Ahad, 14 Februari 2016

Kek Buah Belimbing


Posted: 13 Feb 2016 08:00 PM PST
Pastikan biji buah belimbing dan empulur pada kulitnya dibuang supaya kek tidak terasa hangit.


hiasan




BAHAN-BAHAN:
 
300gm buah belimbing | dipotong
200gm gula
200ml air (Didihkan air dan gula. Masukkan buah belimbing dan masak sehingga pekat. Angkat, tos & biar sejuk)
150gm tepung gandum
240gm mentega
200gm gula
4 biji telur
1 sudu teh serbuk penaik
1/4 sudu teh garam
100gm serbuk badam
Potongan belimbing untuk hiasan

CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan sebatikan.
3. Masukkan belimbing yang telah ditos.
4. Kemudian masukkan tepung, serbuk badam dan serbuk penaik yang telah diayak. Kacau rata sehingga
sebati.
5. Susunkan kepingan buah belimbing di dalam loyang bersaiz 8" atau 9". Tuangkan adunan tadi ke dalamnya.
6. Bakar pada suhu 175ºC selama 45 - 50 minit.
  rasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan