Khamis, 26 Mei 2016

MEE JAWA



Bahan-bahan:
1 kg mi kuning
300 gm tauge
200 gm daging - direbus dan simpan airnya untuk stok
4 biji telur rebus
6 tangkai daun sup
1 biji cili hidup - dihiris
100 gm bawang goreng
Bahan untuk kuah:
4 biji keledek - rebus dan dilenyek
100 gm udang kering
3 sudu teh serbuk kari
2 ulas bawang putih ditumbuk
Garam
Minyak masak
Cara membuat:
1. Celur mi kuning serta tauge. Ketepikan
2. Panaskan minyak masak dalam periuk kemudian tumis bawang putih, udang kering dan serbuk kari hingga garing.
3. Masukkan stok daging, keledek dan daging. Masak hingga daging lembut.
4. Kemudian masukkan udang dan garam. Biarkan ia hingga mendidih. Angkat dan hidangkan bersama mee, daging, telur, daun sup, cili hidup serta bawang goreng.
Silalah share yer dan jika ingin share, komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti.
cc: resepiorangkampung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan