Rabu, 18 Mei 2016

RESEPI KARIPAP KENTANG, AYAM, PUSING, DAGING, SARDIN

RESEPI KARIPAP KENTANG, AYAM, PUSING, DAGING, SARDIN

Nota: Resepi ini adalah untuk kemudahan saya bila perlu. Credit untuk fb Wanita Idaman.
KARIPAP KENTANG AYAM

KARIPAP KENTANG AYAM

Bahan-Bahan:
Bahan untuk inti:
1 biji bawawang besar(cincang)
3 ulas bawawang putih(cincang)
6biji kentang(potong dadu)
isi ayam(agak2)
3 sudu makan serbuk kari daging
1 kiub ayam
Air
garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk kulit:
2@3cwn tepungg gandum
1 senduk kecil marjerin(penuh)+2sudu makan myk masak d cairkan
air(agak)
Cara Penyediaan:
Cara untuk Inti:
Rebus kentang hingga 3/4 masak. toskan.
Tumis bahan cincang smpi.wangi
Masuk isi ayam,kacau
Masuk kentang ,serbuk kari daging, dan air, kacau hingga sebati, biar sampai pecah minyak
bila agak kering,tambah air lagi &kiub..kacau smpi kiub hancur
masuk gula dan garam secukup rasa dan gaulkan sebati, biar agak kering..tutup api dan siap.
*Tip: nak tambah daun sup(hiris halus)@ganti ayam dgn sadin pun boleh
Cara cara penuh:
Masuk tepung gandum dlm bekas, buat lubang di tengah-tengah
Tuang sedikit marjerin yang di cairkan(panas-panas untuk medapatkan kulit yang rapuh)..
Gaul sebati.bole tambah air klu rasa kurang, uli smpi jadi doh(Uli sampai tak melekat di tangan.).
Doh buat bulat kecil-kecil, gelek dgn penggelek nipis-nipis menggunakan doh roller
Letekkan sedikit inti di tengah
Gunting utk bagi sama dan klim
Goreng hingga garing. dan sedia di hidangkan
KARIPAP PUSING

KARIPAP PUSING

Bahan A
600 gm tepung gandum
50 gm gula
250gm air
1 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tpg jagung
Bahan B
400 gm tepung gandum
250 gm marjerin
Caranya
Campur kan bahan A…
Gaul hingga sebati dan tak melekat di tangan…bg yg ada mixer guna mixer lg senang…
Bulatkan 40g
Bahan B
Gaul sebati sehingga boleh dikepal…jgn terlalu lembut….
Bulatkan 35g
Gelek bahan A…masukkan bahan B di dalam nya dan bulatkan bersama2
Canai kali pertama hingga ketebalan lebih kurang 0.4cm kemudian gulung dan dr arah memanjang canai lg sekali dan gulung lg….
Potong kepada 4 bahagian…canai bentuk bulat dan tekapkan pd acuan karipap…
Letakkan mozarella dan cheddar yg dipotong kecil sedikit atas doh karipap kemudian baru letak inti dan tutup doh serta kelim…
Inti Potato Cheese
Bahan-Bahan
500gm kentang
200 gm isi ayam
4 ulas bawang putih potong dadu
4 biji bawang besar potong dadu
2 sudu lada hitam
garam
daun sup
daun bawang
Mozarella
Cheddar Cheese Blok
Sos Putih
Separuh cheddar cheese blok 250gm
Potong dadu…
1 Cwn fresh milk…
Masak double boil…
Bila dah cair…masukkan 1 sudu tepung gandum yg di campur dgn sedikit air….
Caranya
Potong dadu (kentang) rebus hingga lembut
Tumis bwg putih…bila dah kuning, masukkan lada hitam dan garam secukup rasa kemudian ayam dan Tumis hingga masak isinya,
Masukkan bawang besar yg di potong dadu
Masukkan sedikit air jika terlalu kering
Masukkan kentang dan gaul…
Masukkan daun sup dan daun bwg bawang yg di potong halus
Akhir sekali masukkan sos putih…Dan gaul sebati
Tutup api
Masak sos putih di periuk yg berasingan dan gaul sekali inti di atas
Sumber : Fb Tahrunnisah jali

KARIPAP DAGING

Bahan-bahan :
4 biji kentang ~ kupas dan potong dadu
2 biji keledek oren yang sederhana besar ~ kupas dan potong dadu
1/2 cawan daging kisar
1 peket rempah kari BABAS yang peket kecil anggaran 3 sudu besar
1 tangkai daun kari
2 tangkai daun sup dan daun bawang ~ di hiris
2 1/2 cawan air
garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar
3 sudu besar udang kering ~ rendam lembut
1 labu bawang besar / 4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6 tangkai cili kering ~ di rendam lembut ( ini kalau nak rasa inti yang pedas )
Panaskan minyak dalam kuali
Campurkan bahan kisar bersama daun kari dan rempah kari hingga menjadi pes.
Kemudian tumis bersama minyak yang telah di panaskan hingga garing dan harum
Masukkan daging dan masak hingga daging empuk
Masukkan kentang , keledek dan air dan masak hingga kentang dan keledek empuk
Perasakan dengan garam dan gula
Masak hingga kering
Angkat dan toskan minyaknya
PASTRY KARIPAP
500 gm tepung gandum
170 ml minyak jagung
250 ml air ais atau air sejuk dari peti ais
1 sudu teh garam halus
1 biji jus limau kasturi
Masukkan tepung ke dalam mangkuk pengadun
Sementara itu kita panaskan minyak jagung hingga betul-betul panas.
Berhati-hati tuangkan minyak panas ke dalam adunan tepung.
Berhati-hati ya minyak masih panas, gunakan senduk kayu untuk kacau adunan rata-rata hingga adunan menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan sedikit garam
Kemudian tuangkan air sejuk dari peti ais, jangan tuang semua air tu ya, tuang sikit-sikit.
( sukatan air tidak di gunakan semuanya, ianya bergantung pada kesebatian doh, bila dah sebati tak perlu tambah air lagi )
Kacau adunan rata.
Perahkan jus limau kasturi dan uli adunan hingga lembut dan tidak melekat di tangan. Doh biar ia keras sedikit ya, sebab tu jumlah air tidak di masukkan semua.
Kemudian masukkan doh ke dalam bag plastik yang bersih dan tidak bocor
Bungkus kedap dan perap doh selama 15 minit, supaya doh berpeluh dan menjadi doh yang lembut dan elastik
Karipap yang telah siap di kelim dan di letakkan atas dulang.
Panaskan oven suhu 170C
Masukkan karipap dalam oven dan bakar sebentar selama 5 ~ 10 minit sahaja
Biarkan ia sejuk sebentar, kemudian terus susun dalam bekas
Tutup bekas kemas dan simpan dalam peti ais pada bahagian beku jika anda nak menyimpan dalam masa yang lama. Jika anda nak goreng keesokkannya anda hanya perlu simpan di ruang chiler sahaja dalam peti ais.
Kaedah mengorengnya pula :
Keluarkan karipap dari peti ais
Tunggu ia lembut sebentar
Sementara itu panaskan minyak , tapi jangan terlalu panas
Gorengkan karipap yang lelah lembut tadi
Biarkan ia kuning keemasan di sebelah bawah baru balikkan
Bila dah betul-betul masak baru angkat dan toskan minyaknya dengan kitchen towel yang mampu menyerap minyak.

KARIPAP SARDIN

Bahan Pastri:
1 kg tepung gandum
1/2 cawan majerin
1 cawan minyak masak
400 ml air + 1 sudu besar garam
Cara cara:
Panaskan majerin bersama sama dengan minyak sehingga majerin sehingga cair dan benar benar panas.
Tuangkan majerin panas tadi ke dalam tepung gandum dan gaul rata. Apabila telah suam, uli sebati sambil ditambah air sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang sederhana lembut dan tidak melekat di tangan.
Rehatkan doh selama 30 minit hingga 1 jam di dalam peti sejuk. Canai doh dan bentukkan karipap. Jika ada lebihan doh, boleh disimpan di dalam freezer.
Bahan Inti:
2 tin Sardin Mackerel – tin besar
4 biji ubi kentang besar – potong dadu
2 biji bawang besar – potong dadu
2-3 biji cili merah – hiris halus
1 pokok daun sup – hiris tak letak sebab tak ada stok
2 sudu besar cili kisar
Garam
Air perahan limau nipis
Cara cara:
Asingkan ikan sardin dan sosnya. Hancurkan ikan sardin dengan menggunakan garfu.
Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga betul betul garing. Kemudian sardin, bawang besar dan kentang. Akhir sekali masukkan garam dan air limau nipis.
Tabur pula daun sup dan cili merah. Kacau seketika dan bolehlah tutup api.
Bahan Inti:
2 tin Sardin Mackerel – tin besar
4 biji ubi kentang besar – potong dadu
2 biji bawang besar – potong dadu
2-3 biji cili merah – hiris halus
1 pokok daun sup – hiris tak letak sebab tak ada stok
2 sudu besar cili kisar
Garam
Air perahan limau nipis
Cara cara:
Asingkan ikan sardin dan sosnya. Hancurkan ikan sardin dengan menggunakan garfu.
Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga betul betul garing. Kemudian sardin, bawang besar dan kentang. Akhir sekali masukkan garam dan air limau nipis.
Tabur pula daun sup dan cili merah. Kacau seketika dan bolehlah tutup api.

KARIPAP KENTANG RANGUP

Untuk Pastry Rapuh
Bahan :

400 gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam
Untuk Inti Keledek* guna kentang
Bahan :

1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
* 5 – 6 biji sederhana kentang
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari *3 sudu besar
1 sudu besa cili kisar *omit
garam
Cara :
Buat Doh Pastri dulu

1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. *izah tak masukkan dlm peti es, cume biarkan doh yang sudah licin diuli sebati lebih kurang 1/2 jam. Sementara itu boleh buat inti karipap.
Buat Inti Karipap
1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar, cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.
Proses Mengelim
1. Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bahagian kecil, ikut lah nak buat karipap bentuk ape, bulat ke, love ke, bentuk biasa ke, kemudian terap doh bentuk bulat dengan menggunnkan tapak tangan dan isikan inti keledek tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan
Selamat Mencuba 😊
Sumber : HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan