Isnin, 16 Mei 2016

Resepi Kuih Sardin Gulung


FILLED UNDER:

Resepi Kuih Sardin Gulung

sardin-gulung

Resepi Kuih Sardin Gulung

Bahan-Bahan:

Bahan Untuk Kulit –

1/2 kg tepung gandum
1 sudu besar majerin
1/2 cawan minyak masak
sedikit garam
air secukupnya

Bahan Untuk Inti:

1 tin besar sardin
6 ekor isi ikan sardin.
bawang untuk tumis
serbuk kari
cili kering (dikisar)
garam dan serbuk perasa

Cara Membuat:

1. Untuk membuat doh, panaskan minyak masak sehingga betul-betul panas. masukkan ke dalam tepung gandum tadi digaul rata.

2. Masukkan pula majerin dan digaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.

3. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga sebati. Jangan biarkan doh menjadi terlalu keras atau terlalu lembik.

4. Sediakan bahan untuk inti pula. Tumis bawang dan cili kering sehingga naik bau.

5. Masukkan bawang dan kacau hingga layu. Masukkan isi ikan sardin dan serbuk kari.

6. Masukkan garam dan masak sehingga kering.

7. Ambil doh, buatkan bulat kecil dan canaikan. Masukkan sedikit inti sardin tadi, kemudian gulungkan.

8. Masukkan ke dalam kuali, goreng sehingga garing atau keperang-perangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan