Isnin, 29 Februari 2016

Tepung Bungkus

Resepi Tepung Bungkus Sedap


Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:

(-)240 gm tepung beras
(-)4 sudu makan tepung pulut
(-)½ biji kelapa parut putih
(-)1 ketul gula melaka
(-)500 ml santan
(-)Daun pisang secukupnya

Cara-cara untuk Membuatnya ialah:

1. (-)Untuk membuat intinya, masukkan kelapa parut ke dalam periuk bersama gula Melaka. Kacau dan masak di atas api perlahan sehingga kering. Bulat-bulatkan dan golek di atas tepung pulut. Ketepikan dahulu.

2. (-)Masukkan tepung beras ke dalam periuk yang lain. Bancuh tepung beras bersama santan dan masukkan sedikit garam. Kacau hingga separuh masak.

3. (-)Ambil dua sudu makan bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan dua biji inti. Tutup dengan dua sudu lagi tepung.

4. (-)Lipat daun pisang dengan kemas. Kukus sehingga masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan