Khamis, 26 Mei 2016

SUP CENDAWAN DAN TELUR ALA "ILUS"

SUP CENDAWAN DAN TELUR ALA "ILUS"

BAHAN-BAHANNYA


15 - 20 biji telur puyuh, rebus dan kupas kulitnya, cuci dan toskan
150 gram cendawan pilihan anda
1 kiub ayam Maggi
1 batang leek, kerat pendek dan rendam
1/2 cekak soohoon, kerat pendek dan rendam
Air secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
Hirisan daun bawang untuk hiasa
Bawang goreng untuk hiasa

BAHAN HIRIS HALUS


4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia muda (atau halia biasa)

CARA MEMBUATNYA


Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan hiris hingga harum, tuang air secukupnya (anggaran 4 cawan). Kacau dan bila mendidih, masukkan telur puyuh, kiub pati ayam dan leek (toskan). Masak sekejap.
Masukkan soo hoon, tambah serbuk lada hitam dan juga garam secukup rasa. Kacau dan bila mendidih, masukkan cendawan. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama nasi, ikan goreng dan sambal belacan..

kredit:.tiffinbiru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan