Jumaat, 19 Februari 2016

RESEPI AISKRIM JELL

RESEPI AISKRIM JELLY
Bahan A
2 liter air
10 gm serbuk agar-agar
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 1/2 cawan gula
4 sb tepung jagung
1 sk esen vanilla
*Pewarna makanan
*Plastik aiskrim
Cara membuat :
1. Campur dan kacau semua bahan A dalam periuk.
2. Masak sehingga mendidih dan semuanya larut. Kacau selalu.
3. Bahagikan kepada beberapa bekas dan warnakan.
4. Bila dah agak suam, isikan dalam plastik aiskrim menggunakan corong.
5. Ikat kemas dan sejukkan dalam freezer.
************************************************
RESEPI AISKRIM JELLY CREAM-O
Bahan A
2 liter air
2 pek biskut Cream-O atau Oreo
10 gm serbuk agar-agar
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan gula
4 sb tepung jagung
1 sk esen vanilla
*Plastik aiskrim
Cara membuat :
1. Campur dan kacau semua bahan A dalam periuk.
2. Masak sehingga mendidih dan semuanya larut. Kacau selalu.
3. Masukkan biskut Cream-O atau Oreo dalam plastik dan tumbuk kasar.
4. Masukkan biskut yang dah hancur dalam plastik aiskrim. Boleh bubuh 1/4 atau 1/2 plastik. Terpulang masing2.
5. Bila bahan A dah agak suam, isikan dalam plastik aiskrim yang berisi biskut menggunakan corong.
6. Ikat kemas dan sejukkan dalam freezer.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan