Jumaat, 26 Februari 2016

Cucur Bawang

Resepi Cucur Bawang Yang Enak



Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

~~Tepung gandum – 2 cawan
~~Bawang besar sebiji – potong dadu
~~1 sudu kecil serbuk ikan bilis – bancuh dengan air
~~Air secukupnya
~~Garam (setengah sudu kecil)
~~1 sudu kecil minyak masak (petua untuk bagi rangup dan lembut cucur tu nanti, biar pun dah sejuk)

Cara-cara untuk Membuatnya ialah:-

1. ~~Campurkan tepung dan bawang besar – gaul sekata.

2. ~~Masukkan bancuhan air ikan bilis, garam dan minyak. Gaul bagi sebati.

3. ~~Tambahkan air sedikit demi sedikit, sehingga adunan likat. Jangan terlebih air, nanti adunan cair, susah pulak nak masukkan dalam kuali masa nak goreng nanti.

4. ~~Panaskan minyak dan menggunakan sudu, ambik adunan dan masukkan dalam kuali.

5. ~~Tunggu hingga ia sedikit kekuningan, angkat dan toskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan