Isnin, 29 Februari 2016

Nasi Kerabu

Resepi Nasi Kerabu Sedap


{?}Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:

A. {?}bahan untuk Nasi

{?}Beras
{?}Air
{?}4 helai daun limau purut
{?}1/2 sk pewarna biru

B. {?}bahan untuk Sambal tumis

{?}3 biji bawang besar * dikisar
{?}4 ulas bawang putih * dikisar
{?}1 inch halia * dikisar
{?}2 batang serai * dikisar
{?}2 senduk cili kisar
{?}1 batang serai
{?}1 tin santan
{?}2-3 asam keeping
{?}garam
{?}gula
{?}gula merah/ gula Melaka

C. {?}bahan untuk Sambal Kelapa

{?}Isi ikan direbus (1 ekor ikan kembung)
{?}Kelapa parut goreng tanpa minyak sehingga garing
{?}1 biji bawang besar
{?}2 batang serai
{?}garam
{?}gula

D. {?}bahan untuk Sambal cili

{?}Cili padi
{?}garam
{?}gula
{?}1 biji air perahan limau nipis

E. {?}bahan untuk Lauk nasi kerabu

{?}Ayam atau Ikan goreng kunyit
{?}Daging bakar dihiris nipis
{?}Telur masin direbus
{?}Sayuran kesukaan (kubis, carrot, taugeh, salad)
{?}Solok Lada

{?}Cara-cara untuk Memasaknya ialah:

A. {?}untuk Nasi

1. {?}Masak nasi ikut sukatan macam biasa terpulang kepada kuantiti berapa pot nak masak.

2. {?}Masukkan daun limau purut dan pewarna biru.

B. {?}untuk Sambal tumis

1. {?}Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar bersama serai sehingga terbit minyak.

2. {?}Masukkan cili kisar dan masak sehingga cili garing. Masukkan asam keping dan biarkan sekejap.

3. {?}Masukkan garam, gula dan gula merah dan biarkan sebati.

4. {?}Masukkan santan dan kacau sehingga santan dan sambal mesra.

5. {?}Kacau sambal perlahan-lahan dan masak sehingga sedikit pekat.

C. {?}untuk Sambal kelapa

1. {?}Kisar isi ikan yang siap direbus bersama bawang dan serai.

2. {?}Bahan kisar tadi dicampurkan di atas kelapa goreng dan digaul rata.

3. {?}Masukkan garam dan gula dan digaul rata.

D. {?}untuk Sambal cili

1. {?}Kisar/tumbuk cili padi.

2. {?}Campurkan gula, garam dan perahan limau dan dikacau sebati.

{?}Cara-cara untuk Hidangannya ialah:

{?}Hidangkan nasi kerabu bersama sambal tumis, sambal kelapa, sambal cili dan lauk pauk seperti telur masin, solok lada, ayam goreng kunyit, daging bakar dan sayuran. Nasi Kerabu sedap dimakan dengan mengaulkan kesemua sambal dan lauk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan