Khamis, 12 Mei 2016

Ayam Goreng ala KFC


FILLED UNDER:

Resepi Ayam Goreng ala KFC

ayam-goreng

Resepi Ayam Goreng ala KFC

Bahan-Bahan:

4 ketul ayam, bahagian kesukaan anda
1/2 bungkus atau 100 gram tepung serbaguna Kentucky
1 biji telur
4 ulas bawang merah
secubit garam

Cara Membuat:

1. Hiris nipis bawang merah dan tumbuk kasar.

2. Lumurkan bawang dan secubit garam pada ayam kemudian perap selama 5 hingga 10 minit.

3. Panaskan minyak masak dalm kuali yang dalam, atau boleh juga dalam periuk yang berpenutup.

4. Ambil dua mangkuk kosong. Pecahkan telur dan kacau sebati di dalam mangkuk yang pertama.
Di dalam mangkuk yang kedua, tuangkan tepung goreng serbaguna Kentucky.

5. Celup ayam di dalam telur dan kemudian gaulkan pula di dalam tepung. Pastikan salutan sekata menutupi setiap bahagian ketulan ayam. Lagi sedap kalau bawang perapan tadi melekat pada salutan ayam.

6. Goreng dalam minyak panas di atas api sederhana dan tutup permukaan kuali atau periuk tadi. Ini adalah supaya isi ayam masak sempurna di bahagian dalam.

7. Ulang proses di atas untuk setiap ketulan ayam. Apabila separuh bahagian ayam sudah kuning, alihkan dan tutup kembali tudung. Bila dua belah ayam dah masak kekuningan, bukak tudung periuk dan goreng sehingga salutan tepung keras dan garing.

8. Angkat dan lapik di atas kertas tisu penyerap minyak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan