Jumaat, 6 Mei 2016

Resepi Nasi Ayam


FILLED UNDER:

Resepi Nasi Ayam


Bahan-bahannya ialah:

Bahan untuk ayam (direbus):

(**)1 ekor ayam – dipotong 8
(**)4 ulas bawang putih – tumbuk halus
(**)2cm halia – tumbuk halus
(**)1 kiub ayam

Bahan untuk ayam (diperap) :

(**)1 sudu besar setengah kicap pekat
(**)1 sudu besar sos tiram
(**)1cm halia – tumbuk halus
(**)4 ulas bawang putih – tumbuk halus
(**)2 sudu besar kicap cair
(**)Sedikit madu

Bahan untuk nasi:

(**)3\4 cawan beras
(**)4 cawan air rebusan ayam (ikut banyak mana beras)
(**)3 sudu besar butter
(**)1 cm halia – tumbuk halus
(**)3 ulas bawang putih – tumbuk halus
(**)Sedikit garam
(**)2 bunga lawang^
(**)4 buah pelaga^
(**)1 kayu manis^
(**)1 batang serai – diketuk
(**)2 helai daun pandan
(**)Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

Bahan untuk sos:

10 biji cili merah (ikut tahap kepedasan)
(**)3 ulas bawang putih
(**)2 cm halia
(**)1 sudu besar cuka
(**)1 sudu kecil garam
(**)1 sudu kecil gula
(**)setengah cawan air rebusan ayam

Bahan untuk sup:

(**)Air rebusan ayam
(**)1 biji setengah bawang besar – dikisar
(**)sup bunjut
(**)Garam
(**)Daun sup dan daun bawang – dihiris

Bahan untuk kuah kicap:

(**)Kuah kicap perapan ayam di atas
(**)Kicap manis
(**)Sedikit garam
(**)Air rebusan ayam

Cara memasaknya ialah:

Untuk ayam:

(**)1.Bersihkan ayam yang telah dipotong,toskan air dan lumurkan ayam tersebut dengan 3 ulas bawang putih dan halia yang telah diketuk.
(**)2.Kemudian rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
(**)3.Angkat ayam kemudian perap bersama bahan perapan selama 2 jam.
(**)4.Goreng ayam tersebut dengan menggunakan api sederhana kemudian angkat dan sapukan dengan madu.

Untuk nasi:

(**)1.Basuh beras kemudian toskan airnya.
(**)2.Panaskan butter dan tumiskan rempah yang perlu ditumis(^),daun pandan,serai,halia serta bawang putih hingga garing.
(**)3.Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik bau dan masukkan air rebusan ayam,garam dan kunyit secukupnya. kemudian masak nasi seperti biasa.

Untuk sup:

(**)1.Rebus air rebusan ayam dengan sup bunjut,bawang besar dan masukkan garam secukup rasa
(**)2.Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Untuk sos:

(**)1.Kisarkan kesemua bahan yang berada di atas.
(**)2.Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan baunya.

Untuk kuah kicap:

(**)1.Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika.

(**)Akhir sekali sedia untuk dihidangkan.

(**)P/s:Nasi Ayam lebih sedap jika dimasak dengan ikhlas dan teliti.Selain itu,jika inhginkan ayam yang sedap,anda perlu memerap nya dengan lebih lama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan