Ahad, 13 Disember 2015

Apam Balik

APAM BALIK
Bahan-bahan :
(Nak buat banyak gandakan sukatan nya ok)
150gm tepung gandum
1 sudu teh yis segera [ mauripan ]
25gm gula kastor
200ml air suam
2 biji telur
50ml minyak [ boleh guna minyak masak ]
sedikit garam halus
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh air
** dibancuhkan
Bahan Inti :
jagung manis
kacang tanah digoreng & dikisar.
Cara-cara :
- campur tepung, gula dan garam gaulkan
- masukkan yis kacau rata, masukkan telur dan minyak, pukul sambil tuangkan air suam sikit-sikit
- soda yg dibancuh dgn air tadi, masukkan ke dlm adunan dan pukul sekata
- tutup adunan biarkan 30 minit
- lps tu dadarkan, [ boleh guna kuali non stick ]
- bila separuh masak, taburkan bahan-bahan untuk inti, taburkan sedikit gula agak-agak sendiri kuantitinya nak letak banyak mana ok.
- lipat 2 dan angkat, hidangkan
SELAMAT MENCUBA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan