Selasa, 23 Februari 2016

Nasi Paprik

NASI PAPRIK
       Kecur pula air liur tengok  bila melihat orang makan nasi paprik ini.  Nasi putih, dihidang bersama lauk pauk dan sayuran simple.   Enak juga jika ditambah telur dadar dan kuah sup kosong sebagai pelengkap hidangan.

      Lauknya terdiri daripada daging, ayam, udang dan sotong dimasak menggunakan sambal merah dan ditambah sayuran seperti kacang panjang, lobak, jagung muda dan bunga kobis. Keistimewaan hidangan ini adalah aroma dari daun limau purut yang digunakan. Mari kita cuba resepi ringkas nasi paprik ayam ini.  Selamat mencuba..
     
NASI PAPRIK AYAM

Bahan-bahan:
½ ekor ayam - dipotong kecil
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi (Jika suka pedas boleh tambah lagi)- ditumbuk
5 helai daun limau purut - carik-carikkan
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
garam dan perasa serta gula 

Cara-cara :-
1) Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).

2) Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.

3) Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. 

4) Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. 

5) Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. 

6) Sedia untuk dihidang.

Sumber:- blogger

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen “ SAYA SHARE ” Mohon Kerjasama tq
Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan