Ahad, 15 Mei 2016

Masak Ikan Siakap

Posted: 14 May 2016 09:30 PM PDT

Ikan Siakap Selera Orang Kampung

Mungkin dah biasa buat tetapi kelainan resepi masak ikan siakap ini perlu anda cuba dengan aura bahan-bahan yang mudah tetapi sedap!




Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
5 biji cili padi
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
½ biji nanas –dihiris
1 biji tomato –dipotong empat
½ inci halia
1 sudu besar sos tiram
1 helai daun limau purut
2 sudu besar sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara membuat:
1. Panaskan minyak dan goreng ikan siakap sehingga garing.
2. Dalam kuali lain, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga keperang-perangan. Masukkan sos tiram dan sos cili.
3. Masukkan nanas, tomato, halia dan cili. Kacau rata sehingga masak. Taburkan garam dan gula secukup rasa.
4. Selepas siap dimasak, ramuan ini dituangkan ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi.
5. Sedia dihidangkan dengan nasi.
mingguan wanita 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan