FILLED UNDER:
ResepiResepi Kuah Rojak Homemade
LIKE
AND TWEET
Posted By: admin on 03:50
Resepi Kuah Rojak Homemade
Bahan-Bahan:
300 gm gula merah/gula melaka atau secukupnya
200 ml/ 1/2 botol kecil kicap lemak masin
gula pasir secukupnya jika perlu
1 buku kecil belacan bakar(dihancurkan)
1/2 botol kecil sos cili
3/4 atau 1 cawan cili boh
bijan secukupnya (digoreng tanpa minyak)
125 gm tepung kanji/tepung ubi
Cara Membuat:
1. Satukan kesemua bahan kecuali bijan dan tepung di dalam periuk/kuali dan masak menggunakan api perlahan.
2. Masak dan kacau hingga larut dan mendidih. Perasakan ia mengikut selera masing-masing.
3. Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit tepung kanji sambil dikacau tanpa henti. Masak hingga kuahnya sedikit pekat dan kelihatan berkilat.
4. Akhir sekali barulah dimasukkan bijan yang sudah disangai tadi. Gaulkan sebati. Tutupkan api. Biar ia sejuk.
5. Hidangkan bersama buah-buahan atau makanan yang digemari bersama taburan kacang tanah yang telah dikisar tadi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan