Isnin, 16 Mei 2016

Resepi Nasi Goreng Cina


FILLED UNDER:

Resepi Nasi Goreng Cina

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Resepi Nasi Goreng Cina

Bahan-Bahan:

Nasi putih secukupnya
Beberapa bahagian ayam dipotong kecil
5 ekor udang
4 ulas bawang putih – cincang
2 biji telur
Sedikit sayur campur
Garam dan gula
Serbuk perasa
Serbuk lada putih
Bawang goreng – hiasan
Daun bawang – hiris

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih hingga kekuningan.

2. Masukkan ayam dan udang dan biarkan ia masak.

3. Masukkan sayur campur, garam dan sedikit serbuk lada putih.

4. Ketepikan rencah ke tepi kuali, dimasukkan telur dan dikacau rata.

5. Masukkan nasi dan dikacau supaya bersalut dengan telur tadi. Setelah rata, masukkan lagi serbuk lada putih dan serbuk perasa.

6. Sebelum dihidangkan, tabur bawang goreng dan masukkan juga daun bawang yang dihiris, jika suka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan