila sayuran agak layu masukkan cendawan tiram dan tomato.

5. [*]Masukkan garam, perasa dan gula secukup rasa.

6. [*]Biarkan seketika di atas api bolehlah dihidangkan panas-panas bersama hirisan daun ketumbar.

Tips Penting:-

[*]untuk mendapatkan lebih kuah tomyam bolehlah dicampur dengan air biasa semasa memasaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan