Jumaat, 6 Mei 2016

Kuah Yong Tau Fu


FILLED UNDER:

Resepi Kuah Yong Tau Fu


Bahan-bahannya ialah (5-6 orang)

(**)2 sudu besar petis/otak udang (shrimp paste)
(**)1 sudu besar tepung jagung
(**)2 keping gula Melaka
(**)2 ulas bawang putih yang ditumbuk halus
(**)4 sudu besar sos cili
(**)Gula dan garam

Cara-caranya ialah

(**)Panaskan 2 cawan air dalam periuk. Masukkan gula Melaka. Masak sehingga agak pekat sedikit.
(**)Masukkan petis udang, sos cili, bawang putih, garam dan gula secukup rasa.
(**)Kacau tepung jagung sehingga sekata di dalam cawan yang berisi air. Masukkan ke dalam periuk.
(**)Kacau sehingga sebati. Biarkan 2-3 minit di atas api.
(**)Siap untuk dihidangkan dengan bebola ikan, sotong, ketam dan sebagainya yang telah dicelup dalam air panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan