Khamis, 11 Februari 2016

Masalodeh

Posted: 10 Feb 2016 07:39 PM PST
Resepi Masalodeh Rangup Diluar Gebu Didalam

Bahan-bahan:

500 gm kacang dhal - direndam selama 2 jam

3 biji bawang besar - dihiris

2 biji cili hijau - dihiris

2 helai daun kari - dihiris

1 sudu makan jintan putih

1 sudu makan jintan manis

30 ml air

Garam secukup rasa

Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

1. Kacang dhal dikisar tanpa menggunakan air. Kemudian dimasukkan ke dalam bekas adunan.

2. Campurkan bawang besar, cili hijau, halia, daun kari, jintan putih dan jintan manis, air dan garam secukup rasa.

3. Uli sehingga menjadi doh. Kemudian bulat-bulatkan dan tekan sedikit tetapi jangan terlalu leper.

4. Akhir sekali, panaskan minyak yang banyak dalam kuali, goreng adunan tersebut. Apabila cukup garing dan warnanya perang, bolehlah diangkat.

5. Sedia untuk dinikmati dan lebih enak ketika masih panas.

Selamat Mencuba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan