Rabu, 24 Februari 2016

Resepi Terung Goreng Berempah

Resepi Terung Goreng Berempah Enak




Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

[+]2 terung panjang atau terung bulat
[+]1/2 cawan tepung beras
[+]4 sudu besar tepung gandum
[+]2 sudu besar tepung jagung
[+]1 sudu kecil baking powder
[+]sedikit serbuk lada hitam kasar
[+]1 sudu kecil serbuk cili
[+]secubit garam masala kalau ada
[+]Garam dan serbuk perasa secukup rasa
[+]Minyak untuk goreng.

Cara-cara untuk Membuatnya ialah:-

1. [+]Basuh terung dan hiris lebih kurang 5mm ketebalan (jangan terlalu tebal atau terlalu nipis). Hirisan terung perlu direndam dalam air supaya terung tidak menjadi lebam. Untuk masakan lain pun sama sama juga.

2. [+]Panaskan minyak dalam kuali dengan api yang sederhana.

3. [+]Adunkan semua bahan tepung gorengan. Ambil sekeping terung yang telah dihiris, tekapkan dalam tepung di dua permukaan hirisan tepung. Hirisan itu terus masukkan dalam minyak panas dan goreng hingga tepungnya menjadi garing.

4. [+]Sekiranya anda ingin lebih garing gorengan hirisan terung, bila buat goreng pertama 23 minit, keluarkan dan sejukan. Goreng kembali selama 12 minit (double frying). Hindarkan minyak berlebihan dengan meletakkan hirisan terung yang telah goreng di atas “kitchen towel atau tisu dapur. Selamat mencuba.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan