Sabtu, 12 Disember 2015

Mee Udang

Mee Udang Sedap ...sedap yer....
Bahan bahan:
6 ekor udang besar (ikut suka)
6 ekor udang kecil buang kulit
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 biji tomato buah (sy ganti dgn 1 sudu besar tomato puree sebab tetiba tomato habis hehehe)
1 biji ubi kentang - rebus
Garam, gula, serbuk perasa (sy guna lada sulah)
sos tomato (sy guna 2 senduk)
sos cili (sy guna 1 senduk)
Bahan hiasan:
telur - rebus
sawi - celur
cili merah - hiris
bawang goreng
daun bawang - hiris
Mee - celur
Cara cara:
Blend bawang putih dan bawang merah hingga halus dan tumis dalam minyak yang panas hingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng hingga garing.
Sementara itu, ubi kentang direbus sekejap dan di kisar bersama udang kecil, udang kering yang ditumbuk terlebih dahulu, tomato puree hingga halus.
Masukkan bahan blend ini ke dalam kuali bersama bahan tumis tadi.
Masukkan air dan masak hingga mendidih dan sesuaikan kepekatannya. Masukkan sos tomato, sos cili, gula, garam dan serbuk perasa.
Masukkan udang atau boleh juga diletakkan sekali sotong hiris jika mahu. Boleh diangkat dan hidang.
Ada juga yang masukkan fish ball sebagai bahan rencah mee udang. ikut suka masing masing.
Masukkan mee yang dicelur ke dalam pinggan dan sendukkan kuah ke dalamnya. Kemudian letakkan bahan bahan hiasan yang disukai.
SELAMAT MENCUBA...Mee Udang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan